Bagaimana Mempelajari Bahasa?

Saya mendapat respon ramai pelajar yang berminat dengan saranan saya supaya pelajar menggunakan internet untuk mempelajari bahasa. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa dalam internet banyak pelajaran secara percuma/free. Emm, saya rasa elok saya terangkan lebih sedikit.

Saya bukanlah pakar bahasa, tetapi apa-apa yang saya akan ulas berkaitan bahasa dalam blog ini banyak bergantung kepada pengalaman sendiri. Pelajar di Malaysia sememangnya lemah di dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab.

Bahasa itu diperloehi sama ada menerusi teknik bertutur, membaca dan menulis. Jadi kita perlu menguasai bidang bahasa itu dengan cara yang tersendiri. Oleh itu, saya cadangkan anda melanggan mana-mana laman web yang menghantar subjek pelajaran menerusi email anda secara harian.

Contohnya web about.com yang akan menghantar pelajaran setiap hari dan anda akan terarah dan lebih fokus bila belajar sebegitu. Jika mereka yang ingin memperbaiki kelancaran dan sebutannya, cuba melayari di dalam web englishtown.com yang mudah. Namun dalam masa beberapa minggu sahaja, jika diikuti akan dapat memberi kesan yang lebih baik daripada belajar tuisyen.

Jawapannya? Sememangnya terlalu banyak web percuma di internet. Manafaatkanlah sebaiknya, terutamanya dalam masa cuti sebegini. Jangan lupa, jika anda mempunyai sebarang masalah, boleh bertanya dan bersama kita ada pakar-bahasa seperti Ustaz Halim dan abang Rosli (semoga Allah mempermudahkan urusan Ph.D mereka, amin).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *