*TADABBUR WAHYU SIRI 432

*2.30.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 225*

لاَّ يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِيَ أَيْمَانِكُمْ وَلَكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
225-Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Ayat ini menrangkan bahawa sumpah boleh dibahagikan kepada dua jenis.

Pertama adalah lafaz sumpah yang menyebut nama Allah dan diniatkan sebagai sumpah dari sudut syarak.

Kedua ialah sumpah yang diistilahkan dalam ayat ini sebagai sumpah lagha. Yang dimaksudkan dengam sumpah yang lagha mengikut Dr Wahbah Al-Zuhaili di dalam tafsir beliau, satu sumpah yang tidak dikira sebagai penguat kepada tekad seseorang.

Dengna itu ia tidak dikenakan kifarat dan tidak dianggap sebagai sumpah yang dikehendaki. Hukum ini diberikan kepada mereka yang mengucapkan nama Allah sedangkan mereka tidak mempunyai niat sumpah seperti yang diterangkan diatas.

Dr wahbah Al-Zuhaili menerangkan bahawa pada pandagan imam Syafie sumpah yang lagha atau yang tidak diniatkan sebagai sumpah, tidak dikenakan dengan kifarat jika seseorang melanggarnya seperti kata-kata orang Arab “wallahi aku tak akan makan sehingga engkau makan dan sebagainya.”

Bolehlah dikatakan bahawa mengucapkan wallahi dengan  tidak mempunyai niat sumpah dalam budaya arab ialah menyamai kata-kata dalam bahasa melayu sebagai penegasan sepertu sungguhpun, sememangnya dan lain-lain ucapan yang menunjukkan kepada penegasan biasa yang bukan sampai kepada darjat sumpah.

Boleh dikatakan bahawa bersumpah dengan nama Allah membuatkan sesuatu amalan itu mesti ditunaikan walaupun keadannya sebelum ini bukan merupakan kewajipan.

Selain itu bersumpah dengan nama allah tidak digalakkan untuk dilakukan dalam setiap masa kerana ia akan membawa kepada hilangnya rasa homat orang lain kepada mereka yang kerap bersumpah. Ini kerana seolah-olahnya mereka tidak mempunyai keyakinan diri dan mengharapkan orang lain untuk mempercayai tindakannya melalui sumpah.

Bagi mereka yang telah bersumpah dengan nama Allah dan dengan sewenang-wenangnya melanggar sumpah itu maka dia hendaklah membayar kifarah diatas kesalahan yang telah dilakukannya.

Dalam keadaan tersebut hendaklah dia membayar kifarah dalam bentuk memberi makanan kepada sepuluh orang miskin atu memberikan pakaian kepada mereka atau pun juga memerdekakan hamba.

Dalam hal dia tidak mampu untuk menunaikan arahan tersebut maka hukuman yang perlu dilakukan oleh mereka ialah berpuasa selama tiga hari. Perlu diingat sekali lagi bahawa hukuman berpuasa selama tiga hari adalah bagi mereka yang tidak dapat melakukan hukuman asal dari kafarah yang ditetapkan itu.

Isnin
28 Rabiulawal 1440
25 November 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *