Dedah laporan pencapaian murid merosot

KUALALUMPUR 9 Feb. –
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kesal dengan tindakan Kementerian Pelajaran tidak mendedahkan laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains.Setiausaha Agung PKPIM, Khairul Anwar Shazali mendakwa hasil kajian anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) itu juga mendapati, majoriti negara yang menduduki tangga teratas dalam kajian itu menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran kedua-dua subjek berkenaan.”Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya menjadi kayu ukur letak duduk pelajar Malaysia di arena antarabangsa. Ia turut menggambarkan betapa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah merudumkan prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains,” katanya dalam satu kenyataan di sini.TIMSS 2007 adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik dan Malaysia telah terlibat di dalam kajian ini sebanyak tiga kitaran iaitu pada 1998 hingga 2000, 2001 hingga 2004 dan 2005 hingga 2008.Seramai 4,466 pelajar tingkatan dua, 150 guru Matematik dan 150 guru Sains yang mengajar pelajar tingkatan dua daripada 150 sekolah seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kajian itu.”Perlu diberi perhatian bahawa murid Tingkatan Dua yang menjadi responden kajian ini adalah generasi pelajar Malaysia yang melalui program PPSMI, jadi dapatan TIMSS 2007 ini turut memberi gambaran akan keberkesanan PPSMI,” kata Khairul Anwar.Beliau berkata kedudukan Malaysia daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007 bagi mata pelajaran Matematik berbanding 46 buah negara dalam TIMSS 2003, telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10 kepada tempat yang ke-20.”Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500. Skor ini juga telah merosot sebanyak 34 mata pada 2007 berbanding 508 pada TIMSS 2003. “Negara-negara yang mempunyai skor purata yang lebih tinggi dan perbezaanya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei (598), Korea (597), Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570), Hungary (517) dan Rusia (512),” katanya.Katanya, kedudukan Malaysia bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada kedudukan tempat ke-20 (TIMSS 2003) kepada tempat ke-21 pada TIMSS 2007.”Skor purata Malaysia (Sains) juga telah merosot sebanyak 29 kepada 471 (TIMSS 2007) berbanding Singapura (567), China Taipei (561), Jepun (554), Korea (553), England (542), Hungary (539), Australia (515) dan Sweden (511),” katanya.Khairul Anwar juga mengulangi pendirian PKPIM yang menolak dan membantah pelaksanaan PPSMI. – BERNAMA

Satu pelajaran dari musuh Allah

Siapakah orang ini? Orang ini dikenali ramai dia adalah orang yg telah memenuhi hidupnya dengan pembunuhan dan kekejaman terahadap orang islam dan agamanya, dia amat berkuasa sehingga tiada negara dalam dunia yang boleh menyekat kejahatannya, dia mempunyai senjata tercanggih dunia, sebut saja Arieal Sharon pemimpin arab akan mengigil ketakutan, tenteranya dianggap tidak mungkin dapat dikalahkan, dimana dia sekarang?
Agak lama tak didengari ceritanya. Arieal Sharon sedang berada di sebuah hospital di Israil, sejak sekian lama dia terlantar, semenjak Januari 2006 Sharon telah di serang stroke, semenjak itu dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Dia mengalami perdarahan otak yang teruk. Beberapa kali telah dilakukan pembedahan tetapi tidak berjaya.
Walaupun dia sakit tetapi namanya tetap hangat dalam pilihanraya Israil Mac 2006 namun manusia cepat lupa, ketika ini Israil hangat dengan cuaca pilihanraya yang hampir, nama Arieal Sharon sudah tidak kelihatan. jika namanya dijadikan modal untuk kempen pilihanraya 2006 tetapi tempatnya kini telah digantikan dengan Levni.
Sharon telah banyak berjasa kepada rakyat Israil dialah yang telah menubuhkan parti Kadema pada November 2005. Dengan penubuhan itu dia berjaya menyatukan rakyat Israil yang bercakaran sesama sendiri.Tetapi kini partinya akan berkubur bersama Sharon. Org yg di sebut-sebut akan memenangi pilihanraya Israil ialah Benyamin Natanyahu.
Jika sebelum ini Arieal Sharon bermesyuarat untuk membunuh rakyat Palestin, tetapi masa telah beredar, roda kehidupan bertukar arah. Pakar-pakar perubatan mencadangkan alat bantuan pernafasan Sharon di buang bagi membenarkannya untuk diistiharkan sebagai sekujur mayat. Sementara cadangan itu ditentang oleh pihak gereja Yahudi. Perbincangan yang sebenarnya jika tidak berkesudahan akan menyaksikan satu lagi rekod dunia dimana dia akan menjadi bangkai bernyawa paling lama disimpan. Manakah pangkat yang dikejar sehingga sanggup membunuh? Manakah harta yang di tinggal sehingga sanggup merampas? Manakah pujian yang di terima sehingga sanggup menzalimi? Wahai para pemimpin belajarlah dari seorang yang gagal dalam hidupnya, dia gagal dalam ujuan Allah. Wanauzubillah an nakuna mina jahilin