**TADABBUR WAHYU SIRI 503**

**3.13.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 16-17**

ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
16–Orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”;

Mereka yang bertaqwa disifatkan sebagai orang yang sangat mahukan kepada keampunan Allah. Dengan itu ayat ini menyatakan bahawa seorang yang bertaqwa itu mempraktikkan kepercayaan mereka.

Ini kerana dari sudut kepercayaan mereka mahukan keampunan Allah, mereka mahukan ganjaran dari Allah. Oleh itu mereka meminta keampunan diatas kesalahan mereka.

Dengan itu dapat difahami bahawa sifat yang baik ialah  menjauhan diri daripada segala dosa. Ini kerana orang yang beriman dan bertaqwa meminta Allah mengampunkan dosa mereka, sudah tentu jika berdepan dengan dosa mereka akan menjauhinya.

Adalah mustahil orang yang disifatkan sebagai bertaqwa hanya menyatakan hasrat hati mereka melalui kata-kata tidak melalui amalan dan perbuatan mereka.

ٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلۡقَٰنِتِينَ وَٱلۡمُنفِقِينَ وَٱلۡمُسۡتَغۡفِرِينَ بِٱلۡأَسۡحَارِ

17-(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

Dalam ayat ini dijelaskan akhlak-akhlak asas yang sangat penting dan perlu ada bagi seorang mukmin, agar mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa.

Sifat-sifat tersebut ialah :

1-Sabar: sifat ini menjadi kunci kepada berterusannya seseorang melakukan ketaatan dan meninggalkan segala bentuk maksiat. Dalam erti kata lain sabar melakukan amal solah dan sabar dalam menjauhi amal buruk. Kesabaran adalah perlu kerana nafsu manusia seringkali berlawanan dengan apa yang mesti dilakukan.

2- Benar: sifat ini menimbulkan keadaan istiqamah dan melahirkan syaksiah diri yang dipercayai. Benar bukan bermaksud tidak menipu sahaja, tapi benar ialah maksudnya mengamalkan tuntutan agama yang telah diakui kebenarannya.

3-Tunduk dan patuh: melakukan segala ketaatan dengan penuh ketundukan samada dari sudut waktu  atau kadar yang dituntut samada ibadah jasad atau ibadah rohani.

4- Infaq: ia adalah ibadat melentur jiwa dengan menggunakan harta dan benda. Dengan ibadah jenis ini akan memberi kesan yang sangat baik kepada masyarakat dan ummah seluruhnya.

5- Istighfar: iaitu meminta ampun. Sudah tentu orang yang melihat dirinya bersalah akan meminta ampun. Waktu beristighfar yang paling baik dinyatakan dalam ayat ini iaitu pada waktu sahur. Mengikut Ibnu Asyur, waktu sahur adalah satu perenam akhir malam.

Pada waktu itu ibadah sangat digalakkan kerana ia membuktikan seseorang itu serius dan memberi perhatian terhadap hubungannya dengan Allah.

Ia adalah waktu yang sesuai untuk manusia membina hubungan kerohanian dengan Allah, memandangkan situasinya yang tenang dan jauh dari kesibukan dunia.

Rabu
11 Jamadilakhir 1441
5 Februari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *