Cabut bulu kening 2

Hari ni rasanya ada baiknya saya sambung perbincangan berkaitan cabut bulu kening. Apa yang saya nak ajarkan ialah menganalisa hukum syarak tidaklah semudah yang disangkakan oleh sebahagian orang. Ramai juga orang yang menganggap para ulamak dan cendikiawan dlm bidang agama tidak cerdik. Ini bukan salah masyarakat, tapi masyarakat didedahkan kerja ulamak ni ialah baca doa dalam majlis, baca wirid, mintak berkat kalau anak nak belajar, sebenarnya kerja ulamak jauh lebih payah dari itu, tanggung jawab ilmiah saja pun cukup hebat.

Menganalisa nas2 syarak bukan boleh dibuat sekali imbas, tengok saja hadis dan hadis tu sahih kira jadi, bukan begitu sebenarnya. Ini kerana kita juga perlu melihat quran dan hadis secara keseluruhan. Ok kita balik kepada hadis melarang cabut bulu kening. Jika kita faham cabut bulu kening adalah mengubah ciptaan Allah, maka mengapa pula nabi menyuruh kita mencabut bulu ketiak dan bulu2 lain di bahagian sulit. Bukankah itu juga makhluk Allah?

Melalui keadaan inilah ulamak masing2 cuba menganalisa lebih lanjut. Prinsip yang dipegang ialah hukum Islam tidak boleh bertentangan satu sama lain. Mustahil Allah marah pada satu benda dan tidak marah pada benda yg sama di dalam ayat lain.

Sebahagian ulamak dengan itu menganggap bahawa perubahan makhluk Allah dalam hadis diatas adalah satu jenayah yang berasingan. Alasan mencabut bulu kening haram kerana mengubah kejadian Allah adalah amat lemah. Maksud hadis tersebut mungkin berlainan. Satu contoh lain yang saya boleh berikan ialah alasan botox haram antaranya ialah kerana mengubah kejadian Allah. Saya agak tidak faham dengan alasan ini.

Mengapa saya tak faham? Kerana botox ialah suntikan utk menegangkan kulit dalam jangkamasa tertentu. Kalau menegangkan kulit haram kerana dianggap mengubah kejadian Allah, maka menyapu krim penegang kulit juga haram. Sebab tujuannya juga ialah menegangkan kulit. Bezanya ialah botox melalui suntikan dan krim melalui sapuan. Saya bukan nak kata botox tu tidak haram kerana mungkin ada faktor lain yg membawa keharaman.

Yang saya nak fokus disini ialah alasan ianya mengubah kejadian Allah. Apakah suntikan yg sangat tak sakit dan tak pula melukakan kulit itu sebab sebenar haramnya botox. Botox amat berlainan dengan pembedahan. Jika pembedahan boleh dikatakan mengubah kejadian kerana terdapat kerja membuang daging dan kulit dan terdapat luka yang besar. Ok saya rasa untuk hari ini cukuplah sekadar ini, apa yang saya nak terangkan ialah alasan pengharaman cabut bulu kening kerana ianya salah satu bentuk mengubah kejadian Allah adalah satu alasan yang lemah sebenarnya. Tak boleh banyak2 nanti kita bincang lagi.

Lagi tentang perempuan………..hukum
Sehari dua lepas salah seorang adik saya bertanya tenteang hukum perempuan mencabut bulu kening. Disebabkan dengan berbagai kesibukan, hari ni baru saya sempat jawab.

Jawapan saya yang pertama ialah tengok saja internet. Dah terlalu banyak ulasan tentang hukum ini. Namun demikian saya tak ketinggalan untuk turut mengupas sedikit sebanyak tentang perkara berkaitan.
لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

Hukum cabut bulu kening sebenarnya berpaksikan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Walaupun terdapat hadis yang agak terang melaknat perempuan yang mencabut bulu kening, tetapi para ulamak berlainan pendapat dalam memahami hadis tersebut.
1-Sebahagian berpendapat mencabut bulu pada muka perempuan adalah haram berdasarkan hadis kerana perkataan ‘al Mutanamisat’.
2-Pendapat kedua mengatakan haram mencabut bulu kening sahaja kerana makna Mutanaisat pada mereka bermaksud prp yg mencabut bulu kening sahaja. Kedua2 pendapat tadi lebih melihat persoalan ini dari sudut bahasa dalam hadis.
3-Sebahagian ulamak cuba melihat dlm skop yg lebih luas. Mereka mengatakan bahawa hukum asal sesuatu yg bukan ibadat adalah harus. Oleh itu dalil yg berlawanan dgn kaedah ini perlu difahami dengan lebih luas.
Mereka berpendapat larangan itu tadi mesti dihubungi dengan sebab. Oleh itu, mereka cuba memahami mengapa ianya dilarang atau dalam istilah syarak dipanggil ‘illah’.Sebab yg dapat difahami ialah kerana tidak menunjukkan keadaan sebenar. Situasi ini bahaya kerana seorang yg berkahwin akan menyesal dan rasa tertipu dengan keadaan prp yg dikahwininya kerana rupanya apa yg dilihat bukanlah keadaannya yg sebenar.
Jika ianya difahami sedemikian,maka ia akan membawa kepada pengharaman make up yg merubah wajah prp menjadi cantik sedangkan keadaan sebenarnya tidak demikian.
Golongan ketiga ini berpendapat sekiranya ianya dilakukan untuk berhias kepada suamimaka hukumnya harus.
Sebenarnya hadis diatas ada sedikit kekeliruan bagi saya. Persoalannya ialah Jika sekiranya salah satu sebab haram ialah mengubah kejadian Allah iaitu mencabut bulu kening, persoalannya mengapa pula nabi menyuruh atau mnggalakkan membuang bulu ketiak? Bukankah itu juga termasuk dalam kejadian Allah?Bersambung….

Idah Wanita Mengandung Kematian Suami

Semalam saya telah di tanya oleh seorang kawan melalui telefon tentang idah prp hamil yang kematian suami.
Jawapannya ialah:

Firman Allah bermaksud:
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. 
Surah al Talaq:4

Melalui ayat al quran  sabit mengatakan  bahawa idah  wanita yang mengandung ialah apabila dia melahirkan anaknya . Oleh itu wanita mengandung yangkematian suami juga termasuk dalam ayat diatas. Selain hujjah ayat al quran ulamak juga menggunakan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dimana Rasulullah s.a.w. menbenarkan Sabiah al Aslamiah, seorang sahabat wanita untuk berkahwin setelah dia melahirkan walaupun dia baru kematian suaminya.

Dari sudut maqasid, kita dapati, tujuan idah ialah untuk mengelakkan percampuran nasab. Jika perempuan dibenarkan berkahwin sebaik sahaja bercerai dengan suaminya atau setelah kematiansuami, nescaya akan timbul pertelingkahan jika dia mengandung dengan suami kedua. Berkemungkinan suami kedua akan menafikan anak tersebut darinya. Keaaan ini akan menganyanyai wanita dan anak tersebut  serta menimbulkan pertelingkahan.

Pensyariatan idah ialah untuk menjaga keharmonian dan kerukunan hidup manusia. Dalam kes perempuan yang melahirkan anak, unsur percampuran nasab sudah tiada. Ini kerana perempuan yang melahirkan anak tidak menyimpan benih dari suaminya didalam rahimnya. Inilah salah satu bukti kebenaran ajaran Islam secara saintifik.

Hukum ini juga menunjukkan Islam amat menitik beratkan persoalan kesinambungan keturunan. Pengharaman zina,  liwat dan sepertinya adalah bertujuan menjaga keturunan manusia. 

Wallahua’lam

2-0
Sehari dua ni umat islam ketinggalan 2-0 berbanding bukan islam. Keputusan kabinet berkaitan kesan seorang yang memeluk islam terhadap anaknya amat tidak memihak kepada orang Islam di Malaysia. Lebih-lebih lagi kes itu hendaklah dibicarakan di mahkamah sivil. Saya tidak mahu cakap panjang tentang isu ini kerana ulasannya sudah banyak diperkatakan tapi apa yang saya hairan ialah dimana perginya ‘orang kuat agama yang menjadi payung Islam di malaysia. mengapa mereka tidak bersuara dalam isu yang memang dibawah kuasa yang termaktub dan sehingga sekarang tiada yang meloncat keradangan.
Satu kekalahan lagi ialah apabila mahkamah membatalkan larangan Kementerian dalam negeri berkaitan penggunaan nama Allah untuk gereja. Saya sebenarnya tidak berpuas hati dengan analisis beberapa orang tokoh . Mereka tidak memihak kepada KDN atas alasan nam Allah digunakan dizaman nabi dan negara arab.
Saya berpendapat perkara tersebut termasuk dibawah siasah syariyyah dan pemimpin berhak berbuat demikian bila perlu. Lebih2 lagi bila melibatkan ketidak patuhan gereja dalam menyebarkan ajaran mereka kepada penganut Islam.
Yang lebih pelik lagi ialah tiada sebarang kenyataan daripada ‘org kuat agama’ di Malaysia. Setiap kali kita mengharapkan kuasa mereka digunakan untuk Islam ketika itu mereka akan memberi alasan yg menunjukkan seolah2 mereka tidak berkuasa.pandangan anda dihargai

Kitab Sifat Solat Nabi Mengelirukan

Kalau ditinjau dalam siri buku fekah ibadat, banyak buku yang berbagai pendekatan dan alian sedang menyerang kedai dan gerai buku. Salah satu trend penulis dan penerbit untuk menarik minat pembaca ialah membei perhatian tentang judul buku.
Antara trend yang agak lama ialah mengaitkan sesuatu perkara dengan nabi s.a.w. Contohnya sifat solat nabi, Puasa nabi dll. 
Dalam coretan ini saya bukannya mahu mengkritik penilis atau menolak jenama yang dikaitkan dengan nabi s.a.w. Tapi apa yang pernah berlaku kepada saya ialah sebahagian masyarakat menganggap hanya buku sifat solat nabi merupakan kitan yang mengajar cara solat yang betul. Adapun buku lain maka ianya tidak bersandarkan kepada cara nabi.
Dengan itu mereka amat taasub dengan buku atau orang yang menulis dan mengajarkan buku tersebut. Mereka memandang orang yang belajar kitab lain sebagai ahli bidah. 
Saya melihat keadaan ini memerlukan sedikit penjelasan. Penjelasan pertama kepada masyarakat umum. Kita mesti sedar apa yang dikatakan dalam perbincangan ini mengenai sifat solat nabi ialah naba buku. Ini tidak bermakna itulah sahaja pendapat yang betul dan semua pendapat lain tidak mengikut sunnah nabi. Mana mungkin seseorang solat dengan tidak mengikut nabi. 
Penjelasan kedua ialah kepada para aktivis kita yang bertungkus lumus mengajar masyarakat. Sudah tiba masanya pendekatan pengajaran dilakukan dalam bentuk perbandingan. Walaupun tidak secara mendalam tetapi perlu dijelaskan kedudukan hukum dan polemik yang dikupas pada pandangan ulamak dan menerangkanjuga pandangan lain dalam bab tersenut. 
Disebabkan sifat solat nabi adalah tajuk yg amat simple, tergambar dalam pemikiran masyarakat bahawa inilah dia sifat solaat nabi dan kita tidak ada ruang untuk mengikut pendapat lain.
Sebenarnya sedikit penditilan terhadap bagaimana hadis2 dalam buku sifat solat nabi difahami oleh ulamak lain perlu diutarakan. Cara ini akan membuka minda masyarakat dan akhirnya akan memberi kesan yang mendalam terhadap sikap tolaransi sesama muslim. Kecuali jika aktivis sendiri ingin menggumpul sebanyak mungkin penyokong yang taasub dengan alirannya lalu menyembunyikan fakta perselisihan ulamak dalam menganalisis nas. Namun perbuatan tersebut mungkin dikira sebagai tidk beretika dan bertujuan keduniaan yang terkeluar dari batas2 kemurniaan Islam.

Agama berlawanan dengan akal.

Satu perkara yang agak bagus di negara kita hari ni ialah banyaknya ceramah2 agama di masjid. Sebelum Jumaat tadi pun ada ceramah. Bolehlah masyarakat kita dgr2 sikit pasal agama ni. Kalau zaman saya budak2 dulu,masjid ni tempat sembahyang saja, habis kuat lepas maghrib ada la guru agama mengajar itu pun tak lari dari tajuk sembahyang. Bertahun tahun saya dengar pasal ambik air sembahyang. 

Ceramah jumaat tadi agak berapi jugak. Taklah orang masjid tertidur. Cuma yang saya pelik mengapa penceramah amat menekankan persoalan agama tidak boleh difikirkan dengan akal. Kata penceramah agama ni kita terima saja apa yang agama kata.
Penceramah berulang kali mengatakan bahawa agama tidak boleh difikirkan dengan akal. Kalau difikirkan dengan akal maka binasalah agama. Penceramah pun bericontoh. Dia kata cuba tengok hukum pusaka, org lelaki dapat lebih banyak dari org perempuan.Beegitu juga maskawin org lelaki nak kawin, dia berikan kepada perempuan sebahagai maskawin tetapi orang prp tidak beri pula kepada lelaki. 
Saya mendengar ceramah itu dengan penuh minat. Tapi banyak persoalan bermain dalam kepala saya. Apa yang saya fikirkan ialah mengapa ramai penceramah di negara kita yang sering memberi peringatan kepada masyarakat supaya jangan menggunakan lojik. Kata mereka lojik akan membinasakan agama. Orang yang menggunakan lojik akan tersasar.Oleh itu jangan kita gunakan akal. Berkali2 dia mengingatkan jamaah supaya jangan gunakan akal.
Mengapa takut benar penceramah tu pada akal? bukankah kehebatan manusia itu tersirat pada akalnya yang canggih?
Contoh yang diberkan tadi juga agak ganjil katanya tak lojik orang lelaki yg dapat banyak dari org prp. Setahu saya lojiknya cukup mudah. Org lelaki adalah qawam. Dia menyara keluarga , ayah dan ibunya. maka dialah lah yang lebih dahulu diberikan bantuan atau kekuatan.
Berkaitan dengan org lelaki yg memberikan maskawin pun sama. Yang tak lojiknya ialah jika agama menyuruh prp memberikan maskawin kepada lelaki.
pada pandangan saya, tujuan penceramah memang baik iaitu mengingatkan jamaah supaya tidak mengikut aliran yang tidak berlandaskan quran dan sunnah. Sebaliknya mendaka menggunakan lojik. Sebenarnya lojik mereka itu tak lojik langsung.
Agak pelik juga dengan orang yg menentang penggunaan akal. mereka ikut mazhab syafie yg menggunakan kias. kias tu bukankah fenomena penggunaan kias? Bahkan imam syafie lebih luas menggunakan akal. dia mengkiaskan perkara ibadat!!! walaupun dia tidak mendapati hadis tentang solat sunat sebelum solat maghrib tapi dia menggunakan kias. 
Akhirnya saya dapat tahu penceramah tadi mempunyai ijazah dalam bidang bahasa. emmm….satu persoalan pula disini. 

Isu semasa dan tugas dakwah

Isu orang kafir baca alquran semakin sejukk…begitulah cara masyarakat menangani sesuatu masaalah. Semuanya bermusiam, sekarang sibuk fikir nak larang bas beroperasi waktu malam sebab ada bas eksiden, dua tiga hari lagi senyaplah sapai ada eksiden lain pulak, tajuk yg sama akan keluar. Sebenarnya tabiat manusia memang begitu hangat-hangat tahi ayam. 

Sebab itulah sebagai seorang ustaz saya cuba untuk tidak terikut2 dengan cara suatkhabar. Mereka mencipta isu dan mempergunakan msyarakat utk tujuan penjualan suratkhabar. Apabila isu hangat maka suratkabarpun laku dan bonus utk mereka juga banyak. Selain itu mereka juga terpaksa menyokong pihak yg menjadi tuanpunya bagi syarikat suratkabar itu.

Amat berlainan dengan peranan seorang ustaz. Kita mengajar masyarakat apa yg merea patut tahu. Kita mengajar apa yang diperlukan oleh orang. Jika orang minat dgn sesuatu tetapi ianya kurang penting maka kita perlu tahu bagaimana menangani keadaan itu.

Ada orang minat berzikir, dia mahu hanya pelajaran2 berkaitan zikir saja kalau cakap pasal lain mereka akan pandang dengan sinis. Kata mereka itu tak penting yg penting zikir dulu. Ada juga masyarakat yg suka tentang fadilat saja, jika cakap pasal politik mereka kata yg dalam pun tak selesai. Apa yg banyak jugak saya temui ialah masyarakat yg minat politik saja. Kalau kita ceramah pasal kerajaan tak betul merekka akan seronok tapi bila muhasabah kata kita tak betul maka mereka akan melebelkan anda sebagai anti gerakan Islam.


Selain daripada mengupas persoalan yg menjadi syilibus kita sebagai ustz, isu semasa tidak boleh dilupakan. Ini kerana Islam tu tugasnya menyelesaikan permasaalahan semasa, bezanya masaalah semasa yg patut dikupas ialah masaalah semasa yg sebenar, bukan yg diterajui oleh peniaga berita.

Nampaknya tanggungjawab sebagai ustaz ini agak berat juga bebannya. Mudah-mudahan Allah memberikn kekuatan untuk dipikul selagimana sedikit sebanyk ilmu yang Allah berikan ini ada dipelihara.Ya Allah permudahkan urusan, berikan pertolongan dan terimalah amalan kami.

bolehkaah orang kafir membaca alquran 3

Dalam perbincangan yang lepas kita telah meliht isu orang kafir bca quran. Isunya bukan kerana mereka kafir tapi lebih kepada penghinaan dan penyalahgunaan. Komen saya antaranya ialah mempergunakan alquran untuk tujuan2 yang bersifat menundukkn makna alquran kepada kehendak yang telah ada terlebih dahulu. Atau dalam bahasa yang mudah ialah memperalatkan alquran.

Pada waktu itu alquran bukan panduan tetpi alat untuk diguakan bagi menyokong atau mengutuk orang tertentu yang tidak sehaluan. Perbuatan mempergunakan al quran tidk boleh diterima samaada dilakukan oleh orang kafir atau orang Islam sendiri.

Hari ini saya ingin meluaskan skop perbincangan ini. Ini kerana pada pandangan saya menggunakan alquran, hadis dan agama dengan cara yang tidak beretika berlaku secara berleluasa. Yang melakukan perbuatan itu pula adalah orang Islam.

Mereka menggunakan quran,hadis dan agama antaranya adalah dalam pemasaran barangan jualan atau produk mereka. Ramai juga dikalangan mereka tu ustaz. Contoh yg saya boleh sebut ialah bila mereka ada produk kesihatan. Untuk mereka menjual kepada pasaran org Islam mereka mula menggunakan istilah makanan sunnah misalnya.

Makna sunnah dalam masyarakat melayu dan malaysia mengandungi unsur keagamaan dan ibadat. Bila produk itu dinamakan makanan sunnah maka ianya mengandungi makna keagamaan dan memakannya mendapat kelebihan disisi alllah.

Org ini mungkin akan menjawab: sememangnya madu, kurma dan zabib ada dalam quran dan sunnah.
Jawapannya ialah betul: sebagaiana allquran juga menyebut sayur-sayuran dan buah-buahan. (fawakih)…apa kata kalau penjual buah-buahan mempromosikan buah2an itu dengan kata makanan alquran atau makanan islam. penjual sayur juga akan turut sama dan penjual gandum juga akan berbuat demikian kerana makanan asasi nabi ialah gandum.

Lebih menghinakan lagi, dan lebih kotor lagi apabila ada dikalangan orang islam yang sanggup memasarkan produk yg telah dibacakan dengan ayat-ayat alquran. bukan setakat itu sahaja, ada yang mengandungi satu juzuk alquran dan ada yang dibacaan dengan 10 juzuk. ada yg dibacakan dngan 30 juzuk. Selain itu ada produk yg dibacakan oleh 10 haafiz dan ada pula 40 hafiz. Sudah tentu harga akan mengikut dos yang dimasukkan didalam produk tersebut.

Apa pendapat anda jika sebuah restoran akan menyediakan seorang ustaz sepenuh masa yang kerjanya membaca ayat2 alquran pada makanan yang dimasak sebelum dihidngan kepada pelanggan. Sudah tentu restoran itu akan dipnggil restoran Islam.

Dipendekkan cerita, saya menyeru sekali lagi pihak berkuasa agama samada jakim atau pihak berkuas agama negeri supaya menangani masaalah ini melalui prose perundangan. Perluu diadakan undang2 melarang mempergunaan alquran untuk tujuan perniagaan.
wallahuaklam

cerai taklik 2

nampaknya kita smbung lagi pasal tajuk cerai taklik. Yang dimaksudkan dgn taklik tu ialah mengaitkan perceraian dgn sesuatu perkara seperti yg telah diterangkan. apa pendapat ulamak dalam soal ini? 

yang diamalkan di malaysia ialah talak jatuh bila sesuatu yg dikaitkan itu berlaku. bila suami kata kepada isteri jika engkau bercakap dgn jiran itu maka kamu tercerai. maka jatuhlah talak satu, jika isteri bercakap dgn jiran tersebut.

Namun demikian terdapat dua pendapat lagi dalam persoalan ini. sebahagian ulamak berpendapat talak jatuh jika suami berniat untuk menceraikannya. pendapat terakhir ialah talak tidak jatuh langsung.
mengapa berlakunya perbezaan pendapat sedemikian rupa? jawapannya ialah kerana tidak ada dalil yg terang dalam bab ini. yg ada dalil umum sahaja. 
dalil pertama hadis al mu’min inda syurutihim. hadis riwayat abu daud
bagi mereka jika perkataan taklik itu bererti janji atau sumph yg mesti dipatuhi atau berlaku kesannya keatas org yg mengucapkannya.
dalil kedua ialah hadis 3 perkara yang gurawannya berlaku dan bersungguh2 padanya juga dikira bersungguh sungguh, nikah,cerai dan rujuk. hadis ini daif disemua riwayat
ringkaskan cerita ialah saya amat berharap agar pihak berkuasa agama melihat semula undang2 menggunakan cerai taklik kerana ianya amat menyusahkan masyarakat.
kedua dalil umum sahaja yg ada dan tidak ada dalil khusus dan ketiga perinsip perkahwinan ialah satu perjanjian, ianya tidak berlaku dengan gurau senda dan keraguan begitu juga perceraian, sepatutnya perceraian hanya akan berlaku jika suami benar2 ingin menceraikan isterinya. pendapat begini diamalkan oleh negara2 arab seperti libya,maghribi sementara pendapat pertama di amalkan disaudi.
disebabkan hukum ini melibatkan persoalan pentadbiran maka pemerintah berhak mengenakannya mengikut ijtihad mereka kecuali perkara ini beum sampai lagi ke pengetahuan mereka. pada ketika itu bolehlah sesiapa yg mengalami masaalah ini untuk mengikut pendapat ustz yg mereka tanya.
 Saya rasa sudah sampai masanya hukum hakam dimalaysia disesuaikan dgn keadaan masyarakat dan dibebaskan drp belenggu merujuk kitab fekah furu’ dan tidak melihat pada hujjah2 sebenar yg menjadi sandaran para ulamak. bukan kita katakan ulamak itu tidak berwibawa tapi kesuburan ilmu dan garapannya melampawi tembok ketaasuban biar bagaimana hebatpun seorang manusia.
wallahua’lam

cerai taklik

hari ni mula bekerja balik setelah berehat sabtu dan ahad. Sebenarnya sabtu dan ahad minggu ni langsung tidak ada pluang utk berehat sebab saya sedang bertungkuslumus menyiapkan buku sejarah islam di Spanyol atau andalus. Sapa-sapa dikalangan sahabat yg ada idea utk letaktajuk yg power blh la bagi idea tu. Sebnarnya dah bebulan2 saya betungkuslumus nak siapkan buku tu, banyak masa habis insyaallah mingguni akan terbit.

Sedang dok sibuk2 tu ada juga saya terima panggilan talipon bertanyakan persoalan cerai taklik.. Dlm hari yg sama ada dua kes serupa. Nampaknya cerai taklik banyak berlaku kot?
 Dalam satu kes suami isteri bergaduh dan isteri berkata,jika kita gaduh lagi kira cerai, suami kata ok kita cerai, selepas beberapa hari gaduh balik, apakah jatuh talak?
Kes kedua suami berkata jika engkau buat sesuatu kita bercerai tiba2 isteri melakukannya. Persoalan ketiga ialah bolehkah taklik tersebut ditarik balik spt suami menarik balik amarannya kepada isterinya ata sebab2 tertentu.