Asas Kefahaman Islam (16)
Hari ini kita sambung lagi penerangan mengenai Polemik Ketiga iaitu Salaf dan Khalaf. Dalam entry yang lepas saya menerangkan dua keadaan yang berbeza antara dua zaman. Kalau kita dah faham dua situasi itu, saya mahu tambahkan sedikit lagi.
Di zaman pemerintahan Abbasiah, berlaku kemasukan penterjemahan karya falsafah Greek kedalam bahasa Arab. Keadaan ini memberikan kesan besar dalam cara berfikir masyarakat ketika itu. Perubahan cara berfikir ini memberi kesan besar dalam menangani sesuatu masaalah dan persoalan termasuklah isu-isu agama.
Sebenarnya, semenjak zaman sahabat lagi, perbezaan pendapat berlaku dalam masyarakat mereka, satu hari, dua orang sahabat keluar bermusafir, bila mereka hendak berwuduk, tiada air. Mereka berdua pun bertayamum, setelah selesai solat hujan pun turun. Seorang sahabat berpendapat dia tidak perlu mengulangi solat kerana dia telah sembahyang dengan bertayamum ketika air tiada. Seorang lagi mengulangi solatnya kerana menganggap waktu masih ada.
Ijtihad mereka diberitahu kepada nabi dan nabi mengakui kedua-dua ijtihad tersebut. Apa yang saya ingin sampaikan ialah walaupun generasi sahabat adalah generasi salaf, perselisihan pendapat juga berlaku. Begitu juga dengan permasaalahan lain, banyak lagi.
Oleh yang demikian generasi salaf bukanlah bermaksud generasi yang serupa pendapat dan ijtihad mereka.Generasi salaf di ambil dari perkataan nabi sebaik-baik kurun adalah kurunku dan kurun yang mengikutinya dan yang selepas dengannya.
Mengapa perbincangan salaf dan khalaf ini penting?
bersambung……
Pandangan anda dihargai

2 Replies to “”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *