2.31.2 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 30
قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ (30)

Mereka berkata:; Adakah Engkau mahu menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu”.

Pertanyaan Malaikat disini bukan dalam keadaan membantah tetapi dalam situasi ingin tahu.

Ayat ini sebenarnya membuatkan para ulama tafsir mengandaikan bahawa di bumi telah ada penduduk sebelum penciptaan manusia lagi. Kalau tidak masakan malaikat dapat mengetahui tabiat penduduknya yang saling menumpahkan darah dan melakukan kefasadan.

Dr Ahmad Al-Raisuni pula melihat ayat ini dari sudut pentadbiran. Beliau mengulas ayat ini dari sudut ianya satu pendidikan terhadap pentadbiran yang berasaskan kepada mesyuarat.

Ini kerana Tuhan yang maha berkuasa itu sendiri pun memberi isyarat bahawa Dia memberitahu makhluknya tentang apa yang akan dicipta.

Walaupun pemberitahuan tersebut tidak bermakna pertolongan atau sokongan diperlukan. Tetapi ia tetap berlaku untuk menunjukkan kepada adab dan keindahan budi.

Penditilan berkaitan mesyuarat atau syura dalam pentadbiran ini boleh dibaca di dalam buku Dr Raisuni yang telah saya terjemahkan bertajuk Syura dan Demokrasi.

Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa bermesyuarat adalah resam mulia yang perlu diamalkan oleh umat Islam seluruh nya.

Pertanyaan dari malaikat ini juga menunjukkan mereka tidak dapat mengesan apakah Maqasid atau objektif terhadap penciptaan manusia. Lebih mengelirukan lagi apabila dibawa sikap penduduk bumi yang bersifat ganas itu.

Mengapa perlu lagi kepada penciptaan manusia sedangkan malaikat adalah dari jenis makhluk yang patuh serta tidak mempunyai keperluan lain seperti manusia.

Seperti juga dengan persoalan dari mana manusia datang.. persoalan kali ini iaitu persoalan mengapa manusia diciptakan adalah persoalan teras yang penting untuk dijawab dengan baik.

Ahad
8 Sya’ban 1440
14 April 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟 Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935752
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *