Hari Guru…..Guru-guru Saya (3)
Guru saya yang paling penting yang belum saya sebutkan lagi ialah ibu saya sendiri. Ini kerana ibu saya sangat mementingkan ilmu. beliau menyediakan jadual study untuk kami. Bayangkan pada masa itu belum ada lagi slot motivasi dalam TV atau di radio. Bila saya kenag-kenangkan kembali saya dapati segala tip-tip  itu telah dipraktikkan oleh orang tua saya.
Sebenarnya ada lagi guru saya yang saya belum sebutkan. Mereka amat berjasa sekali kepada saya. Mereka adalah nakib-nakib usrah saya. Mereka membimbing saya disepanjang masa saya belajar  di Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin Batu Burok Kuala Terengganu. Mereka bukan Mahaguru, Ulamak atau Ustaz. Tetapi mereka adalah pencinta Islam dan pejuangnya yang sebenar. 

Kalau saya sebut nama-nama mereka anda jarang yang mengenali mereka. Nama mereka tidak tertulis dalam mana-mana buku kebesaran.  Abang Zul, Abang Rosdi, Asmadi itulah nama-nama yang kami panggil pada mereka. Mereka sebenarnya baru lepas belajar, ada yang baru pulang dari London, UM dll. Merekalah yang membimbing saya dan rakan-rakan. Dari merekalah kami mengenali Hasan al Banna, Syed Qutb, Mustafa Mashur dan pejuang-pejuang Islam yang lain. 
Dari merekalah kami memahami erti perjuangan dan pengorbanan. Dari merekalah kami mempelajari buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Kami didedahkan dengan usrah,tamrin, mukhyyam dan rehlah. 
Pada tahun 80an masyarakat umum masih belum mengenali Usrah, walaupun sekolah kami sekolah agama, tapi usrah diharamkan dan kami tidak dibenarkan sama sekali berusrah. Apa yang kami dapat lakukan ialah menyusup keluar pada waktu sesuai untuk berusrah. Tiada hand phone ketika itu, jauh sekali dengan internet. Segala berita dilakukan secara tradisional.
Pada masa saya dijaga oleh naqib-naqib saya, saya kurang faham dengan pengorbanan yang mereka lakukan. Mungkin kerana tiada pengalaman dalam hidup. Setelah bekeluarga dan bekerja barulah saya faham bahawa naqib-naqib saya dulu telah mengorbankan masa,wangringgit dan tenaga mereka demi mendidik kami. Mereka juga sabar dengan kerenah kami. Mereka ketika itu, baru berumah tangga dan baru membina kehidupan. Rupanya alangkah besar pengorbanan mendidik kami. Rumah mereka macam rumah kami. Makanan anak bini mereka itulah makanan kami. 
Mereka tidak pernah mengeluh dihadapan kami. Semuanya dilakukan dengan roh pengorbanan yang tinggi. Menreka mengajarkan kami satu pelajaran yang tiada didalam bilik darjah. Mereka mengajarkan Ukhuwah, persaudaraan dan kecintaan kerana Allah. Saya sayang kepada group kami seperti sayang kepada adik beradik sendiri. Kami saling merindui bila berjauhan dan cuti sekolah. 
Alangkah indahnya hari-hari yang telah saya lalui bersama mereka. Yang dapat saya balas ialah dengan menadah tangan kelangit, Ya Allah, berkatilah hidup mereka, anak pinak mereka dan keturunan mereka,Jadikan kebaikan yang mereka taburkan kepada kami sebagai amal jariah yang tidak kunjung padam kebaikan dan pahalanya. Berikan kepada mereka husnul khatimah, Amin ya rabbal alamin
pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *