*TADABBUR WAHYU SIRI 166*

*2.31.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 30*

إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
Maksudnya
Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.

Setelah membincangkan tentang perhambaan, kini perbincangan surah al-Baqarah memasuki pula topik kejadian manusia.

Topik ini pula disampaikan dalam bentuk dialog antara tuhan dan malaikat. Sudah tentu kita menggambarkan bercakapnya tuhan seperti bercakapnya manusia.

Ini kerana kita semua yakin bahawa sifat Allah tidak menyamai sifat makhluk. Walaupun al-Quran menceritakan perbualan ini seolah-olah sama dengan perbualan makhluk.

Iaitu tuhan berkata dan malaikat menjawab. Malaikat berkata dan tuhan menjawab. Ayat-ayat Al-Quran begini dipanggil ayat mutasyabihat iaitu ada unsur kekaburan.

Titik kekaburannya ialah sifat Allah yang tidak sama dengan makhluk itu telah digambarkan dalam bentuk yang seolah-olah sama.

Maka, adalah perlu memahami ayat sebegini samada didalam perbincangan ini atau lain-lain tempat dalam al-Quran mesti diletakkan dibawah perinsip “sifat Allah tidak menyamai sifat makhluk”.

Oleh itu apabila kita menyatakan bahawa Allah berfirman maka firman Allah itu tidak menyamai keadaan manusia yang bercakap menggunakan anggota badan seperti lidah, kerongkong dan paru-paru.

Manusia bercakap memerlukan adanya suara, gelombang bunyi, gegendang telinga dan sebagainya. Bahkan bercakapnya manusia tertakluk kepada masa, tempat dan jarak. Kesemua itu tidak kepada tuhan.

Tapi gambar cerita Al-Quran menggunakan cara yang mudah difahami oleh manusia walau bagaimanapun rendah tahap keilmuan seseorang itu tetap juga boleh memahaminya dengan kadar kemampuan yang ada.

“Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.

Sabtu
7 Sya’ban 1440
13 April 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟 Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935752
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *