Gempa di Indonesia, Ribut di Malaysia

Remaja Perempuan Maut, Enam Jajahan Dilanda Ribut Luar Biasa

KOTA BAHARU, 30 Sept (Bernama) — Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok manakala ratusan rumah rosak teruk akibat angin kencang langkisau melanda lapan jajahan di Kelantan serta daerah Besut di Terengganu, yang merupakan kawasan berdekatan kawasan pantai pada Rabu.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi, kejadian ribut petir berserta angin kencang itu disebabkan oleh angin langkisau, iaitu angin keras dan tidak menentu haluan berkelajuan sehingga 50 kmsj yang bermula dari pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Dalam kejadian hampir sejam itu, puluhan kereta rosak dan kemek akibat dahan pokok yang patah, sementara barangan ringan berterbangan termasuk kerusi dan tong sampah serta papan tanda jalan runtuh di sekitar bandar Kota Baharu, Pengkalan Kubor, Pasir Puteh, Kuala Krai, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok.

Di Terengganu beratus rumah dan pejabat kerajaan di daerah Besut rosak akibat ribut dan angin kencang itu, termasuk 120 rumah di 35 kampung di Kuala Besut dan 150 rumah di 32 kampung serta pejabat kerajaan di Kota Putra.

Kejadian itu mengorbankan seorang remaja perempuan, Nurul Ain Ibrahim, 19, yang ditimpa sebatang pokok yang patah secara tiba-tiba ketika ia cuba mencari tempat berteduh daripada ribut itu di Pantai Kemayang, Bachok.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Saiful Bahari Mohd Nor berkata, mangsa berada di dalam kedai makan dan cuba untuk melarikan diri apabila ribut kuat melanda.

“Ketika kejadian kira-kira pukul 3.40 petang tadi, mangsa sedang berselindung bersama teman lelakinya, Zamri Mustafa, 24, di sebuah kedai makan di pantai terbabit sebelum tiba-tiba ribut luar biasa melanda kawasan itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Wacana Ilmuan:

Ya Allah, anugerahkan kepada ku husnul khatimah, amin ya rabbal alamin.

Pandangan anda dihargai

Gempa Bumi

JAKARTA, 30 Sept (Bernama) — Gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter yang menggegarkan Sumatera Barat, khasnya ibu kotanya Padang pada 5.16 petang Rabu mengakibatkan kepanikan luar biasa di kalangan penduduk yang bertempiaran keluar menyelamatkan diri.Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.
Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

Pandangan anda dihargai

Issunya, Negara & Kepimpinan Islam Bukan Mengkufurkan

BULETIN الحضارة~*BIL:69/Syawal 1430

AL–HADHARAH

………………………Bila saya mengatakan kerajaan yang ada sekarang bukan sebuah kerajaan Islam adalah merujuk kepada sistem yang terpakai dalam pemerintahannya bukan diri individu-individu tersebut samada PM atau Agung serta kabinetnya. Saya bersetuju dengan komen saudara kita pensyarah di Bangi, kita tidak boleh mudah mengkafirkan saudara sesama Islam semudah meminum secawan kopi. Cuba baca betul-betul, saya pun tidak kafirkan orang Islam, selagi zahirnya mengucap 2 kalimah syahadah dan dia mengaku Islam tidak melakukan perbuatan syirik. Soal mereka tidak melaksanakan perintah-perintah Allah swt seperti solat dan undang-undang itu terpulang kepada diri masing-masing samada kejahilan, kelemahan, malas, tak sedar, masih jadi `hamba orang putih` atau memang dia tahu kata salah tapi sengaja tak mau juga, itu semua urusan mereka sendiri dengan Allah swt. Darah mereka tetap haram kita tumpahkan, saya menolak perjuangan cara Osama Ben Laden. Kita yang dah mengaku Islam insyaAllah faham pula, teruskan kerja kita.

Dan saya suka untuk menambah serta mengulangi lagi di sini bahawa sistem demokrasi yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana pun dalam dunia ini bukanlah sistem Islam (sistem kafir). Kita tidak pula boleh mengatakan sistem itu berasal atau sebahagian dari ajaran Islam. Jika ada gerakan Islam seperti Ikhwan menyertai pilihanraya hanyalah mengambil peluang menyampaikan dakwah dalam ruang demokrasi sahaja. Kepada seorang Ustaz yang mengecil-ngecilkan perjuangan Ikhwan di Mesir hingga sanggup pula nak bawa saya pi melawat Qairo untuk buktikan kegagalan mereka di sana berbanding PAS yang `berjaya` di sini, saya ucap terimakasih kepada beliau. …. Begitu juga Kelantan dan Kedah hanya negeri ummat Islam bukan lagi negeri atau wilayah Islam. Dalam konteks ini kedudukan PAS dan UMNO, 2 x 5 saja, masih bergayut dan mengharapkan ehsan berhala demokrasi.

Ada yang mempertahankan bahawa PAS berbeza dengan UMNO dari sudut dasar parti masing-masing berbeza. PAS dikatakan berdasarkan Islam dan termaktub dalam buku perlembagaannya. ……………………………………………………………………………………………………………………..

Seterusnya kepada penganut sekular Artatuk yang mengisytiharkan peperangan terhadap golongan seperti saya, saya nak bagi tau jika kamu berperang dengan saya, tidak ada masalah… , ………..

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Wacana Ilmuan:

Salam alaikum.
Dengan penuh rasa rendah diri saya sekali lagi menghantar komen, saya rasa sayalah pensyarah di Bangi yang tuan maksudkan.

Nampaknya kita ada titik persefahaman.

Pertama: Kita sepakat bahawa negara Malaysia tidak mengamalkan perlaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya.

Kedua: Perdana Menteri Malaysia dan Agong adalah muslim dan tidak dipertikaikan keislaman mereka.

Dalam masa yang sama kita ada titik perbezaan. Tuan menganggap demokrasi adalah sistem taghut yang bila diamalkan negara akan menjadi negara bukan Islam.

Disini saya berselisih dengan saudara. Saya tidak menganggap demokrasi yang diamalkan di Malaysia sebagai satu yang bercanggah dengan Islam dan disifatkan sebagai kufur. Disebabkan tuan medakwa ianya sistem kufur maka bolehkah tuan bagikan hujah-hujah tentang kekufuran demokrasi yang di amalkan di Malaysia.?

Adalah tidak cukup dengan hanya sesuatu yang datang dari orang bukan Islam terus dianggap salah atau kufur. Ini kerana persoalan pemerintahan adalah bukan dari perkara yang melibatkan hubungan dengan Allah secara terus atau tidak termasuk dalam amalan yang diistilahkan oleh ulamak sebagai perkara ibadat.

Contohnya orang Islam membentuk pasukan bolasepak sama dengan sistem yang diasaskan oleh orang bukan Islam, bahkan sukan itu sendiri bukan dari orang Islam.

Mungkin contoh itu tidak menggembirakan saudara kerana pemerintahan berbeza dengan sukan. Oleh itu contoh kedua ialah orang-orang Islam menaiki kenderaan moden yang dibina di barat bukan Islam. Begitu juga dengan sistem pendidikan.

Mekanisma memerintah negara tidak diterangkan dengan terperinci oleh Rasulullah kerana ianya termasuk dalam perkara yang boleh berubah dan mengikut peredaran zaman.

Sebab itulah perlantikan Khulafa’ al Rasyidin sendiri menggunakan berbagai teknik. Ingin juga saya jelaskan bahawa kerajaan Othmaniah yang tuan katakan Khalifah Islam tu (saya pun kata camtu) adalah pemerintahan keluarga. Keluarga Othman. Bukan begitu? Bila masa Khulafa’ al Rasyidin bina negara berdasarkan pemerintahan keluarga? Tapi kerajaan Othmaniah masih dianggap kerajaan Islam.

Sekali lagi saya minta maaf dengan komen yang panjang ini, tapi sebelum beredar ingin saya nasihatkan saudara supaya tidak menggunakan kenyataan umum yang mengelirukan. Seperti:

“Akhirnya kepada yang dok melilau berpusing-pusing tak jumpa pintu hanya nampak tingkap sahaja, lalu terpa masuk juga walaupun hanya jendela jamban dan lubang-lubang wap najis, bagaimana nak menegakkan kembali Negara Islam seperti di Madinah zaman Rasullullah saw? Dengan lafaz “Bismillahirahmanirahim” Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih, pintunya ialah apabila kita membina kembali Hadharah Islamiyyah di tempat atau kedudukan kita masing-masing sebagai individu muslim, bapa muslim, ibu-ibu muslimah, pemuda dan pemudi muslim, anak-anak dan pelajar muslim dan sebagainya.”
Pandangan anda dihargai

Banjir di Filipina: 240 Korban

Melihat banjir di Filipina, saya terkenang pada zaman kanak-kanak dulu. Musim banjir di Pantai Timur adalah musim pesta. Kanak-kanak menunggu-nunggu dengan penuh semangat. Main hujan sambil berbasikal, atau rakit batang pisang bagi kanak-kanak dan rakit buluh bagi orang dewasa.

Musim banjir juga menjanjikan sajian yang enak, pada waktu itulah ada orang yang pandai boleh menangkap udang galah di sungai2 berdekatan. Burung Ayaman, Sita dan Ruak(bahasa Kelantan) amat mudah didapati. Saya pernah kesawah pukul 3 pagii bersama datuk saya untuk menangkap burung-burung tersebut dan kami hanya perlu memanggil menggunakan seruling dan mereka akan datang melanggar pukat yang direntangkan. Adapun ikan usah dicakapkan lagi, pernah juga datuk saya bawak balik mana yang larat di bawa sahaja kerana terlalu banyak ikan yang mengena.

Apa yang dibanggakan juga ialah semua haiwan itu organik. Hidup secara tabie dan tidak diberikan sebarang hormon dan ubat. Oleh itu rasanya amat berlainan dengan yang ada pada hari ini. Ikan keli yang bila digoreng, semerbaklah baunya. Rasanya pula amat lazat sakali. Saya percaya ada kawan-kawan yang bila disebut begini, meleleh air liur mereka.

Berbeza benar nampanya negra kita dengan negara orang, rahmatnya Allah pada kita semua, banjirpun di hantarnya yang kecil-kecil sahaja. Kalau yang lemas pun hanya yang tergelincir atau sengaja pergi berenang di tempat bahaya.

Terlanjur cerita pasal nikmat Allah pada kita, saya nak juga sebut satu nikmat yang selalu sangat orang Malaysia lupakan. Saya kira nikmat ni antara nikmat terbesar juga. Nikmat yang saya maksudkan disini ialah nikmat memerintah. Saya katakan ianya antara nikmat terbesar juga kerana ianya disebut dalam alquran.

Allah menerangkan maksudnya:
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman, Allah akan jadikan mereka khalifah dibumi ini.

Umat Islam di Filipina dikuasai oleh Kristian, di Thailand di perintah oleh Budha, Myanmar di kuasai oleh diktator tentera. D Singapura juga umat Islam telah di tairk nikmat memerintah. Oleh itu banyak polisi negara-negara yang saya sbutkan ini tidak memihak kepada umat Islam.

Mujurlah di Malaysia kuasa Islam masih tertegak. Walaupun tahap perlaksanaannya masih boleh diperbaiki, tapi amat jauh bezanya antara Muslim dan bukan Muslim. Mujurlah kita masih diberi kekuasaan dan pemerintahan, orang yang paling mesti bersyukur dalam bab ni ialah orang Melayu.

Hasil pemerintahan Malaysia diketuai oleh Melayu, maka banyaklah diberikan keistimewaan kepada orang Melayu. Tambahan pula kedudukan ekonomi orang Melayu masih lemah. Apa yang saya sebut disini bukan kempen pilihanraya, tap saya ingin menyebutnya sebagai mengimbangi semagat sebahagian rakyat menentang kepimpinan yang ada. Bagi saya tidak salah menentang selagi dalam ruang demokrasi, tapi dalam masa yang sama ingatlah pada nikmat memerintah ini, jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran.

Pandangan anda dihargai

Peluru Berpandu Iran

Ditengah-tengah tekanan Amerika dan Israel terhadap program senjata nuklear Iran, kerajaan negara itu bertindak mengadakan latihan tentera selama 3 hari. Kedua-dua musuh ketat Iran itu menjangkakan pada 2010 Iran akan mampu mengeluarkan senjata nuklearnya sendiri. Para penganalisis menjangkakan Israel sedang membuat kajian tentang kemungkinan menyerang Iran sebelum negara itu mampu mengeluarkan senjata nuklear.


Disinilah dikatakan terletaknya reaktor nuklear Iran

Bagi memberi amaran kepada Israel dan Amerika, Iran telah menonjolkan kekuatan tenteranya dengan melancarkan 3 buah peluru berpandu buatnnya sendiri. Peluru berpandu itu pula mampu untuk mengenai sasaran sejauh 2000km. Mampukah latihan itu memberi mesej yang boleh difahami oleh Amerika dan Isreal?
Masa akan menjawabnya.

Pandangan anda dihargai

Antara Pesta Tanglung dan Solat depan Capitol Hill

Tengok berita yang saya siarkan di bawah. Saya rasa agak menarik jugak. Tengok, bagaimana kerajaan kita semakin terpaksa ambil hati bukan Melayu untuk memenangi hati mereka. Sedikit demi sedikit kaum bukan Melayu memaksa masyarakat Malaysia menerima kewujudan mereka sebagai rakyat Malaysia. Dan begitulah seterusnya…

Keadaan yang sama berlaku di Amerika. Sedikit demi sedikit masyarakat Islam Amerika menguasai keadaan dan memaksa masyarakat Amerika mengiktiraf kewujudan mereka disana.
Kalau peristiwa solat Jumaat seperti ini berlaku di Malaysia, apa yang riuh dibincangkan ialah sahke solat Jumaat bukan di Masjid? Apa takrif masjid? Cukup ke 40 orang makmum bermustautin?

Dunia ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Jika hari ini umat Islam di Amerika lemah dan berkerja keras meningkatkan pengauh mereka disana, maka tidak mustahil mereka akan sampai ke mercu kekuasaan suatu hari nanti. Undang-undang yang sama berlaku kepada orang di Malaysia. Allah menetapkan bahawa kaum yang kuat akan menguasai dan kaum yang lemah akan dikuasai. Itulah undang-undang alam yang akan terus berlaku.

Oleh itu, para ulamak, pemimpin dan pendidik, bahkan semua umat Muhammad di gesa membina didalam diri umah ini punca-punca kekuatan dan menghindari punca keruntuhan dan kelemahan. Inilah dia anggungjawab kita, tidak siapapun yang terlepas dari tanggungjawab ini.

Pandangan anda dihargai

Pesta Tanglung 1Malaysia acara tahunan

Oleh ROHANI IBRAHIM
dan LIAU PEI WEN
pengarang@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak (depan tengah) disambut oleh orang ramai sejurus tiba pada majlis pelancaran Pesta Tanglung 1Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi. – Bernama


KUALA LUMPUR 26 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan acara Pesta Tanglung 1Malaysia Kuala Lumpur akan menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan negara.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM250,000 setahun kepada Kementerian Pelancongan untuk diagihkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penganjuran acara tersebut.

‘‘Diharapkan sambutan Pesta Tanglung 1Malaysia Kuala Lumpur akan terus dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan untuk menjadi platform dalam mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

ARKIB : 27/09/2009

Solat Jumaat depan Capitol Hill

UMAT Islam Amerika Syarikat bersembahyang fardu Jumaat di hadapan bangunan Capitol Hill, Washington, kelmarin. – AFP


BERIBU-ribu umat Islam Amerika Syarikat mengadakan solat Jumaat di hadapan bangunan Capitol Hill di Washington kelmarin, bertujuan memberi inspirasi kepada penganut Islam dan juga bukan Islam di negara itu.

Penganjur acara itu, Abdul Malik berkata, umat Islam datang dari seluruh AS, malah ada antaranya dari Britain dan Kanada.

Menurutnya, acara itu bukan suatu bentuk protes, sebaliknya hari untuk bersembahyang, mengabdikan diri kepada Tuhan dengan doa supaya semua lapisan rakyat Amerika boleh hidup bersama untuk kemajuan sejagat.

Wacana Ilmuan:

Lihatlah dua berita di atas. Apakah yang dapat difahami dari dua berita ini?

Pandangan anda dihargai

Selamat Kembali Bertugas

Suasana raya masih terasa di kampung dengan kehadiran banyak kenderaan bersimpang siur. Kampung yang sepatutnya menjadi tempat rehat warga kota, tiba-tiba bertukar kepada keadaan bandar yang kelam kabut. Bebarapa hari lepas saya terpaksa mengambil masa 4 jam untuk ke Kota Bharu sedangkan biasanya saya hanya perlukan masa sejam.

Yang agak menambahkan kerimasan saya ialah tindakan ramai pemandu yang memotong Q, mereka tak malu-malu untuk meyelesaikan masaalah mereka dengan meninggalkan orang yang patuh kepada undang-undang untuk terus menunggu. Sampai bila kita boleh bersabar? Tak hairanlah kalau kejahatan seringkali dibalas dengan kejahatan serupa, akibatnya makin ramai orang yang melanggar peraturan jalan raya.

Untuk para sahabat saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan, pandulah dengan berhemah dan berhati-hati, saya doakan kita semua selamat kembali ke destinasi dan memulakan tugas dengan selamat, amin ya rabbal alamin.
Pandangan anda dihargai

Analyses: Heart attack rates fall 17% after smoking bans enacted

By Liz Szabo, USA TODAY

Community smoking bans have an immediate and dramatic effect on reducing heart attacks, according to two new analyses of laws in the USA, Canada and Europe.

Two separate analyses released Monday each found that heart attack rates fall 17% within a year after smoking bans take effect. One analysis, which included 13 studies, appears in Circulation: Journal of the American Heart Association. A second analysis, which considered 11 studies, appears in the Journal of the American College of Cardiology.

Cigarette smoke can trigger a heart attack in people with underlying heart disease by causing clots or spasms in the blood vessels, says David Goff, a spokesman for the American Heart Association who wasn’t involved in either study.

Given that there are about 920,000 heart attacks every year, the studies suggests that public smoking bans could prevent more than 150,000 of these, according to the Cardiology paper.

Taken together, the findings provide strong, consistent evidence that the country should enact more smoke-free laws, Goff says.

“This is a huge, huge effect for a very, very low cost,” says Stanton Glantz of the University of California-San Francisco, co-author of the Circulation study.

Smoke-free laws reduce heart attacks in three ways, Glantz says. First, they protect smokers themselves. Second, they protect non-smokers — especially waiters and bartenders — from secondhand smoke. Third, they encourage people to quit or smoke less by making it more difficult for people to find place to light up.

Smoke-free laws have other healthy side effects, says Tom Glynn of the American Cancer Society. They also reduce the risk of lung cancer, although more slowly.

Preventing heart attacks can save money.

Cardiovascular disease costs the country $475.3 billion a year, both in direct costs, such as hospital stays, and indirect costs, such as missed work, Goff says. It costs at least $14,000 to treat one heart attack patient in the hospital, says Goff, who says that cardiac rehab, medication and other care cost even more.

“Really pushing strong smoke-free policies has a huge effect on health care costs by simply avoiding disease,” Glantz says.

Thirty-one states now forbid smoking in workplaces, restaurants or bars, according to the American Nonsmokers’ Rights Foundation. About one in five adults smoke, according to the Centers for Disease Control and Prevention.

Wacana Ilmuan:
Salah satu kelemahan Malaysia, samada dari sudut rakyatnya atau pemerintahnya ialah kelemahan dalam mempraktikkan sesuatu. Malaysia gagal mengenakan undang-undang merokok di tempat-tempat awam.
Walaupun saya bukan perokok, tapi saya terpaksa merokok dan dipaksa berbuat demikian. Di Malaysia kanak-kanak berumur 2 sehari telah merokok. Ini kerana rata-rata rakyat Malaysia tidak sensitif dengan kesihatan. Sudahlah mereka menjahanamkan diri mereka, kita yang tak merokok ni juga di jahanamkan oleh mereka ditempat-tempat awam.
Orang yang tidak merokok akan terpaksa merokok bila mereka ke restoran, stesyen bas dan lain-lain. Yang lebih hebat lagi bila hari raya ni, semua berkumpul dan menghirup asap rokok, orang kata jin yang suka hidu asap, emm nampaknya glongan ni pun termasuk dalam kalangan jin.
Ramai pula yang merokok dalam rumah, yang ada disana ialah isteri, nenek anak-anak kecil yang tak berdosa. Semuanya terpaksa merokok. Sehari ssebelum raya saya berbual dengn beberapa orang kerabat di sebuah restoran. Mereka berserban, berjanggut dan baru balik dari masjid. Ektiviti mereka seterusnya ialah bersanta di kedai kopi dengan menghabiskan beberapa puntung rokok. Tajuk perbincangan ialah perjuangan islam dan perlaksanaan hukum Islam. Kata hati saya, ooo sebab tu lah Islam tak terdaulat di tanah air ku tercinta ini…

PERASAN TAK BAHAWA HARGA ROKOK TAK PERNAH NAIK?? JANGAN TERKEJUT!! DI AWAL TAHUN 80aN SEKOTAK ROKOK JENAMA TERKENAL 20 BATANG RM3.50. sEKARANG NI PULA 9.00. SEDANGKAN HARGA GANDUM AWAL 80an LEBIHKURANG RM0.50 SEKILO DAN SEKARANG RM1.50. MANA ADA PERTAMBAHAN, SAME LAH TU

Pandangan anda dihargai

Selamat Hari Raya Adil Fitri
Semoga Syawal Disambut Dengan Bahagia
DiJemput Kepada Semua Sahabat Untuk Menziarahi Saya Di Jerteh Terengganu.
Hubungi 019-277-3619