Hari Guru dan Guru-guru saya (2)

-Di Universiti Hasan II

Pada tahun 1989 saya mula terbang ke bumi Afrika. Saya melanjutkan pelajaran di Universiti Hasan II Mohammedia. Disanalah saya sempat belajar dengan Dr Farid al Ansari. Pada waktu itu aliran Islam di Maghribi masih terlalu kecil. Kedatangan Farid al Ansari menberikan kami pelajar2 pengajian Islam satu kekuatan. Beliau seorang Ustaz yang baik dan berjiwa daie. Pada masa itu kami sembahyang di atas rumput kerana universiti masih belum mempunyai masjid dan jumlah orang yang solat amat sedikit.


Dr Farid pun ketika itu belum mendapat PhD. Beliaulah yang banyak membimbing kami. Saya dan rakan-rakan Arab yang lain. Beliau amat tawaduk dan tidak langsung meninggi diri. Beliau sedia berbincang dan ditemui dimana saja kami perlukan, ada juga pelajar-pelajar yang sering kerumah beliau. Dr Farid amat senang menaiki basikal sahaja ketika ke kuliah, dengan itu kami rasa dia sebahagian dari kami. Saya akan bercerita lebih panjang tentang Ustaz Farid.

Antara ustaz saya yang terawal di tanah Arab ialah Dr Abdul Razak al Jai. Beliau mengajarkan kami pelajaran Hadis. Beliau amat menghormati kami pelajar Malaysia. 

-Di Universiti Muhammad V, Rabat, Maghribi.

Selepas saya berpindah ke Rabat, ibu negara Maghribi, saya berguru pula dengan Dr Raisuni, Dr Faruq Hamadah, Dr Rugi dan sekali lagi dengan Dr Abdul Razak yang juga berpindah mengajar disana. 

Orang-orang yang saya sebutkan ini ialah barisan ulamak Maghribi yang terkenal. Merekalah orang yang mencorakkan pemikiran di Maghribi. Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan kami. Namun demikian ramai pelajar Malaysia yang takut untuk mendekati Dr Faruq kerana ketegasan beliau. Dr Faruq sering memanggil pelajar Malaysia dan mempersoalkan kesungguhan mereka. Semua nampak Faruq akan bertempiaran.Namun begitu saya tak pernah ambik hati dengan beliau kerana saya yakin keikhlasan beliau menegur. Beliau mahukan kecemerlangan kami dan 

Saya sering juga menziarai beliau dirumah. Dia pernah memberithu bahawa di telah menghafal Riadussalihin semenjak dia kecil lagi. Mereka sebenarnya tidak memberitahu mereka telah menghafal quran kerana itu terlalu biasa bagi ulamak Arab.
Antara alim dua serangkai yang kami dekati ialah Ustaz Habti dan Ustaz Yazidi. Mereka berdua adalah antara guru kami yang paling rapat. Amat sedih sekali kerana mereka berdua telah kembali kerahmatullah dalam satu kemalangan ngeri. 
Selain itu, guru yang saya sangat sayangi juga ialah Dr Hasan Alami. Beliau seorang guru yang warak, bersungguh-sungguh dan amat perihatin dengan pelajar. Beliau mempunyai pengkhususan yang agak pelik. Beliau pakar dalam hadis, qiraat dan amat mahir dalam komputer. Sewaktu komputer saya rosak dialah yang datang membaiki komputer saya dirumah. Beberapa kali beliau datang dan balik hingga larut ,alam.
Saya rasa apa yang saya dapat pelajari dari guru-guru saya ialah:
1-Mereka amat mahir dalam bidang mereka. Dr Faruq menjadi rujukan bidang hadis dan menghasilkan puluhan karya. Begitu juga dengan Dr Raisuni menjadi rujukan dalam Maqasid Syariah dan sekarang di pinjamkan ke Qatar. Begitu juga dengan Dr Farid.
2-Mereka amat tekun. Ustaz Habti masih menghasilkan penulisan walaupun umurnya telah melebihi 70 tahun. Dr Farid setiasa menghasilkan karya yang ditunggu-tnggu oleh para pencinta ilmu dan pendakwah disana.
3-Mereka amat pemurah. Disanalah saya mula belajar bahawa seorang alimlah yang bertanggungjawab memberikan contoh kepada masyarakat. Merekalah yang memberi dan mereka tidak menunggu dari kami apa-apa balasan.Sungguhpun Dr Faruq digeruni dengan ketegasan beliau tetapi dia amat perihatin dengan kami. Apabila syawal dan aidiladha menjelang maka dia akan menghadiahkan keada kami seekor atau dua ekor kambing korban. Para ulamak yang saya jumpai itu banyak menderma dan menolong serta membantu orang. Mereka tidak mengira masa dan tenaga mereka dengan wang ringgit. Saya sering  kerumah Dr Hasan Alami selepas solat subuh kerana beliau senang untuk berjumpa pada waktu itu.
4-Mereka amat tawaduk. Ketika saya menziarahi Dr Farid  dirumahnya, saya lihat kehidupan yang amat sederhana, rumahnya, pakaiannya, keretanya dan keluarganya. Mereka tidak menjadikan dunia sebagai sembahan, mereka tidak menggumpul-nggumpul kekayaan sebaliknya berpada-pada.
5-Mereka amat berterus terang dan menyatakan kebenaran. Keadaan ini timbul bila Dr Farid menulis buku yang mengkritik Dr Raisuni. Demi Allah saya melihat betapa waraknya ayat-ayat yang diungkapkan oleh Dr Farid setelah dia dihentam balik oleh Dr Raisuni. Dr Farid sendiri telah datang kerumah saya di Malaysia dan amat gembira kerana saya juga menjadi seorang pendidik.
6-Mereka mencegah kemungkaran dimana sahaja berada. Pernah sewaktu saya berjalan dengan Dr Hasan Alami, dia ternampak orang sedang mencuri aat binaan dari satu kawasan pembinaan belum siap. Dia berhenti dan memarahi kumpulan pencuri itu, pada mulanya kumpulan pencuri itu berkeras, tetapi setelah dinasihati dengan ayat al quran dan hadis akhirnya mereka beredar.
7-Tidak bertaqlidbuta. Guru-guru saya bermulalah dari Tuan Guru Haji Abdul Rahman sampailah ke Dr Faruq Hamadah dan lain-lain adalah guru yang tidak taksub dengan mana-mana aliran dan individu. Mereka sentiasa mengkaji dan mentarjih pendapat2 ulamak lain atau menyatakan pandangan mereka dalam sesuatu bidang. Dr Raisuni mengatakan tiada hukuman bagi perbuatan murtad. Pendapat yang berani ini dikupas dengan berlandaskan kaedah syarak yang mantap. Walaupun ianya ditolak oleh kebanyakan ulamak lain tapi ianya satu lontaran yang berani dan berterus terang.
Setelah menyebut sikap guru-guru itu, saya mula terfikir, bolehkah saya meniru sifat-sifat mereka yang mulia itu?? Saya berdoa kepada Allah agar merahmati mereka dan memberi kekuatan kepada saya mencontohi sifat mulia yang meeka tunjukkan. Amin Ya Rabbal Alamin.
pandangan anda dihargai
Harpandangan anda dihargai

3 Replies to “”

  1. sebelum musim panas tahun 1992 tercetus idea untuk menziarahi para ulama maghrib.cetusan idea ini ana cadangkan kepada ust sidi ahmad ,beliau bersetuju dengan idea ana .masaalahnya macamana nak cari mereka ,di mana alamat mereka.pada suatu petang kami menziarahi al marhum syeikh yazidi untuk bertanya beliau nama-nama ulama untuk diziarahi pada msim panas nanti.beliau telah mencadangkan kepada kami beberapa orang ulama yang tinggal di utara maghribi seperti di tetuon,tonjah.kami juga ada menenmui dr farouq nama2 ulama yang seeloknya diziarahi.beliau mencadangkan pergi ke rumah gurunya al marhum syeikh abdullah ben siddiq.-rasanya tahun itu anta pergi ke eropah tak silap ana-.selepas nama2 ulama diperolehi kami war-warkan kepada pelajar2 yang lain kalau ada yang berminat untuk rehlah ilmiah ini julun2 kali diadakan oleh pelajar melayu dirasat islamiyah kenitra.lebih kurang 12 orang yang berminat menyertai kami,mereka termasuk pelajar melayu dirabat dan casabalanca.untuk kesana kami menyewa van koster jiran sebelah rumah mamar jamaluddin al-afghani.rehlah ini mengambil masa 3 hari 3 malam tak silap ana.masa tu mana teringat nak buat catatan.banyak sudah nama-nama tempat yang tak ingat .tidur dalam khemah di atas bukit dan ada di kawasan masjid.masak-gotong royong.antara ulamak yang ana masih ingat terdiri daripada pelbagai disiplin ilmu.dekat fes ziarah ulama buta bernama syeikh saqilli,ada bermalam di masjid penggiat tarikat tijaniyah.boleh dikatakan tempat yang kami lawati mendapat layanan yang baik.kemudian ziarah keluarga ben siddiq,antara syeihk yang kami ziarah ialahabdullah ben siddiq , beliau ibarat albaniy mahgribiy.ketika itu telah uzur.kami begitu sayu apabila beliau sanggup untuk menemui kamidi rumah yang kecil.beliau bergerak dengan dipapah oleh cucunya.kami ziarah hanya sekejap sahaja kerana cucunya berkata atuknya uzur perlu kepada rehat.kami memahami situasi ini.sempat juga kami mengambil ijazah hadith dari beliau.selepas kami ziarah tak lama selepas itu beliau kembali ke rahmatullah.nawwarallah dharihah.di sini juga kami sempat menziarahi adaik berdiknya yang lain.di tetouan kami menziarahi ben khalifah,ini yang ana ingat sebenarnya ramai lagi.selepas anta sebut pengajian di maghribiy menggamit nostalgia ana.khususnya pengajian ilmu dengan syeikh2 maghribiy.-nuar kenitra

  2. ana rasa banyak lagi yang dapat anta kongsikan bersama, begitu juga dengan sahabat-sahabat lain, wacana ilmuan menunggu-nunggu sahabat-sahabat yang masih menyepi

  3. Alhamdulillah,setelah baca peribadi mulia para syeikh ni rase amat kerdil diri ini. Kewarakan mereka jelas menujukkan ketaatan mereka kepaa Allah.Mudahan Allah beri kekuatan kepada saya dan kita semua mencontohi sifat2 mulia yang ada pada diri ulama ini.Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *