Tadabur Wahyu Siri 39

2.0 Nama & Maqasid Surah al-Fatihah

Mengikut Ibnu Asyur surah ini dinamakan dengan surah al-Fatihah kerana:

2. al-Fatihah bermaksud pembuka ia juga bermaksud permulaan, dinamakan dengan Ummu bermaksud ibu. Ia merujuk kepada kedudukannya yang memulai al-Quran.

2. Dinamakan al-Fatihah atau Ummu al-Kitab juga kerana surah ini mengandungi keseluruhan maqasid atau objektif utama al-Quran.

Maqasid tersebut terdiri daripada tiga perkara:
.
i. pujian terhadap Allah. Hal ini berlaku dengan menyifatkan Allah dengan segala sifat kepujian serta membersihkanNya dari segala sifat kekurangan. Ia disampaikan melalui lafaz ‘Alhmdulillah’.

ii. suruhan dan larangan Allah. Ia dinyatakan melalui lafaz ‘iyyaka na’budu bermaksud hanya engkau yang kami sembah.

iii. Memberitahu adanya balasan dan ganjaran baik serta amaran azab terhadap pelaku kejahatan.

Maqasid ini diberitahu melalui ungkapan ‘siratallazina anamta alaihim ghairil maghdubi alaihim wala dhalin’.

…. jalan orang-orang yg mendapat nikmat dan bukan jalan orang-orang yang dimurkai…

Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ustaz Rosli
30 Rabiulawwal 1440
8 Disember 2018
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, klik: http://www.wasap.my/60192773619/setuju/ dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share

Tadabur Wahyu Siri 38

Surah al-Fatihah

1.0 Pengenalan Surah

Surah al-Fatihah adalah surah yang mempunyai banyak nama. Imam al-Sayuti menyebut lebih 20 nama bagi surah al-Fatihah.

Namun begitu, nama surah ini yang disebut di dalam hadis sahih hanya seperti berikut: al-Fatihah al-Kitab, al-Sabu’ al-Mathani, Ummu al-Quran, Ummu al-Kitab.

Surah al-Fatihah adalah surah Makiyyah iaitu surah yang diturunkan di Mekah sebelum Baginda SAW berhijrah ke Madinah.

Surah al-Fatihah juga diturunkan sebelum difardukan solat lima waktu lagi.

Dengan maklumat ini dapat dibuat kesimpulan bahawa surah al-Fatihah adalah surah yang turun di awal dakwah nabi Muhammad SAW.

Berkaitan dengan bilangan ayat pula, jumhur ulama berpandangan bahawa bilangan ayat bagi surah al-Fatihah adalah 7 ayat kesemuanya.

Ini kerana mereka menganggap Bismillah adalah sebahagian daripada ayat dalam surah al-Fatihah.

Namun demikian, terdapat pula sebahagian ulama yang tidak bersetuju dengan pandangan ini.

Mereka melihat bahawa Bismilah yang ada di awal surah bukannya ayat tetapi hanya pembuka surah sahaja.

Perdebatan antara dua pandangan ini telah melalui tempoh masa yang panjang dan tidak berkesudahan.

Apa yang penting, perlu diingatkan bahawa isu ini bukanlah melibatkan perkara pokok dalam agama.

Oleh itu polemik ini sebaiknya hanya perlu berlaku sebagai aktiviti akademik yang tidak membawa perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ustaz Rosli
29 Rabiulawwal 1440
7 Disember 2018
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share

Tadabur Wahyu Siri 37

Mengapa Al-Quran Dalam Bahasa Arab

Ramai ulama yang cuba menjawab persoalan ini. Mungkin sekali perbincangan ini seperti remeh dan mudah.

Akan tetapi persoalan ini agak panjang jawapannya. Ini kerana pilihan Allah adalah yang terbaik, paling tepat dan tidak ada gantian lain yang boleh menandinginya.

Persoalan mengapa bahasa Arab ini juga tidak habis disini sahaja. Sebaliknya berkaitan pula dengan persoalan: mengapa orang Arab, di tanah Arab dan mengapa Al-Quran diturunkan pada masa itu.

Semua persoalan ini cuba diselidiki dan jawapannya kesemuanya merujuk kepada kebesaran dan keagungan Allah.

Boleh disimpulkan bahawa rahsia penurunan Al-Quran ini kepada unsur-unsur berikut

1- Keistimewaan bahasa Arab yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain. Insyaallah akan diterangkan lebih lanjut.

2-Kelebihan bangsa Arab terutamanya pada zaman Al-Quran diturunkan. Kecerdasan minda, kekuatan emosi dan fizikal, adat yang mulia dan berbagai unsur positif.

3-Geografi tanah Arab yang sangat istimewa kerana berhampiran dengan tamadun besar tetapi dibentengi gurun.

Subhanallah, maha suci Allah, pilihanNya itulah yang terbaik.

bersambung…
Ustaz Rosli
28 Rabiulawal 1440 @ 6 Disember 2018
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share

TADABUR WAHYU SIRI 36

Mengapa Al-Quran Dalam Bahasa Arab

Ramai ulama yang cuba menjawab persoalan ini. Mungkin sekali pandang ia seperti remeh dan mudah

Akan tetapi persoalan ini agak panjang jawapannya. Ini kerana pilihan Allah adalah yang terbaik, paling tepat dan tidak ada gantian lain yang boleh menandinginya.

Persoalan mengapa bahasa Arab ini juga tidak habis disini sahaja. Sebaliknya berkaitan pula dengan persoalan: mengapa orang Arab, di tanah Arab dan mengapa Al-Quran diturunkan pada masa itu.

Semua persoalan ini cuba diselidiki dan jawapannya kesemuanya merujuk kepada kebesaran dan keagungan Allah.

Boleh disimpulkan bahawa rahsia penurunan Al-Quran ini kepada unsur-unsur berikut

1- Keistimewaan bahasa Arab yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain. Insyaallah akan diterangkan lebih lanjut.

2-Kelebihan bangsa Arab terutamanya pada zaman Al-Quran diturunkan. Kecerdasan minda, kekuatan emosi dan fizikal, adat yang mulia dan berbagai unsur positif.

3-Geografi tanah Arab yang sangat istimewa kerana berhampiran dengan tamadun besar tetapi dibentengi gurun.

Subhanallah, maha suci Allah, pilihanNya itulah yang terbaik.

bersambung…
Ustaz Rosli
27 Rabiulawal 1440 @ 5 Disember 2018
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share

Tadabur Wahyu Siri 35

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Mukjizat al-Quran

Kajian terhadap mukjizat Al-Quran ini bertitik tolak daripada sifat Al-Quran yang menjadi mukjizat terpenting bagi Rasulullah SAW.

Al-Quran juga tidak dapat ditandingi oleh mereka yang menentangnya.

Mukjizat terpenting dari sudut ketinggian balaghah(seni bahasa arab) sudah tentu ditujukan kepada orang-orang Arab

Ini kerana penguasaan bahasa mereka sangat baik dan tinggi.

Ia juga ditujukan kepada mereka yang mempelajari bahasa Arab sehingga mampu menguasai bahasa itu.

Ketiga, mukjizat Al-Quran ini ditujukan juga kepada seluruh manusia disepanjang zaman dan tempat.

Ini kerana mungkin sahaja para cendekiawan di setiap tempat dan zaman mengesan dan merasai kehebatan Al-Quran.

Selain itu, Ibnu Asyur juga menjelaskan inovasi gaya penyampaian dalam al-Quran.

Teknik-teknik itu jarang sekali digunakan oleh masyarakat Arab sebelum penurunan Al-Quran.

Penggunaan lahjah (loghat) dari kabilah Arab yang berbagai, penggunaan perumpamaan dan contoh-contoh adalah teknik penyampaian yang baru bagi mereka.

Selain itu seni ayat-ayat yang berulang, penggunaan bahasa yang pendek tetapi padat dengan maklumat juga merupakan satu keistimewaan Al-Quran yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pihak.

bersambung…
Ustaz Rosli Bandar Baru Bangi 26 Rabiulawal 1440 4 November 2018
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
Jika bermanfaat sila share

Tadabur Wahyu Siri 34

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Keistimewaan Bahasa Al-Quran

Ciri-ciri Al-Quran yang disepakati oleh seluruh ulama’ ialah ketinggian bahasanya yang menyebabkan tidak ada siapa pun yang mampu menandingi Al-Quran.

Sewaktu mengupas perkara ini, Ibnu Asyur menjelaskan bahawa terdapat kekeliruan di kalangan ahli tafsir sebelum ini.

Kekeliruan ini menyebabkan ramai yang tidak dapat membezakan antara balaghah Al-Quran dan perbincangan berkaitan dengan mukjizat Al-Quran.

Mengikut Ibnu Asyur, kebanyakan mereka mencampur-adukkan antara dua perbincangan yang berbeza itu.

Ibnu Asyur beranggapan bahawa tafsir Al-Quran tidak akan mencapai tahap yang tinggi jika sekiranya tidak meneroka penggunaan balaghah dalam ayat-ayat Al-Quran.

Menurut beliau kebanyakan tafsir tidak menerokai kajian ini sebaik mungkin kecuali tafsir berjudul ‘Uyun al-Tafasir dan tafsir al-Kasyaf.

bersambung…
Ustaz Rosli 1 Rabiulakhir 1440 9 Disember 2018

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, klik sini https://bit.ly/2rqH9lO dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share

Tadabur Wahyu Siri 33

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Makna Khusus Dalam Perkataan Dan Ayat Al-Quran

Di dalam perbincangan mukadimah kesembilan, Ibnu Asyur tidak mengupas persoalan pertembungan antara makna dalam Al-Quran. Sebaliknya beliau hanya membincangkan isu berkaitan pendirian sesetengah ulama’ yang bertindak menolak sebahagian makna dan menerima sebahagian makna yang terdapat di dalam sesuatu perkataan atau ayat Al-Quran.

Tindakan sedemikian tidak dipersetujui oleh Ibnu Asyur. Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa pendirian beliau ialah menerima makna-makna tersebut sebagai sebahagian daripada maksud yang mahu disampaikan oleh Al-Quran.

Namun demikian, Ibnu Asyur mengakui bahawa tidak semua makna-makna yang disampaikan itu dapat dinyatakan oleh beliau ketika mentafsirkan sesuatu perkataan atau ayat.

Tindakan ini bukan bermaksud beliau menolak makna-makna yang tidak dinyatakan, tetapi menurut Ibnu Asyur ia bertujuan untuk meringkaskan perbincangan dan kadang kalanya kerana melihat bahawa makna yang disebut itu lebih kuat. bersambung…

Disediakan oleh: Ustaz Rosli Mokhtar
Bandar Baru Bangi
30 Rabiulawal  1440
8 Disember 2018

Sistem Politik Madinah Selepas Rasulullah s.a.w. (Siri 2)

= Perkumpulan Di Saqifah Bani Saidah

🌸 Selepas seketika kematian nabi, umat Islam berada dalam keadaan panik. Sebelum ini kepimpinan mereka berada pada Rasullulah s.a.w, Baginda membuat keputusan terhadap sebarang peristiwa penting yang berlaku.

🌸 Namun demikian kematian Baginda s.a.w. yang tidak di sertakan dengan calon pengganti membuatkan umat Islam pada ketika itu dalam keadaan tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi pengganti.

🌸 Keadaan ini membawa kepada berkumpulnya para sahabat di satu tempat bernama Saqifah Bani Saidah. Perkumpulan ini kelihatan berlaku secara tergopoh gapah. Pada mulanya Abu Bakar Umar dan beberapa orang sahabat lain sibuk menyelenggarakan jenazah Nabi s.a.w.

🌸 Apabila mereka mendapat tahu bahawa kaum Ansar sedang berbincang mencari pengganti nabi, maka mereka pun segera ke sana. Begitu juga dengan Abu Ubaidah al-Jarah.

🌸 Saqifah Bani Saidah merupakan tempat biasa bagi masyarakat Madinah berbincang dalam perkara yang melibatkan urusan mereka. Namun demikian pada kali ini mereka berbincang berkaitan mencari pengganti nabi. Dalam perbincangan ini pandangan umat Islam telah berbeza.

🌸 Terdapat tiga pandangan yang diajukan oleh para sahabat dalam mesyuarat tersebut:

1- orang yang berhak untuk menggantikan kepimpinan Rasulullah s.a.w ialah kaum Ansar. Ini kerana merekalah orang yang bertanggungjawab membantu nabi ketika Baginda masih belum mempunyai kekuatan, mereka juga adalah penduduk asal Madinah.

2- Orang yang paling berhak menggantikan Nabi mestilah Dari kaum muhajirin kerana merekalah orang yang pertama beriman dan memperjuangkan risalah yang dibawa oleh nabi. Pandangan ini datang dari Abu Bakar dan beliau menjelaskan bahawa beliau pernah mendengar nabi berkata bahawa pemimpin orang Arab adalah dari Quraish. Dan pandangan ini disokong oleh Saad Bin Ubadah.

3- Hubaib bin Munzir pula mencadangkan agar dilantik dua orang pemimpin, seorang di kalangan Ansar dan seorang lagi di kalangan Muhajirin. Namun demikian pandangan ini tidak mendapat sambutan para sahabat yang lain. (Ibnu Hisyam)

= Pelantikan Abu Bakar Sebagai Khalifah

Perbincangan di Saqifah Bani Sa’idah telah membawa keputusan kepimpinan umat Islam diserahkan kepada Abu Bakar.

Umar Al-Khattab menyifatkan Abu Bakar sebagai Muhajirin terbaik, satu-satunya orang yang bersama Baginda dalam Hijrah, imam yang menggantikan Baginda dalam solat, dan solat adalah ibadat yang paling mulia dalam Islam.

Dengan kata-kata itu, Umar seterusnya memberikan bai’ah kepada Abu Bakar, diikuti dengan Osman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah. Tindakan mereka itu membuatkan seluruh yang hadir berbaiah kepada Abu Bakar.

Pada hari berikutnya umat Islam telah berbaiah dengan Abu Bakar di masjid secara beramai-ramai. Bai’ah terhadap beliau pada kali ini lebih bersifat persetujuan umum rakyat. Sementara bai’ah terhadap beliau di Saqifah Bani Saidah lebih bersifat persetujuan dari kalangan ahli-ahli syura.

Perlantikan yang disertakan dengan persetujuan kaum muslimin seluruhnya telah membuatkan negara Madinah terselamat dari pertikaian dalam mendapatkan pengganti kepimpinan Nabi s.a.w.

bersambung…

Sistem Politik Madinah Selepas Rasulullah s.a.w. (Siri 1)

🌸 Rasulullah tidak pernah melantik pengganti baginda secara spesifik. Dalam masa yang sama nabi juga tidak menentukan sebarang cara perlantikan yang perlu diikuti. Apa yang dibuat oleh Nabi s.a.w.  ialah memberikan kaedah umum yang perlu dipatuhi oleh pemerintah dalam mentadbir umat Islam.

🌸 al-Quran yang menjadi asas pertama ajaran Islam juga bersifat demikian, ia hanya menyatakan kaedah-kaedah umum sahaja.

🌸 Keadaan ini sesuai dengan sifat Islam dalam pensyariatannya kerana sifat ini bukan sahaja wujud dalam persoalan politik tetapi sememangnya Islam menyampaikan ajarannya dalam bentuk yang umum dalam perkara-perkara keduniaan atau kehidupan.

🌸Jika kita andaikan Nabi memberikan contoh-contoh perlaksanaan pentadbiran negara dalam Islam, nescaya perlaksanaan itu hanya akan mampu bertahan untuk beberapa generasi selepas baginda sahaja. Adapun untuk generasi seterusnya, sudah tentu memerlukan kepada pengubahsuaian atau perubahan dalam pelaksanaan tersebut.

🌸Ini Kerana sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah. Tambahan pula jika dilihat dari sudut perkembangan Islam di seluruh pelusuk dunia, maka keperluan untuk berubah itu lebih perlu berlaku dalam jangka masa yang lebih pendek.

🌸 Dengan itu adalah mustahil untuk ditentukan secara terperinci pelaksanaan terhadap pentadbiran yang dikehendaki oleh Islam.

🌸 Atas faktor itu baginda s.a.w. meninggalkan perincian perlaksanaan pentadbiran negara kepada kebijaksanaan umat Islam.

🌸 Apa yang ditinggalkan oleh Baginda s.a.w. hanyalah kaedah asas serta nilai-nilai yang merupakan dasar terpenting sebagai panduan kepada umat Islam.

🌸 Nabi s.a.w. juga  tidak menentukan pengganti Baginda. Sebahagian pengkaji beranggapan bahawa tindakan Nabi yang tidak menamakan pengganti beliau adalah mengikut amalan kabilah Arab yang ada pada ketika itu.

🌸 Pengamalan kabilah-kabilah Arab zaman tersebut ialah seseorang ketua kabilah itu akan dipilih oleh ahli-ahli kabilah selepas kematian ketua mereka.

🌸 Pada hakikatnya tanggapan nabi s.a.w. mengikut amalan kabilah Arab adalah tidak tepat. Ini kerana terdapat beberapa kabilah Arab sendiri yang telah mengamalkan sistem beraja.

🌸 Malahan ada juga kabilah-kabilah yang mengamalkan sistem pewarisan kuasa kepada keturunan. Dalam masa yang sama ada pula kabilah yang tidak mempunyai sistem pemilihan tertentu dan setiap kali berlakunya kekosongan ketua kabilah maka persaingan akan berlaku dikalangan ahli kabilah. Situasi ini seringkali  pula membawa kepada pertikaian bersenjata.

🌸Pada hakikatnya, tindakan Nabi s.a.w. itu adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada berlakunya pemilihan dari kalangan umat Islam. Tidak ada sebarang petunjuk yang menggambarkan siapakah yang berhak mengganti baginda. Tindakan nabi s.a.w. adalah untuk mengembalikan hak pemilihan pemimpin kepada Ummah. Merekalah yang berhak untuk menentukan siapakah yang layak untuk menerajui kepimimpinan masyarakat.

🌸 Keadaan ini adalah tidak sama dengan kepimpinan Nabi s.a.w. kerana Baginda menerajui kepimpinan berdasarkan kepada ketentuan dari Allah s.w.t bukan dari pemilihan manusia. Ada pun pemimpin yang datang selepas Baginda maka yang berhak untuk memilih mereka ialah ummah atau rakyat itu sendiri.

 

Tadabur Wahyu Siri 32

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Makna Khusus Dalam Perkataan Dan Ayat Al-Quran

Kali ini Ibnu Asyur membincangkan tentang maksud yang terkandung di dalam perkataan dan ayat yang dibawa oleh Al-Quran.

Seperti diketahui umum bahawa ayat Al-Quran sangat tinggi sasteranya.

Ini kerana sifat masyarakat Arab yang sangat mementingkan kualiti bahasa dan memuja peradaban dan sastera mereka.

Kualiti bahasa Al-Quran yang tidak mampu ditandingi oleh orang Arab menjadi bukti kepada kebenaran Al-Quran.

Antara fenomena ketinggian bahasa dalam Al-Quran ialah sesuatu perkataan atau ayat yang dibawa boleh membawa maksud yang berbagai.

Keadaan ini berlaku dengan lebih meluas apabila ayat-ayat Al-Quran didatangkan dalam qiraat yang berbeza.

Selain daripada membawa maksud yang berbeza, berlaku juga fenomena di mana maksud-maksud itu kelihatan bertentangan antara satu dengan yang lain.

Keadaan ini memerlukan kepada kupasan tuntas oleh para ulama’ yang mentafsir Al-Quran.

Pengetahuan seperti ini cukup untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah kalam Allah dan mustahil manusia dapat mencipta kitab setaraf dengan Al-Quran.

bersambung…
Ustaz Rosli (23 Rabiulawal 1440)  (1 Disember 2018)
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share