Asas Kefahaman Islam (18)
Nampaknya telah beberapa hari saya tidak update bab ini, hari ni kita sambung lagi perbincangan berkaitan polemik salaf ni.
Dalam entry lepas kita telah tahu bahawa ‘salaf’ bukanlah satu kumpulan manusia yang mempunyai satu pendapat dan tidak pernah berselisihan. Ramai golongan yang mengatakan apa yang dinamakan salaf ialah mereka yang melihat nas syarak mengikut zahirnya sahaja. Ini juga tidak benar kerana dalam zaman salaf, mereka terbahagi kepada dua kumpulan, pertama yang menilai nas dengan zahir dan yang kedua kumpulan melihat nas dengan maqasid dan akal.
Pada pandangan saya, daripada yang banyak-banyak dok bincang pasal salaf ni, saya yakin salaf ialah kumpuln manusia yang memahami nas dengan method yang diterima oleh Islam. Itu sahaja. Tak kira mereka hidup dizaman mana. Ini kerana Islam bukan milik orang tertentu, zaman tertentu dan kaum tertentu. Itu jika di lihat dari sudut metod. Jika dilihatdari sudut masa maka salaf ialah satu jangkamasa yang telah berlalu dan dipenuhi dengan segala kebaikan dan keistimewaan
Yang dimaksudkan dengan method yang diterima ialah:
1-Menggunakan nas yang diterima sahaja. Apa itu nas yang diterima? Maksudnya alquran dan hadis sahih. Kalau guna hadis dari mimpi, hadis rekaan, firasat maka itu bukan method yang diterima. Itu kumpulan bidah yang disepakati sesatnya.
2-Memahami nas syarak dengan cara yang diterima oleh bahasa arab yang betul.
3-Membentangkan nas itu kepada akal yang waras bagi tujuan aplikasi.
Kumpulan yang menggunakan method ini maka mereka adalah pengikut rasulullah s.a.w. walau dizaman mana mereka hidup. Mereka termasuk dalam kumpulan yang diselamatkan oleh Allah dan umat Muhammad s.a.w.
Adapun kata-kata yang sering mengagungkan pendapat tertentu dan menamakan mereka sahaja salaf dan ahli sunnah wal jamaah adalah timbul daripada nafsu yang berteraskan kepentingan diri. Untuk pengetahuan kita, nafsu orang berilmu ialah ingin meliha orang menerima pendapatnya. Selain itu, ada juga dilihat pihak-pihak yang menggunakan istilah ini untuk menghentam saingan mereka bagi mendapatkan pujian, kedudukan pengaruh. Kita berdoa agar Allah menjauhkan kita dari nafsu ini kerana ianya amat susah untuk dihindari.
Siapa pula Khalaf?

Khalaf ialah orang yang hidup dizaman setelah berlalunya kurun kegemilangan. Berbagai pandangan tentang permulaannya tapi ianya diistilahkan kepada kurun keempat hijarah setelah berlalunya tiga kurun pertama hijrah.
Sebelum menutup perbincangan mengenai polemik ini ingin saya nyatakan bahawa kumpulan yang menamakan diri mereka hari ini sebagai salafi hanyalah salah satu aliran pemikiran dalam Islam yang bukannya mewakili Islam. Dalam ertikata yang lain mereka hanyalah satu mazhab yang menamakan diri mereka salaf dan bersalahan pendapat dengan aliran ini tidaklah bererti berlawanan dengan sunah nabi bersalahan dengan asas Islam. Apa yang penting ialah memahami islam mengikut metod yang diterima oleh ulamak seperi yang telah dijelaskan.
Pandangan anda dihargaiPandangan anda dihargai


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *