Peluru Berpandu Iran

Ditengah-tengah tekanan Amerika dan Israel terhadap program senjata nuklear Iran, kerajaan negara itu bertindak mengadakan latihan tentera selama 3 hari. Kedua-dua musuh ketat Iran itu menjangkakan pada 2010 Iran akan mampu mengeluarkan senjata nuklearnya sendiri. Para penganalisis menjangkakan Israel sedang membuat kajian tentang kemungkinan menyerang Iran sebelum negara itu mampu mengeluarkan senjata nuklear.


Disinilah dikatakan terletaknya reaktor nuklear Iran

Bagi memberi amaran kepada Israel dan Amerika, Iran telah menonjolkan kekuatan tenteranya dengan melancarkan 3 buah peluru berpandu buatnnya sendiri. Peluru berpandu itu pula mampu untuk mengenai sasaran sejauh 2000km. Mampukah latihan itu memberi mesej yang boleh difahami oleh Amerika dan Isreal?
Masa akan menjawabnya.

Pandangan anda dihargai

2 Replies to “”

  1. Dah berulangkali Pihak barat memudaratkan pemerintahan Kerajaan Islam dengan menghasut dan mengapi-apikan rakyat Negara Islam. Dari anggapan saya sekiranya rakyat tidak menyokong bagaimana hendak berperang atau mempertahanankan diri? Iran patut menyelesaikan masalah dalaman baru berhasil modernasi ketenteraan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *