Qada’ Solat
Soalan:
Dah banyak buku tentang solat yang saya beli, banyak yang beritahu yang  solat yang tinggal secara sengaja  berdosa besar tapi tapi takde pun yang mengajar  cara nak ganti sembahyang tersebut 
Camner Ustaz.. tolong ajar saya  cara niat camner… waktu bila nak solat…


Kota Damansara


Jawapan:
Solat tak syak lagi merupakan kewajipan penting yang tidak boleh diabaikan. Semua ulamak sepakat mengatakanhukum meninggalkan solat adalah salah. Cuma sebahagian mengatakan siapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia. Pendapat yang lebih tepat ialah perbuatan meninggalkannya merupakan dosa besar. Ini kerana perbuatan maksiat tidak membuatkan seseorang menjadi kufur.

Bila kita sudah tahu ianya dosa besar, sekarang kita nak tahu pula mengenai qada’ sembahyang yang ditinggalkan.
Disini ada beberapa pendapat ulamak.

1- Pendapat pertama ialah kebanyakan ulamak menganggap solat yang ditinggalkan mestilah digantikan, tidak kira ianya ditinggalkan secara sengaja atau kerana tertidur atau terlupa.
Golongan ini berpendapat, walaupun orang yang meninggalkan solat telah meninggalkannya beberapa tahun, maka dia terpaksa menggantikannya juga setakat yang mampu. Walaupun demikian tiada cara khusus untuk menggantikannya. Itu terletak kepada kekuatan seseorang.

2-Pendapat kedua ialah beberapa orang ulamak antaranya Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan ulamak zaman kita ialah Dr Yusuf al Qardawi, mereka berpendapat jika solat ditinggalkan secara tidak sengaja maka ianya perlu diganti bila teringat atau ketika bangun tidur bagi orang yang tertidur. Sementara bagi orang yang meninggalkannya secara sengaja maka dia berdosa besar, perlu bertaubat tetapi tidak perlu mengqada’kan solat itu.

Untuk pengetahuan kita kedua-dua kumpulan ulamak diatas semuanya sepakat mengatakan bahawa dosa meninggalkan solat secara sengaja tidak terampun dengan mengqadakannya tetapi dosa terampun kerana taubat. Dalam ertikata lain seseorang yang tidak solat dengan sengaj tidak dibenarkan semena2 melakukan perbuatan tersebut atas dasar ianya boleh diqada’kan.

Berlakunya perselisihan antara dua kumpulan ulamak ini pada dasarnya dalam memahami hadis yang menyuruh orang yang terlupa dan tertidur untuk menggantikan solat itu. Persoalannya apakah ianya untuk orang yang tertidur dan terlupa sahaja atau tekena juga kepada orang yang sengaja.

Pendapat yang lebih kuat pada pandangan saya ialah yang beranggapan ianya memerlukan istighfar dan taubat yang bersungguh-sungguh tanpa perlu mengqada’kannya.  Mungkin ada orang yang berkata kalau begutu ramailah orang yang akan tiggalkan solat sebab tak perlu qada’. Apa yang kita katakan ialah perkara itu tidak timbul kerana tidak perlu qada’ tidak langsung menunjukkanperbuatan tersebut ringan dan boleh dipermain-mainkan. Meninggalkan solat secara sengaja merupakan satu dosa besar yang mesti dipandang berat oleh orang Islam.

Jika tuan mahu menggunakan pendapat yang mewajibkan qada’ maka qada’lah, tidak menjadi kesalahan. Cuma tiada jadual khas yang ditentykan oleh ulamak tersebut dalam mengqada’kan solat.

Persoalan niat insya Allah saya akan jawab esok.
Wallahua’alam





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *