Asas Kefahaman Islam (19)

Polemik Keempat: Kafir-mengkafir

Polemik kafir mengkafir juga satu yang amat penting untuk difahami. Memahami polemik ini dengan baik banyak membantu menyelesaikan masalah kefahaman terhadap Islam yang murni. Kadang kala polemik ni panas dan kadang kala pula sejuk. Tenggelam timbul pulak nampaknya tapi perlu diselesaikan.

Ini kerana polemik ini telah menyaksikan banyak pertumpahan darah disepanjang zaman. Khalifah Othman dan Ali dibunuh oleh orang yang mengkafirkan mereka. Mereka adalah kumpulan Khawarij yang terdiri daripada orang-orang yang kuat beribadat tetapi jahil dengan batas iman dan kufur.

Sebelum pergi lebih jauh saya nak ringkaskan faktor berlakunya kafir-mengkafir ni kepada beberapa sebab:

1- Perbalahan mazhab

Seringkali pertikaian mazhab dan taksub terhdap aliran tertentu mengakibatkan seseorang mengkafirkan orang Islam yang lain. Oleh itu jngan hairan kalau kita dengar ada orang yang mengkafirkan ulamak tertentu seperti Ibnu Taimiah contohnya. Aliran yang bertentangan mengkafirkan pula Abu Hasan al Ash’ari.

2-Perselisihan Politik

Perselisihan politik juga sering menimbulkan fenomena kafir mengkafir. Kebiasaannya pihak yang menentang pemerintah akan mengkafirkan pemerintah dan tindakan ini timbul bila berlakunya ketidak puas hatian dipihak rakyat dan kezaliman dipihak pemerintah.

3-Semangat Islam Tapi Jahil

Ramai juga orang yang terjerumus dalam suasana ini kerana terlalu semangat untuk mengamalkan Islam. Dalam masa yang sama mereka melihat dosa berleluasa, kemungkaran tidak dicegah.Perasaan hampa dengan suasana ini kadangkala membuatkan mereka melepas geram dengan mengkafirkan orang yang mereka anggap menentang Allah. Ada juga yang menganggap perbuatan tertentu menyebabkan kekufuran sedangkan tidak demikian

4-Terkeliru dengan penggunaan beberapa istilah

Ramai sangat yang keliru dengan penggunaan istilah dalam quran dan hadis seperti perkataan munafik, kufur, syirik. Mereka menyangka semua maknanya kufur yang terkeluar dari islam (saya akan terangkan dalam entry akan datang)

5-Mencari pengaruh dan mengambil kesempatan

Salah satu sebab kafir mengkafir mudah tersebar ialah ramai yang mengambil peluang untuk mendapat pengaruh. Ramai orang awam yang cepat tertarik jika kita mengkafirkan seseorang yang sememangnya tidak disukai oleh mereka. Dengan itu, ramailah orang yang tidak bertanggngjawab menganggap inilah peluang mendapatkan pengaruh dan sokongan.



Pandangan anda dihargai


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *