Hari Guru dan Guru-guru Saya (1)

Esok 16 Mei adalah hari guru, maka semua sekolah meraikan kedatangann hari guru ini. Teringat pula kepada guru-guru saya yang telah banyak berjasa. Bermulalah dari guru-guru sekolah rendah menengah, menengah atas dan guru-guru saya di universiti. Saya rasa amat bersalah kerana tidak menyimpan dengan baik gambar-gambar mereka. Sudah tentu hari-hari yangberlalu tidak dapat mengulangi dirinya lagi.

Disebabkan banyak gambar-gambar yang telah hilang maka saya bertindak mencari apa yang ada saja, saya akhirnya dapat beberapa gambar dalam Internet. Semenjak disekolah rendah lagi saya dikelilingi oleh guru-guru yang baik. Mereka memberikan sepenuh perhatian kepada kami. Cikgu Wan Bahari antara yang paling rapat dengan kami, kami kerap pergi minum dan makan dirumah beliau semasa kami darjah enam dulu. Akhibatnya hubungan kami dengan beliau masih berkekalan sampai sekarang. 

Begitu juga dengan Cikgu Mustafa beliau adalah guru bahasa Inggeris. Semasa raya baru-baru ni beliau menyambut undangan kami anak murid beliau. Terasa begitu terharu dengan perhatian dan usaha guru-guru kami disekolah rendah. Saya rasa tak ketinggalan kepada Ustaz Bukhori, ustaz yang ditakuti semasa kecil kerana ketegasannya tetapi disayangi bila semua telah menjadi manusia berguna.

Selepas saya masuk ke sekolah menengah, tidak ada banyak yang dikongsikan kerana hubungan saya dengan ahli kelas tidak rapat. Ini kerana kebanyakan pelajar tinggal di asrama sekolah Ittifakiah Jerteh, tapi saya tinggal dirumah.

Semasa tingkatan 4 saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk Terengganu. Disini saya mula mengikuti kelas-kelas yang diajar oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman al Fatani. Beliau adalah seorang guru pondok yang telah melarikan diri dari Selatan Thailand kerana tekanan kerajaan Siam. Dia membawa diri ke Kuala Ibai dan mula mendidik disana. Beliau juga mengajar di KUSZA. Beliau adalah seorang ulamak Melayu yang paling mantap ilmunya yang pernah saya temui. Beliau mempunyai pemikiran yang dinamik dan tidak bertaklid buta. Metod pemikiran beliau juga mantap dan menunjukkan beliau banyak membaca. Saya dan kawan-kawan akan belajar diwaktu petang dan malam dengan beliau. Kami pergi dari Batu Burok ke Kuala Ibai dengan mengayuh basikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *