*TADABBUR WAHYU SIRI 479*

*2.253.3 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 282*

Firman Allah bermaksud:
Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu.

Selain menyuruh orang yang berhutang agar menulis transaksi mereka, ayat ini juga menyuruh agar mereka yang dilantik sebagai penulis agar menulis setiap butiran kontrak dengan benar.

Mereka yang mahu menjadi penulis mestilah mempunyai ciri-ciri mulia iaitu tidak menambah atau mengurangkan apa yang diberitahu kepada mereka. Sifat amanah inilah yang menjadi asas kepada kesejahteraan dan keberkesanan undang-undang.

Pada hari ini adalah tealu sukar untuk membuktikan seseorang bersifat dengan sifat yang mulia seperti yang disebut. Oleh itu manusia pada hari ini melainkan kepada pembangunan sistem yang telus dan boleh percayai.

Sifat amanah juga ditegaskan kepada mereka yang menjadi pemegang amanah kepada golongan yang tidak mampu mentadbir harta mereka seperti anak-anak yatim, orang gila atau orang yang terlalu tua.

Satu lagi gesaan yang diajukan bagi mengelakkan pertikaian dalam berhutang ialah mengambil saksi bagi membuktikan hutang.

Hal ini adalah salah satu daripada suruhan kerana pada zaman dahulu, untuk mencari orang yang pandai menulis berkemungkinan sukar.

Saksi pula dijelaskan dalam bentuk yang boleh membawa keyakinan dalam membuktikan dakwaan pihak itu nanti. Saksi juga dilarang untuk tidak mahu menjadi saksi kerana jika tugas ini ditinggalkan sudah tentu ia akan membawa kerumitan kepada masyarakat untuk berurusan.

Gesaan untuk dirrekodkan setiap transaksi hutang ditegaskan dengan gaya yang bersifat memujuk, dalam masa yang sama rangkap ini mengisyaratkan kepada satu sifat yang sememngnya diakui oleh ramai orang, iaitu mencatat setiap transaksi kewangan adalah sesuatu yang sering dianggap remeh dan menjemukan. Firman allah bermaksud: Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya..
Suruhan agar disediakan saksi itu juga kerana mahu mencapai satu tujuan yang sama iaitu mengelakkan sebarang pertikaian dan persengketaan. Gesaan ini amat penting kerana persoalan harta adalah perkara sensitif yang sering kali membuatkan manusia bermusuh-musuhan. Jika suruhan tuhan ini diamalkan dengan penuh tanggungjawab dengan mengambil kira faktor-faktor keperluan semasa maka sudah tentu banyak pertelingkahan yang timbul dapat dielakkan daripada berlaku sebenarnya.

Ahad
16 Jamadilawal 1441
12 Januari 2020
Ustaz Rosli Mokhtar
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
t.me/tadabbur_wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *