Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Saya tertarik dengan artikel dibawah yang membincangkan hukuman minum arak yang dikenakan pada saorang muslimah baru baru ini. Kalau Ustaz ada kelapangan masa saya nak dapat komen Ustaz berkenaan pendapat penulis ini. Terima kasih.

Wednesday July 29, 2009
Emphasise positive personal change
COMMENT By IMAM FEISAL ABDUL RAUF

Malaysian Syariah authorities should reconsider the law on consuming alcohol, which is described in the Quran in the mildest language of prohibition. ON July 20, the Pahang Syariah High Court sentenced part-time model Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, to a RM5,000 fine and six lashes of the rotan for drinking beer.
No doubt the court has the jurisdiction to impose such a sentence as provided by the law. Some have questioned the appropriateness of the sentence of whipping given that the court has discretion to impose a mixture of fine, imprisonment and binding Kartika over for good behaviour for a certain period, or just admonish her. Others have questioned the appropriateness based on the legitimate argument that the Syariah holds Muslims responsible for their actions that result in negative opinions of Islam. A news item like this certainly presents Islam and Malaysia negatively on the international stage. But I would urge the Malaysian Syariah authorities to seriously reconsider the Syariah basis of this law on the following Syariah grounds:
Neither the Quran nor the Hadith invokes a penalty for alcohol consumption. The sin of consuming alcohol is described in the Quran in the mildest language of prohibition. When it comes to dietary laws, the Quran commands the believers in Sura 5:3: “forbidden (hurrimat) to you is the dead animal, loose blood, and the flesh of the pig”. The 90th verse of the same Sura cautions the believers that “wine, gambling, etc, are an impurity so avoid them (fa-jtanibuh)”. Some legal scholars suggest that the divine command ijtinab, to avoid something, is milder language than tahrim, prohibition. A Muslim consuming a glass of wine with a pork chop commits a more serious offence in eating pork; yet as there is no Quran or Hadith penalty for consuming pork, there is also none for alcohol consumption. The question then is how did the penalty for alcohol consumption come about? It occurred during the time of the second Caliph Umar b. al-Khattab. There was a companion of the Prophet (sahabi) who had fought on the Prophet’s side in his battles. A heavy drinker, he would walk the streets of Madina drunk at night and loudly shout scandalous things about people. The inhabitants of Madina complained, and Umar formed a committee to decide what to do. Imam Ali, based on the man having committed slander, suggested the penalty for slander, whose maximum penalty is 80 lashes. Since that time, this has been considered the maximum penalty for alcohol consumption, based on utilising the Syariah concept of ta`zir (deterrence). I disagree with this being the mandatory sentence for the offence of wine consumption, because it is the maximum sentence for another, separate offence – slander – albeit committed under the influence of alcohol. Had the man just fallen on the street in a stupor and suffered a terrible hangover without having hurt anyone, no punishment would have been established. Had cars existed then and had he run his car over some pedestrians and killed them, should we invoke ta`zir now and have a penalty for alcohol consumption equal to that of accidental manslaughter? There are additional arguments we can marshal from the Quran and Hadith. The Quran repeatedly urges Muslims to forgive those who wrong them, even for slander and manslaughter! When the Prophet Mohamed’s wife Aisha was wrongly accused of having committed adultery, her father Abu Bakr sought to have the penalty of libel meted against one of his employees who had slandered her. God then revealed verse 24:22, urging the believers to pardon and forgive those who have wronged them, so that God would forgive them their own sins. But I see no evidence that Kartika wronged anybody after drinking beer. Verse 4:92 gives the penalty for a Muslim accidentally killing another as freeing slave and paying compensation to the victim’s family – unless the family forgoes compensation and forgives the offender. And if the defendant can’t afford to pay, then he should fast for two consecutive months. Accidental homicide is a much greater sin than alcohol consumption; yet the Quran suggests that the victim’s family would do well to forgive the offender, and the penalty here is not jail time or corporal punishment, but a two-month fast. The Quranic and Prophetic teachings are about forgiveness, compassion and positive personal transformation. Sura 48:29 describes Prophet Mohamed’s companions as “firm against unbelievers and compassionate to themselves”, and this is what I urge the Malaysian authorities to exemplify: show compassion to Kartika and forgive her. But if the Pahang Syariah court insists on establishing a penalty for the mere consumption of alcohol, why not replace the current law – a maximum penalty of a RM5,000 fine and six lashes of the rotan – with spending RM5,000 on feeding the poor and fasting for six days? Wouldn’t that be more in keeping with the letter and spirit of the Quran and the Prophetic Sunnah? Were this the case, I have a hunch that many Malaysians who imbibe may voluntarily mete such a “penalty” on themselves – to the benefit of the poor, to the benefit of their own spiritual progress and standing before God on Judgment Day, and to the benefit of the Malaysian Syariah Court’s, Islam’s and Malaysia’s image on the international stage. Imam Feisal Abdul Rauf is the Chairman of the Cordoba Initiative, an international organisation devoted to improving West-Muslim world relations, and author of “Islam, A Sacred Law, What Every Muslim Should know about the Shariah”.

Jawapan:

Perbincangan yang akan dibentangkan adalah ringan dan tidak mendalam. kalau mahu mendalam kena buat seminar dan panggil pembentang kertas kerja. Audience pula mestilah dikalangan orang bidang perundangan. Bagi layman cukuplah pebincangan mudah2saja.

Sebenarnya hukuman terhadap peminum arak adalah menjadi bahan perselisihan ulamak, adakah ianya termasuk dalam hukum hudud atau tidak. Ini kerana dalil ada yang menyebut hukuman 40 sebatan, namun demikian ada sahabat yang mengenakan hukumana 80 sebatan.

Saya memilih pendapat kedua iaitu ianya bukan hukuman hudud tetapi dinamakan hukuman ta’zir.Jika kesalahan minum arak adalah kesalahan ta’zir, maka hukumannya juga adalah fleksibel dan berdasarkan kepada keperluan semasa.

Pada pandangan saya tindakan pihak berkuasa agama Malaysia tidak salah kerana mereka telah menggunakan peruntukan ta’zir. Adapun gesaan mengurangkan hukuman kerana takut memberi kesan negetif di mata antarabangsa adalah tidak timbul. Ini kerana penulis diatas melihat suasana di Malaysia melalui kaca mata Eropah.

Orang bukan Islam di Malaysia boleh terima hukuman ini kerana mereka tahu, ianya hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja. Sementara masyarakat antarabangsa pula, sebenarnya inilah masanya untuk kita menjelaskan keindahan hukum Islam. Sebat dalam Islam jauh lebih ringan daripada sebat dalam perundangan bukan Islam.

Sudah tentu masyarakat antarabangsa ingin tahu mengapa orang bukan Islam di Malaysia tidak marah dengan hukuman ini. Pendek kata isu ini boleh dilihat dari sudut yang positif.

Namun demikian, hukuman denda yang dibayar kepada kerajaan adalah tidak bertepatan dengan hukum Islam, tetapi perbincangan dalam bab ini agak panjang dan saya rasa tidak perlu di bincangkan sekarang.

Tindakan penulis di atas tidaklah dianggap bertentangan dengan Islam sebaliknya hanyalah satu lontaran idea yang boleh dibincangkan. Apa yang menjadi masaalah ialah apabila perbincangan seperti ini disebarkan kepada orang ramai yang tidak tahu menahu tentang perincian perundangan Islam, maka dirasakan ianya sebagai satu kekeliruan.

Kesimpulannya, ada beberapa idea penulis diatas yang boleh dipersoalkan
1- Melihat suasana di Malaysia dengan situasi di Eropah.
2-Memperkecilkan kesalahan meminum arak.
3-Menganggap hukuman yang dilakukan oleh pihak berkuas aagama sebagai hudud sedangkan ianya hukuman ta’zir.
4-Mencadangkan hukuman denda RM, sedangkan para ulamak berusaha supaya hukuman denda dengan wang diubah kerana bertentang dengan perinsip keadilan Islam.

# Saya cadangkan anda untuk membaca buku saya: Undang-undang jenayah Islam. Klik saja ‘beli buku’ di sebelah. Insayaallah buku ini memahamkan anda tentang asas undang-undang jenayah Islam.

Innalillah Wa Inna Ilaihi Rajiun

Semalam saya dikejutkan dengan kematian anak seorang kawan, iaitu Ustaz Ismail Othman. Kira-kira pukul 12.30 mlm pagi beliau menghubungi saya memberitahu anaknya sakit. Pukul 5 pagi anaknya meninggal.

Semasa di perkuburan tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustaz Yusnan. Tazkirah mengingati kematian itu amat tepat pada ketikanya, cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan.

Menyebut tentang tazkirah mengingati mati, teringat pula kepada konsep mengingati mati. Ingat mati adalah satu ubat dan penawar yang amat mujarab bagi penyakit hati. Apa tidaknya, kematian akan memutuskan kita dari dunia dan kelazatannya.

Kematian orang lain adalah satu pengajaran yang amat berguna untuk menambat hati yang terlalu liar. Menghadiri majlis kematian pula adalah satu pelajaran praktikal yang amat berguna. Segala keindahan dunai ini akan kita tinggalkan.

Kematian mengingatkan kita betapa hitungan dan perhitungan berkisar dari sudut kemanusiaan, nilai, harga diri, maruah dan semuanya tersimpul dalam kalimah agama.

Ditengah-tengah gesaan untuk mengingati mati, perlu juga kita membimbing sesetengah manusia yang tersasar dalam sinaran cahaya. Ramai juga yang menjadikan mengingati mati sebagai satu alasan untuk bermalas-malasan. Meninggalkan tugas mengimarahkan dunia atas alasan kematian yang akan menjemput kita adalah alasan lapok yang tidak perlu dijadikan sebab.

Mudah-mudahan mengingati mati dalam bentuknya yang positif akan menguatkan produktiviti kita dan meningkatkan motivasi untuk terus cemerlang dalam segala bidang. Ingatlah mati akan menjemput kita dan kedatangannya adalah pasti, oleh itu jadilah seorang insan yang cemerlang kerana peluang tidak akan berulang lagi.

Pandangan anda dihargai

Ulamak, Politik dan Hukum-hakam
Saya rasa satu kelemahan situasi di Malaysia ialah tidak ada pihak bercakap agama tapi tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik. Ulamak dalam Pas sudah tentu dalam beberapa persoalan cuba condong pada Pas.

Ulamak dalam jabatan kerajaan, mufti dan apa yang dipanggil ulamak kerajaan memang memikirkan nasib, pangkat, bagaimana membayar pinjman kereta dan rumah. Jika bercakap banyak buruk padahnya.

Tidak ada satu pihak yang bila mengulas sesuatu isu maka tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Situasi ini menyebabkan bila kita cuba bercakap orang akan suluh, parti mana ni, ooo ni kerajaan kata pembangkang. oooo ini pembangkang kata pemerintah.

Satu perkara yang tidak baik pula ialah bila satu pihak nak marah maka mereka akan mencari2 kesalahan pihak lawan dan kalau boleh ada sokongan orang agama dan hukum hakam. Bila pemimpin meraikan orang bukan Islam pada hari raya mereka, maka pembangkang buat isu lalu dikatakan boleh murtad perbuatan itu. Bila Nizar pegang lilin dalam majlis bersama Cina yang mati, maka cepat-cepatlah isu dimainkan untuk menunjukkan kejahatan pihak lawan.

Yang saya turut kesian ialah adanya ulamak yang ikhlas tapi menjadi bola sepak kepada kedua-dua pihak yang mencari kedudukan. Mereka bukan mencari hukum Allah tapi mereka mencari hukum yang boleh membantu mereka untuk menundukkan lawan.

Ada orang kata, ha pihak yang tidak dipergunakan oleh sesiapa ialah orang tarikat dan sufi kerana mereka tidak terlibat dalam politik. Maka pendek cerita saya katakan salah. Ramai juga orang tarikat yang digunakan oleh kerajaan untuk menunjukkan mereka buat sesuatu untuk Islam lalu ianya merupakan satu promosi kepada mereka.

Saya ambil contoh Dr Ramadan al Buti, Wahbah Zuhaili, Yusuf Qardawi adalah contoh ulamak-ulamak yang berjaya membebaskan diri mereka dari menjadi kuda tunganggan mana-mana pihak. Mereka tidak rela diri mereka menjadi kambing hitam yang panjang tanduk dan janggutnya tapi boleh disorong kemana tuannya suka.

Walaupun yusuf Qardawi dibesarkan dalam perjuangan Ikhwan dan dia dipenjarakan ketika bersama ikhwan tetapi beliau mengkritik pemikiran Syed Qutb dan menganggapnya satu marhalah pemikiran yang perlu ditinggalkan.

Dr Ramadan al Buti mempunyai nasihat-nasihat yang sungguh hebat kepada pemerintah Syria yang terkenal dengan kekerasannya menentang aliran Islam.

Dalam mengulas persoalan ini, saya tidak mengatakan kepada masyarakat jangan sokong parti tertentu, tapi apa yang perlu diajarkan kepada masyarakat ialah manakah pertelingkahan dalam perkara agama dan manakah pertelingakan dalam pentadbiran yang tidak bersifat halal-haram.

Para ulamak juga mana dia soalan yang ikhlas untuk diketahui jawapannya dan mana satu soalan berbentuk politik. Tidak kurang juga ulamak yang mengupas sesuatu isu dengan semangat,lntang dan berjela-jela penerangannya, bila dia bertindak demikian? Bila ulasannya terkena pada pembangkang.
Bila persoalan terkena pada pemerintah maka dia akan bercakap dengan ringkas penuh kiasan dan tidak jelas kupasannya. Merekatidak sedar bahawa tindakan seperti ini adalah tidak adil dan berkepntingan diri.

Mengapa di negara-negara Arab wujudnya institusi ulamak yang tidak perlu kepada pergantungan terhadap parti politik atau pemerintah. Bukan sahaja mereka tidak bergantung mereka juga tidak terkongkong dengan arus kepartian.

Setelah melihat-lihat suasana dalam dua keadaan, saya terperasan dengan satu sifat asas yang amat penting. Sangat penting dalam mengembalikan kekuatan ulamak. Perkara asas itu terletak pada dua pihak.

Pertama ulamak itu sendiri. Jika ulamak meletakkan ilmu mereka sebagai bahan mencari rezeki dan di dalam otak mereka penuh perancangan untuk hidup dengan kemewahan yang dikumpul oleh orang korporat, maka agamalah yang akan menjadi bahan dagangan mereka walau dipihak manapun mereka bertenggek.

Salah satu sumber kekuatan lain pula ialah penyokong atau umat. Jika sikap umat menyokong ulamak seperti pengikut parti menyokong wakilnya, maka mereka sediri akan merebahkan perjuangan ulamak. Ini kerana setiap perjuangan perlukan sokongan dan pengorbanan umat adalah tonggak kekuatan ulamak.

Lihatlah bagaimana tawaduknya lamak-ulamak yang saya sebutkan diatas. Walaupunmereka mempunyai kekayaan tapi nampak jelas dalam kehidupan mereka bukan kemewahan yang menjadi buruan mereka.

Sebenarnya entry ini adalah kupasan kepada persoalan yang dilontarkan dalam ruangan comment dalam post dibawah.
Wallahua’alam

Pandangan anda dihargai

Tahniah Kartika Sari Dewi!

IPOH – Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

“Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.

“Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.

“Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.
-Kosmo

Wacana Ilmuan:

Tahniah kepada Kartika Sari Dewi, nama anda akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Sebenarnya saya bukanlah peminat pakaian yang anda peragakan. Apa yang menarik minat dan mengharukan saya ialah sikap anda yang mengakui kesilapan.

Sebenarnya bukan senang untuk mengakui kesilapan dan menerima hukuman dengan reda. Nafsu kebiasaannya akan membenarkan perbuatan salah dan cuba mencari dalih dan alasan. Bila saya membaca pengakuan dan ulasan anda tentang hukuman, saya rasa sebagai seorang Islam saya patut mengucapkan tahniah, saya rasa saya mungkin tidak mampu sampai ke peringkat keikhlasan dan kepatuhan anda.

Saya juga yakin, jika anda menjauhi bidang kerjaya model, anda akan menjadi seorang yang lebih hebat. Ini kerana sebenarnya kerjaya itu tidak sesuai untuk seorang muslimah. Saya akan mendoakan kesejahteraan andan walaupun mungkin anda tidak pernah mengenali saya.

Sebenarnya peristiwa mengakui kesalahan dikhalayak ramai ini sesuatu yang besar dan terpencil, tindakan anda mengingatkan saya kepada satu peristiwa dizaman nabi s.a.w. bila mana seorang perempuan datang mengaku berzina di depan rasulullah. Walaupun baginda cuba menolak pengakuan itu, tapi perempuan tersebut masih tetap berterusan mahu dihukum. Akhirnya beliau dihukum rejam sampai mati.

Begitulah sejarah penah meriwayatkan bagaimana seorang wanita yang tersasar tapi kembali pada perinsip kebenaran dan menerima segala takdir Allah demi membersihkan dirinya. Terharunya saya bila membaca cerita seperti ini kerana merasai kekerdilan diri.

Sebenarnya sikap anda juga memberi sentuhan kepada saya bahawa umat Muhammad masih dalam fitrahnya. Walau apapun berlaku dan dikaitkan dengan umat ini, tapi sebenarnya nadinya masih berdenyut.

Bayangkan baru seminggu lepas saya didatangi seorang remaja selepas sesi ceramah, dia menangis teresak-esak. Ustaz saya tidak pandai mengucap dan saya tidak pandai mengaji. Puas kami menenangkan beliau. Hatinya tersentuh dan terpancarlah kebesaran iman disebalik kekelaman noda. Situsai ini sepatutnya menjadi satu motivasi bagi para duah bahawa hati-hati umat ini masih terbuka pintunya cuma…siapakah yang mahu mengetuknya?

Pandangan anda dihargai

Gerhana Matahari

Gerhana matahari hari ini disambut di negara-negara yang mengalaminya dengan berbagai upacara. Di India, berbagai kepercayaan terhadap gerhana dianuti oleh penduduk negara itu.

Walaupun orang Melayu di Malaysia sudah menganut Islam sekian lama, namun masih ada lagi segelintir masyarakat yang menganut saki baki ajaran syirik berkaitan gerhana. Kepercayaan ini tidak sebenar kerana gerhana matahari terjadi akibat fenomena alam yang amat tabie. Sebagai mana matahari bergerak dari ufuk ke ufuk maka begitu jugalah terjadinya gerhana.

Setakat yang saya tahu negeri-negeri di Malaysia mempunyai ahli falaaknya, mereka membelanjakan peruntukkan yang banyak untuk tujuan membangunkan ilmu falak dan kedatangan gerhana diketahui lebih awal lagi, walaupun begitu setakat ini tiada sebarang gesaan untuk mengadakan solat Khusuf atau solat gerhana.

Semenjak beberapa tahun saya telah menyuarakan rasa tak setuju untuk meletakkan tugas falak dibawah pejabat mufti. Bagi saya ilmu falak telah mempunyai peruntukan besar oleh kerajaan dibawah Plineterium negara, mengapa pula setiap negeri perlu menubuhkan jabatan falak sendiri, lebih saya tak setuju lagi ialah bila negeri-negeri ini memperuntukkan perbelanjaan yang besar dengan menghantar setiap imam menjalani kursus falak. Perlukah setiap imam memahami ilmu falak?

Bagi saya ianya tidak perlu, ilmu falak ialah ilmu astronomi, jika pejabat agama negeri mahu sangat ada pegawainya mahir dalam ilmu ini maka letakkan saja beberapa oraang pegawai atau penyelidiknya di Plineterium negara habis cerita. Ada baiknya budjet yang besar itu digunakan kepada membangunkan ilmu yang lebih kritikal keperluannya. Saya amat berterima kasih kepada bekas menteri besar Selangor Dato’ Khir Toyo kerana menolak cadangan mendirikan balai cerap yang berharga jutaan ringgit.

Pandangan anda dihargai

Budaya Bermazhab dan Bertaqlid Dalam Masyarakat Malaysia (6)

Faktor Budaya Berpegang Dengan Mazhab

Secara umumnya masyarakat umum Malaysia masih belum memahami secara terperinci mengenai hukum taqlid dan mazhab. Rata-rata masyarakat umum menganggap hukum Islam adalah satu dan tidak ada pendapat lain yang boleh bercanggah dengannya. Kefahaman ini timbul kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang dibawa oleh seorang nabi dan disana hanya ada satu quran. Kebenaran pada mereka adalah satu.

Kebanyakan ahli masyarakat juga berpendapat bahawa hukum Islam tidak boleh berubah sama sekali. Bagi golongan berpelajaran pula ramai yang berpendapat bahawa mereka wajib mengikuti mazhab Syafie.

Pendapat ini dipegang secara meluas dalam golongan berpendidikan agama disebabkan kata-kata Imam Nawawi yang memuji Mazhab Syafie. Hujah Nawawi tentang kelebihan mazhab Syafie:

“Dan oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil daripada usaha ulama’2 sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu. Dan dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini. Maka dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para imam.

Hal ini, apabila diteliti oleh si awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam al-Shafie dan bermazhab dengannya.” Selain dari memuji Mazab Syafie, Nawawi juga berpendapat adalah wajib mengikut salah satu mazhab empat dan haram berpindah-pindah mazhab ataupun talfiq:

“Dan tidak boleh bagi si awam itu bermazhab dengan mazhab salah seorang daripada imam-imam di kalangan para sahabat r.anhum dan selain daripada mereka daripada generasi-generasi yang terawal, walaupun mereka lebih alim dan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan (ulama’) selepas mereka; ini adalah kerena mereka tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mengarang ilmu dan meletakkan prinsip-prinsip asas dan furu’nya. Maka tidak ada bagi salah seorang daripada mereka sebuah mazhab yang telah dihalusi, dianalisis dan diperakui. Hanyasanya, (ulama’2) yang datang selepas mereka yang merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien lah yang melakukan usaha meletakkan hukum-hukum sebelum berlakunya perkara tersebut; yang bangkit menerangkan prinsip-prinsip asas dan furu’ mereka seperti (Imam) Malik dan (Imam) Abu Hanifah dan selain dari mereka berdua.” Kitab Majmuk Nawawi.

Pendapat ini amat dipegang oleh para ulamak tradisional di Malaysia. Antara faktor yang membuatkan sebahagian ulamak masih berpegang teguh dengan perinsip ini ialah kurangnya pendedahan terhadp isu –isu semasa.

Orang-orang yang tidak terlibat dalam industri perbankan misalnya akan merasakan tidak ada halangan untuk mereka mengupas hukum hakam berdasarkan beberapa buah kitab rujukan sahaja. Kupasan agama yang berkisar dalam peroalan ibadat sahaja tidak akan menampakkan tuntutan untuk meneroka pendapat-pendapat ulamak dunia semasa. Ini kerana sifat ibadat adalah tetap dan tidak banyak perubahan pendapat yang diperlukan dalam bidang tersebut.

Situasi sekeliling juga memberi kesan terhadap pemikiran bermazhab. Di kawasan perkampungan dan negeri-negeri Pantai Timur misalnya, masyarakat Melayu merupakan mejoriti dan kaum-kaum lain adalah amat sedikit bilangannya. Akibat kurangnya perhubungan dengan masyarakat Islam lain, maka pengamalan agama yang diamalkan adalah merupakan warian nenek moyang dan tiada pengamalan asing yang dilihat oleh masyarakat.

Kesimpulan dan Penutup

Setelah melihat kepada faktor-faktor itu tadi, dapat disimpulkan bahawa pengamalan mazhab dan taqlid di Malaysia masih berlaku dengan berleluasa tetapi kebanyakannya diamalkan oleh golongan masyarakat berikut:

1- Masyarakat awam yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam.

2- Penduduk kawasan yang tidak terdedah dengan keadaan berbilang bangsa dan keturunan.

3- Ahli-ahli agama yang kurang terlibat dalam menyelesaikan isu-isu semasa.

Golongan ini mempunyai pandangan wajib berpegang dengan satu mazhab dan haram meninggalkan mazhab atau melakukan talfiq. Mereka walaubagaimanapun akan menerima hukum-hakam yang telah diketahui umum walaupun bukan dari mazhab Syafie kerana kebiasaan pengamalan masyarakat seperti mengadakan tahlil bagi menghadiahkannya kepada orang yang telah mati.

Fenomena menggunakan pendapat selain mazhab Syafie berlaku dalam bidang muamalah contohnya pengharusan kontrak tempahan, mengharuskan dikenakan denda bagi peminjam yang melewatkan pembayaran hutang yang dibolehkan oleh ulamak Hanafi. Keadaan ini tidak dianggap oleh masyarakat sebagai ancaman kepada pegangan satu mazhab kerana isu-isu muamalat tidak mendapat pendedahan yang meluas dalam masyarakat. Masyarakat hanya bertindak menerima sahaja pendapat yang tersebar dan menganggapnya sebagai satu yang datang dari mazhab Syafie.

Pandangan anda dihargai

Pocong gemparkan Felda Jengka 4

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

20/7/09

KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4.

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit
KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.
Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.

Wacana Ilmuan:

Imam Syafie berpendapat sesiapa yang beriktikad dapat melihat jin maka dia dihukumkan fasik. Ini kerana pengakuan tersebut bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud ‘ sesungguhnya Iblis dan keturunannnya melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka’.

Walaupun demikian para ulamak berselisihan pendapat apakah jin boleh menjelma dalam bentuk yang berbagai-bagai. Sebahagian besar ulamak berpendapat jin boleh menjelma dalam bentuk yang berbagai.

Alam jin adalah termasuk dalam perkara ghaib yang memerlukan kepada rujukan quran dan hadis. Ini kerana sifat alam ghaib adalah tidak di ketahui oleh manusia. Janganlah kita cepat mempercayai sesuatu dengan hanya ada orang memberitahunya.

Apa yang saya ingin komen berkenaan berita diatas ialah wujudnya keadaan ekstrim dalam masyarakat. Yang saya maksudkan ekstrim disini ialah masyarakat Melayu membesar-besarkan perbahasan mengenai alam jin seolah-olah jin adalah satu makhluk yang sangat kuat dan menguasai manusia.

Sedangkan apa yang dapat kita lihat dalam quran dan hadis ialah dunia ini dijadikan untuk manusia dan manusia adalah khalifah Allah di dunia ini. Akibat dari usaha mempromosikan alam jin ini, jiwa anak-anak menjadi penakut dan orang dewasa dipenuhi khurafat. Bila sakit dikatakan perbuatan jin, bila berniaga tak jadi dikatakan akibat sihir, bila histeria dikatakan rasukan jin. Walaupun quran mengatakan jin dan syaitan tidak dapat menguasai manusia, tapi ajaran itu tidak diendahkan.

Saya lihat ada dua golongan yang bertanggungjawab mempromosi dan membesar-besarkan keadaan ini. Pertama pihak media yang mahukan publisiti dan meningkatkan jualan berita mereka. Berita sedemikian menjadi buruan ahli masyarakat yang jahil dan tidak ada aktiviti keilmuan dan pemikiran yang baik. Berita, filem dan documentari mistik akan laris di pasaran kita.

Pihak kedua ialah golongan agama yang mencari rezki dengan menghalau jin. Mereka kononnya akan menggunakan kemahiran tertentu yang boleh menghalau jin dari menguasai manusia. Sudah tentu servis itu disertakan dengan bayaran. Bayaran itu ada dua jenis, satu RM, dan sejenis lagi ialah penghormatan masyarakat dan kekaguman mereka. Kalau anda ingin dihormati dalam masyarakat Melayu, tak payah belajar tinggi-tinggi, belajar saja jadi bomoh, insyaallah anda akan dihormati.

Pandangan anda dihargai

Budaya Bermazhab dan Bertaqlid di Malaysia (5)

Faktor-faktor Pembaharuan
Dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia moden, pengamalan Islam sedaya-upaya diperjuangkan untuk dimartabatkan dalam segala aspek kehidupan. Penerimaan Kerajaan Malaysia era kepimpinan Mahathir Muhammad terhadap penerapan nilai-nilai Islam telah memberi ruang yang amat subur untuk pengamalan Islam yang lebih syumul.
Pengamalan Islam menjadi lebih baik apabila kerajaan menggalakkan sektor kewangan Islam untuk berkembang. Selain itu, Malaysia juga cuba untuk menjadi peneraju kepada pengeluaran produk halal di peringkat antarabangsa. Dengan polisi yang diperkenalkan itu membuatkan penggarapan isu-isu agama di Malaysia telah melebar dan melampawi bidang ibadah sahaja.
Selain itu ianya memberi kesan besar terhadap pemikiran sarjana Islam Malaysia yang sebelum ini berpegang teguh dengan mazhab Syafie. Dalam era sebelum ini, para sarjana begitu teguh dengan perinsip satu mazhab sehingga seluruh undang-undang negeri merekodkan penggunaan mazhab Syafie sebagai mazhab resmi kecuali negeri Perlis.
Ketika mana negeri-negeri di Malaysia mengamalkan undang-undang Islam secara menyeluruh, mazhab Syafie diamalkan dibidang perundangan kekeluargan dan jenayah.
Namun demikian penganalan Islam masakini telah meliputi sektor yang tidak pernah diceburi sebelum ini.
Para sarjana Islam terlibat dalam membina sistem Takaful yang diambil dri sistem Insyuran. Pengamalan perbankan Islam juga semakin meluas. Banyak isu-isu baru yang perlu ditangani oleh para sarjana dalam menelesaikan permasaalahan perbankan Islam.
Selain itu sistem pewasiatan juga dimodenkan, kerajaan telah memberi peluang kepada syaraikat-syarikat pengurusan hata pusaka untuk beroperasi. Berbagai permasaalahan baru sentiasa dihadapi dari semasa kesemasa.
Dalam bidang zakat, banyak ijtihad-ijtihad baru diperlukan akibat perkembangan teknologi dan kehidupan masyarakat moden. Banyak hukum hakam yang selama ini diamalkan mengikut mazhab Syafie telah dirasakan tidak dapat memenuhi tuntutan kehidupan semasa. Mengeluarkan zakat fitrah dengan menggunakan makanan dirasakan tidak lagi releven dalam dunia moden. Tindakan terebut akan membawa banyak keburukan terhadap pengutipan dan pegagihan zakat.
Selain dari peluasan pengamalan Islam, salah satu cabaran semasa ialah cita-cita negara untuk bangkit sebagai peneraju bagi pengurusan produk halal. Satu kekosongan yang begitu besar dan mencabar perlu diharungi oleh para sarjana Islam tempatan. Ini kerana persoalan halal melibatkan masyarakat antarabangsa. Segala pengakuan halal atau sebaliknya mestilah mengambil kira kefahaman dan pengamalan yang berifat global.
Salah satu situasi penting yang mencorakkan pemikiran dan isu mazhab di Malaysia ialah sumber ilmu yang berbagai. Jika dahulu kebanyakan sarjana agama mendapat pendidikan didalam negeri atau di Mesir serta India. Namun demikian, suasan semasa menyaksikan kepelbagaian sumber. Keadaan ini wujud apabila terbukanya peluang melanjutkan pengajian dibidang Pengajian Islam di banyak negara didunia. Selain universiti-universiti negara Arab seperti Mesir, Jordan, Yaman, Maghribi dan lain-lain, ramai juga para sarjana yang melanjutkan pelajaran kenegara-negara barat seperti Uninted Kindom dan Amerika.
Selain daripada faktor yang telah diterangkan, perkembangan teknologi juga memberi kesan yang mendalam terhadap pemikiran bertaqlid dan bermazhab dalam masyarakat Malaysia. Dalam bidang ibadat masyarkat Islam tradisional menggunakan teknik melihat anak bulan sebagai cara mengetahui masuk bulan Ramadan dan Syawal, namun demikian, perkembangan ilmu astronomi dan rekaan alat berteknologi canggih telah menghasilkan pengetahuan yang lebih tepat.
Ilmu falak syarie tidak ketinggalan daripada mengalami perubahan. Para ilmuan menganggap kiraan falak adalah tepat dan melihat anak bulan merupakan kaedah sampingan yang kurang penting. Perubahan ini merupakan ijtihad yang terkeluar dari taqlid mazhab yang diamalkan selama ini. Walaupun begitu, perubahan yang dilakukan adalah secara berhati-hati supaya tidak menimbulkan keraguan dan kekeliruan kepada masyarakat umum.
Pandangan anda dihargai
Budaya Bermazhab dan Bertaqlid di Malaysia (4)

Sejarah Budaya
Bermazhab dan Bertaqlid di Malaysia
Jika keadaan yang diterangkan dalam perenggan sebelum ini membabitkan kebanyakan negara dunia Islam, maka perkara yang serupa juga dialami oleh Malaysia. Namun demikian kajian tentang budaya bertaqlid dan bermazhab di Malaysia amat berkait rapat dengan tarikh kemasukan Islam di Malaysia. Ini kerana amalan bertaqlid dan bermazhab tidak mungkin timbul sebelum kemasukan Islam ke negara ini.
Tarikh sebenar kemasukan Islam ke Malaysia masih menjadi bahan kajian para sarjana. Petunjuk yang didapati hasil kajian baru menguatkan teori kemasukan Islam jauh lebih awal dari seperti yang diketahui umum sebelum ini.
Pendapat yang mengatakan Islam di Malaysia di sebarkan oleh pedagang Gujerat juga telah di tolak oleh sebahagian sarjana. Mereka mengatakan Islam masuk lebih awal dan dipelopori penyebarannya oleh orang-orang Arab.
Kajian terbaru dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia terhadap undang-undang Kedah mendapati Kedah adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan hukum Islam dan kemasukannya adalah seawal kurun ketiga hijrah.
Kajian ini dibuktikan lagi dengan perilaku masyarakat Islam Malaysia yang amat sebati dengan ajaran Islam sehingga tersebarnya perkataan ‘masuk Melayu’ bagi menunjukkan kepada orang yang memeluk Islam.
Samada menerima teori kemasukan Islam melalui pelabuhan Melaka yang dikunjungi oleh orang-orang Gujerat, atau Islam di Malaysia berasal dari tanah besar China atau teori lain, apa yang jelasnya ialah masyarakat Malaysia telah menerima ajaran Islam dalam mazhab Syafie.
Bilakah pengaruh mazhab Syafie mula bertapak di Malaysia adalah tidak diketahui secara tepat. Namun demikian kitab-kitab karangan ulamak Patani dan Indonesia telah diajarkan di puasat-pusat pengajian di Malaysia. Kita-kita ini merujuk kepada mazhab Syafie dan secara lebih khusus ialah aliran pemikiran Nawawi dan Ghazali.
Kitab-kitab ini menjadi rujukan selama beberapa abad di pusat-pusat pengajian Islam yang tersebar di seluruh pelusuk semenanjung. Namun demikian setelah dunia Arab mengalami sedikit pembaharuan, dan lahirnya ulamak yang cuba menggalakkan ijtihad serta kupasan semasa terhadap Islam,maka Malaysia juga mengalami desakan kearah pembaharuan.
Pada dasarnya gelombakan desakan kearah pembaharuan itu berlaku sebanyak tiga kali dan cuba untuk mengajak masyarakat intelek di tanah air untuk melakukan sedikit pembaharuan. Pada tahun 20-30an kumpulan lepasan Arab Saudi balik dengan pengaruh pemikiran Syeih Abdul Wahab, Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayim. Sheikh Muhd Tahir bin Jalaluddin al-Azhari adalah antara orang yang cuba membawa perubahan.
Selain dari pemikiran ulamak Saudi, pemikiran Muhammad Abduh dan Rashid Reda juga sampai ke Malaysia. Mereka menyeru supaya diadakan percambahan minda dan beberapa isu seperti isu bid’ah cuba dibangkitkan. Gelombangan ini juga datang dari lepasan India yang mendapat idea daripada pemikiran Waliullah al Dahlawi.
Gelombang kedua menuntut perubahan dan mengkritik pengamalan mazhab Syafie di Malaysia ialah sekitar tahun 40an hingga tahun 60an. Kumpulan ini cuba menghidupkan kembali usaha-usaha yang telah dipelopori oleh akivis sekitar dua dekat yang lalu. Semangat aliran ini agak kuat kerana mereka telah berjaya bertapak di negeri Perlis.
Isu-isu yang ditimbulkan oleh golongan pembaharuan ini walaubagaimanapun hanya berkisar dalam persoalan fekah ibadat dan sedikit pada permasaalahan teori dalam aqidah. Keadaan ini agak merumitkan kerana boleh menimbulkan perpecahan saf orang Islam.
Gelombang ketiga bermula disekitar tahun 70an. Kemunculan kali ini nampaknya lebih kuat kerana bukan sahaja orang-orang yang pulang dari Saudi sahaja telah terkesan dengan aliran ini, namun demikian pelajar bidang bukan agama dan melanjutkan pelajaran ke Eropah juga ramai yang telah terdedah dengan pemikiran pembaharuan ini.
Desakan kumpulan ini juga makin kuat keranan aliran ini mula mengukuh diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, negara Saudi menaungi segala aktiviti mereka dan negara-negara Islam lain seolah-olah tidak dapat untuk menyekat perkembangan ini kerana faktor pengaruh negara Arab Saudi.
Pandangan anda dihargai

  • 9 orang Kristian ditahan di UPM
    Wong Pheak Zern | Jul 15, 09 1:37pm
  • Malaysiakini.kemaskini 6.30pm Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.LAGI


Wacana Ilmuan:

Saya tertarik dengan cerita ini kerana teringat dengan cerita seorang kawan, peristiwa berlaku pada tahun lepas bila kawan saya ni pergi ke masjid Putra Jaya, dia dapati ada bena tentang agama (saya tak ingat apa tajuk bena tu) dalam bahasa Inggeris.

Bila dia dekati pemuda yang menjaga meja yang mengandunggi pemplet, didapati ianya satu promosi untuk agama Kristian. Kawan saya sempat berborak sebentar dengan lelaki muda itu dan memberikannya no tel. Kawan saya ni pulak memang mempunyai maklumat baik tentang Kristian walaupun bukan seorang ustaz. kawan saya mahu berdebat dengan lelaki muda itu. Kawan saya solat dahulu kerana bilal dah iqamah.

Setelah solat kawan saya kembali untuk berdebat dengan lelaki itu tapi dia telah tidak ada. Kawan saya balik dengan 1001 persoalan. Soalan pertama ialah bagaimana pendakwah muda secara terang-terang boleh membuat promosi agama Kristian? Soalan kedua kemana dia telah pergi?

Kawan saya akhirnya melupakan saja peistiwa dia dengan pendakwah Kristian itu. Kalau tak silap saya selang 3 bulan lepas peristiwa itu, dia dihubungi oleh pendakwah Kristian tersebut melalui tel. Dia mahu berjumpa dengan kawan saya. Saya tak ingat pulak dimana mereka berjumpa, tapi yang pentingnya kawan saya sempat berjumpa semula dengan pendakwah Kristian itu.

Setelah berkenalan lebih lanjut baru dapat diketahui rupanya lelaki muda itu dari Amerika. Dia datang untuk menyebarkan Kristian, dia dibiayai oleh Kristian dan gereja disana. Tiket, hotel, makan dan elaun semuanya di biayai oleh gereja.

Kali ini lelaki muda itu datang bersama isterinya. Mereka berdua full time berdakwah. Kawan saya tak lupa juga bertanya kemana dia pergi setelah berjanji untuk berdebat tempoh hari. Pendakwah itu berkata: Saya ditangkap!!! Dia mendakwa ditangkap selama 3 hari dan kemudiannya dihantar balik ke Amerika. Kali ini dia datang bersama isterinya pula!!!


Apa yang saya dapat simpulkan dalam kisah kawan saya itu tadi ialah:

1- Memang banyak berlaku penyebaran agama Kristian kepada orang Islam di Malaysia dan ianya bertentangan dengan undang-undang negara. Oleh itu tindakan melalui undang-undang boleh diambil kepada mereka.

2- Satu kelemahan ahli masyarakat ialah mereka tidak tahu bagaimana bertindak. Kebanyakan dari kita tidak tahu bertindak bila melihat sesuatu perkara seperti diatas atau kes khalwat, kes kecurian harta awam seperti pasir sungai, simpang jalan yang di tutup pokok dan sebagainya. Apa yang dibuat biasanya mengeluh, mengutuk dan tak kurang juga yang menjadikannya isu politik.

3- Apabila saya menulis tentang satu saluran radio yang telah bertindak menyiarkan perbualan yang anti Islam, seorang telah menghubungi saya dan memberitahu bagaimana cara bertindak yang betul. Baru saya perasan perlunya mengajar masyarakat tentang perkara ini.

4- Saya berharap sangat supaya orang-orang yang boleh memberi tunjuk ajar dalam bab ini menulis diruangan blog saya satu artikel tentang tajuk ini. Artikel itu boleh dihantar melalui email benmokhtar2@gmail.com saya akan menyiarkannya insyaallah.




Pandangan anda dihargai