Kalau Saya Berjumpa TG Nik Abd Aziz

Sehari dua ni saya dihujani dengan pertanyaan apakah pendirian saya mengenai isu kenyataan TG Nik Abd Aziz Menteri Besar Kelantan. Di Masjid ada orang megajukan soalan yang sama, dalam kelas pun begitu. Masa borak-borak dengan kawan-kawan pun sama.

Memanglah sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran saya pun berfikir dan menilai, jadi sudah tentu saya pun seperi orang lain ada pandangan masing-masing.Cuma saya tahu pandangan dan pndapat saya tidak lah membawa apa-apa kesan pada polemik yang hebat dibincangan. Saya bukan ada apa-apa pangkat, kedudukan atau pengikut. Yang akan saya coretkan ini hanyalah perkongsian saya dengan kawan-kawan sekadar pengkayaan ilmu dan lontaran idea sahaja.

Sebenarnya kalau boleh saya mahu sangat berjumpa TGNZ. Tapi saya tahu beliau sangat sibuk dan saya pun buknlah orang penting sangat, oleh itu rasanya hasrat saya itu hanya jadi angan-angan sajalah.

Bila sebut pasal jumpa TGNZ teringat saya peristiwa beberapa bulan lepas, masatu ada pameran buku, saya diberitahu TGNZ akan melancarkan buku disana. Saya sampai ke dewan masa dewan kosong. Saya duduk dibarisan hadapan sambil memegang karya terakhir saya ‘Kerajaan Islam Sepanyol’. Saya nak hadiahkan buku tu kepada TGNZ.

Dalam dewan rupanya ramai pula berjumpa kenalan yang sekian lama saya tak ketemui, semasa sedang hebat berborak TGNZ pun tiba , saya terkejut sekali kerana dewan telah penuh sarat dengan orang ramai, mujur saya sampai awal kata saya kepada member sebelah.

Ucpan TGNZ hari tu amat menarik sekali, beliau mengupas tentang iqra’ tapi dengan uslub yang amat menarik sekali, saya kira jarang saya dengar ulasan sedemikian.

Semasa TGNZ berucap persediaan rapi dibuat bagi majlis seterusnya iaitu penyampaian cendramata, terkejut saya melihat hadiah-hadiah yang canggih dan besar-besar. Buku-buku dibalut cantik dan dikenakan dengan brbagai hiasan.

Saya tertawa dngan hadiah yang saya pegang ditangan, sebuah buku, tiada riben, tiada balutan dan seketul begitu saja….eheh malu pulak rasanya. Sebaik sahaja beliau berucap, segala hadiah yang cantik2 di kemukakan dan saya tak sempat langsung untuk mendekati apatahlagi memberi hadiah itu.

Saya tak lah terasa hati dengan situasi itu, cuma saya mentertawakan diri saya yang ketinggalan zaman, ini bukan tahun 80 dimana TGNZ berceramah bawah pokok atau bawah kemah, saya tergelak denga diri saya yang ketinggalan zaman.
bersambung….

2 Replies to “”

  1. ana rasa polemik TGNA hanyalah satu `cokek`.Asas dalam pemahaman islam yang syumul.dah lama dah isu yang sama.kalau kita dengar ceramah dan kuliah TGNA sentiasa dia tekankan benda ni.tak jadi isu pun.kenapa pula beliau berucap di Permatang Pasir dibuat isu pulak?orang maghribi kata `baina qausain`.ada isu yang nak diraih .sebab itu politik orang kelantan dan pantai timur secara umumnya lain dari yang lain.selamat berpuasa.taqabbaallah saumkum.-nuar kenitra.p/s tak sempat lagi ana nak balas email anta.

  2. salam
    pendapat saya lak nape orang2 agamawan termasuklah majlis fatwa bagi komen berdasarkan surat khabar? masa ceramah sibuk dok ulang2 ayat 6 surah hujurat tapi awat tak amai?

    tapi puak pas pun satu gak,
    dok sibuk tanya mana rakaman, mana tuan guru sebut palestin dll. memang lah puak tu silap dengar antara islam pelastik ngan islam palestin tapi awat dok sibuk pasai teknikal. biasa kat mahkamah yang guna teknikal untuk selamatkan diri ni orang yang salah je. kan baik highlightkan fakta dan isi kandungan hujah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *