Antara Pesta Tanglung dan Solat depan Capitol Hill

Tengok berita yang saya siarkan di bawah. Saya rasa agak menarik jugak. Tengok, bagaimana kerajaan kita semakin terpaksa ambil hati bukan Melayu untuk memenangi hati mereka. Sedikit demi sedikit kaum bukan Melayu memaksa masyarakat Malaysia menerima kewujudan mereka sebagai rakyat Malaysia. Dan begitulah seterusnya…

Keadaan yang sama berlaku di Amerika. Sedikit demi sedikit masyarakat Islam Amerika menguasai keadaan dan memaksa masyarakat Amerika mengiktiraf kewujudan mereka disana.
Kalau peristiwa solat Jumaat seperti ini berlaku di Malaysia, apa yang riuh dibincangkan ialah sahke solat Jumaat bukan di Masjid? Apa takrif masjid? Cukup ke 40 orang makmum bermustautin?

Dunia ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Jika hari ini umat Islam di Amerika lemah dan berkerja keras meningkatkan pengauh mereka disana, maka tidak mustahil mereka akan sampai ke mercu kekuasaan suatu hari nanti. Undang-undang yang sama berlaku kepada orang di Malaysia. Allah menetapkan bahawa kaum yang kuat akan menguasai dan kaum yang lemah akan dikuasai. Itulah undang-undang alam yang akan terus berlaku.

Oleh itu, para ulamak, pemimpin dan pendidik, bahkan semua umat Muhammad di gesa membina didalam diri umah ini punca-punca kekuatan dan menghindari punca keruntuhan dan kelemahan. Inilah dia anggungjawab kita, tidak siapapun yang terlepas dari tanggungjawab ini.

Pandangan anda dihargai

2 Replies to “”

  1. Saya setuju dengan pandangan Ustaz. Begitulah nasib kita semakin hari semakin lemah disebab kan perpecahan sesama kita. Semoga Allah memberi kesederaan kepada semua pemimpin dan umat Islam diMalaysia untuk bersatu secepat mungkin sebelum kehancuran melanda kita disebabkan kita hilang kekuatan. Orang tua kita berpesan bersatu teguh becerai runtuh. Pilih mana yang kita suka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *