manafaatkan masa cuti

kabanyakan pelajar mula bercuti dengan rasa gembira ,menggunakan masa-masa terawal cuti dengan melawat sanak saudara dan sahabat handai. mmg ianya suatu yang amat indah bila sekian lama sibuk dengan kuliah dan berjauhan. Ramai yang lupa pula bahawa cuti panjang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti mereka bila masuk semula kekuliah.

Perkara pertama yang paling penting bagi memanafaatkan cuti ialah perancangan yang teratur, ramai juga yang berazam menggunakan masa dgn baik tetapi tidak bertahan lama, banyak perkara yang menyeronokkan yg telah melupakan seorang pelajar tententag harga masa yang tidak terhingga. Oleh itu anda semua mestilah:

1-Merangka penggunaan masa secara bertulis. Jangan hanya letak dalam otak dan buat apa yang teringat. Kalau mahu berjaya kita perlu buat sesuatu yang lebih dari orang biasa buat.

2-Buat jadual study yg lebih berat dari hari biasa kerana masa cuti anda tidak dibebani dengan tugas2 pelajaran yang lain.

3-Fokus kepada meningkatkan penguasaan bahasa. Ini kerana rata2 pelajar mengalami masalah sama iaitu amat lemah dalam bahasa pengantar yang digunakan di ipt. Kebanyakan univ menggunakan bahasa inggeris dan bahasa arab, halangan bahasa inilah yang menyebabkan pelajar tidak mampu untuk cemerlang dalam pelajaran, usahkan nak cemerlang, nak lulus pun sukar. 
Saya ada pengalaman mengajar di 3 buah ipt sekitar kl dan masaalah pelajar melayu sama saja iaitu bahasa.   Masaalahnya kelemahan bahasa itu tidak cuba diselesaikan bahkan ianya terkumpul dari semester satu ke akhir pengajian. Ramai pelajar pengajian islam disemester akhir yang tak mampu memahami teks arab, bagaimana mereka mahu menggali isinya jika bahasa tak faham?

4-Menggunakan kemudahan internet untuk meningkatkan kedua2 kemahiran bahasa tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *