Selamat Kembali Bertugas

Suasana raya masih terasa di kampung dengan kehadiran banyak kenderaan bersimpang siur. Kampung yang sepatutnya menjadi tempat rehat warga kota, tiba-tiba bertukar kepada keadaan bandar yang kelam kabut. Bebarapa hari lepas saya terpaksa mengambil masa 4 jam untuk ke Kota Bharu sedangkan biasanya saya hanya perlukan masa sejam.

Yang agak menambahkan kerimasan saya ialah tindakan ramai pemandu yang memotong Q, mereka tak malu-malu untuk meyelesaikan masaalah mereka dengan meninggalkan orang yang patuh kepada undang-undang untuk terus menunggu. Sampai bila kita boleh bersabar? Tak hairanlah kalau kejahatan seringkali dibalas dengan kejahatan serupa, akibatnya makin ramai orang yang melanggar peraturan jalan raya.

Untuk para sahabat saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan, pandulah dengan berhemah dan berhati-hati, saya doakan kita semua selamat kembali ke destinasi dan memulakan tugas dengan selamat, amin ya rabbal alamin.
Pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *