Issunya, Negara & Kepimpinan Islam Bukan Mengkufurkan

BULETIN الحضارة~*BIL:69/Syawal 1430

AL–HADHARAH

………………………Bila saya mengatakan kerajaan yang ada sekarang bukan sebuah kerajaan Islam adalah merujuk kepada sistem yang terpakai dalam pemerintahannya bukan diri individu-individu tersebut samada PM atau Agung serta kabinetnya. Saya bersetuju dengan komen saudara kita pensyarah di Bangi, kita tidak boleh mudah mengkafirkan saudara sesama Islam semudah meminum secawan kopi. Cuba baca betul-betul, saya pun tidak kafirkan orang Islam, selagi zahirnya mengucap 2 kalimah syahadah dan dia mengaku Islam tidak melakukan perbuatan syirik. Soal mereka tidak melaksanakan perintah-perintah Allah swt seperti solat dan undang-undang itu terpulang kepada diri masing-masing samada kejahilan, kelemahan, malas, tak sedar, masih jadi `hamba orang putih` atau memang dia tahu kata salah tapi sengaja tak mau juga, itu semua urusan mereka sendiri dengan Allah swt. Darah mereka tetap haram kita tumpahkan, saya menolak perjuangan cara Osama Ben Laden. Kita yang dah mengaku Islam insyaAllah faham pula, teruskan kerja kita.

Dan saya suka untuk menambah serta mengulangi lagi di sini bahawa sistem demokrasi yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana pun dalam dunia ini bukanlah sistem Islam (sistem kafir). Kita tidak pula boleh mengatakan sistem itu berasal atau sebahagian dari ajaran Islam. Jika ada gerakan Islam seperti Ikhwan menyertai pilihanraya hanyalah mengambil peluang menyampaikan dakwah dalam ruang demokrasi sahaja. Kepada seorang Ustaz yang mengecil-ngecilkan perjuangan Ikhwan di Mesir hingga sanggup pula nak bawa saya pi melawat Qairo untuk buktikan kegagalan mereka di sana berbanding PAS yang `berjaya` di sini, saya ucap terimakasih kepada beliau. …. Begitu juga Kelantan dan Kedah hanya negeri ummat Islam bukan lagi negeri atau wilayah Islam. Dalam konteks ini kedudukan PAS dan UMNO, 2 x 5 saja, masih bergayut dan mengharapkan ehsan berhala demokrasi.

Ada yang mempertahankan bahawa PAS berbeza dengan UMNO dari sudut dasar parti masing-masing berbeza. PAS dikatakan berdasarkan Islam dan termaktub dalam buku perlembagaannya. ……………………………………………………………………………………………………………………..

Seterusnya kepada penganut sekular Artatuk yang mengisytiharkan peperangan terhadap golongan seperti saya, saya nak bagi tau jika kamu berperang dengan saya, tidak ada masalah… , ………..

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Wacana Ilmuan:

Salam alaikum.
Dengan penuh rasa rendah diri saya sekali lagi menghantar komen, saya rasa sayalah pensyarah di Bangi yang tuan maksudkan.

Nampaknya kita ada titik persefahaman.

Pertama: Kita sepakat bahawa negara Malaysia tidak mengamalkan perlaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya.

Kedua: Perdana Menteri Malaysia dan Agong adalah muslim dan tidak dipertikaikan keislaman mereka.

Dalam masa yang sama kita ada titik perbezaan. Tuan menganggap demokrasi adalah sistem taghut yang bila diamalkan negara akan menjadi negara bukan Islam.

Disini saya berselisih dengan saudara. Saya tidak menganggap demokrasi yang diamalkan di Malaysia sebagai satu yang bercanggah dengan Islam dan disifatkan sebagai kufur. Disebabkan tuan medakwa ianya sistem kufur maka bolehkah tuan bagikan hujah-hujah tentang kekufuran demokrasi yang di amalkan di Malaysia.?

Adalah tidak cukup dengan hanya sesuatu yang datang dari orang bukan Islam terus dianggap salah atau kufur. Ini kerana persoalan pemerintahan adalah bukan dari perkara yang melibatkan hubungan dengan Allah secara terus atau tidak termasuk dalam amalan yang diistilahkan oleh ulamak sebagai perkara ibadat.

Contohnya orang Islam membentuk pasukan bolasepak sama dengan sistem yang diasaskan oleh orang bukan Islam, bahkan sukan itu sendiri bukan dari orang Islam.

Mungkin contoh itu tidak menggembirakan saudara kerana pemerintahan berbeza dengan sukan. Oleh itu contoh kedua ialah orang-orang Islam menaiki kenderaan moden yang dibina di barat bukan Islam. Begitu juga dengan sistem pendidikan.

Mekanisma memerintah negara tidak diterangkan dengan terperinci oleh Rasulullah kerana ianya termasuk dalam perkara yang boleh berubah dan mengikut peredaran zaman.

Sebab itulah perlantikan Khulafa’ al Rasyidin sendiri menggunakan berbagai teknik. Ingin juga saya jelaskan bahawa kerajaan Othmaniah yang tuan katakan Khalifah Islam tu (saya pun kata camtu) adalah pemerintahan keluarga. Keluarga Othman. Bukan begitu? Bila masa Khulafa’ al Rasyidin bina negara berdasarkan pemerintahan keluarga? Tapi kerajaan Othmaniah masih dianggap kerajaan Islam.

Sekali lagi saya minta maaf dengan komen yang panjang ini, tapi sebelum beredar ingin saya nasihatkan saudara supaya tidak menggunakan kenyataan umum yang mengelirukan. Seperti:

“Akhirnya kepada yang dok melilau berpusing-pusing tak jumpa pintu hanya nampak tingkap sahaja, lalu terpa masuk juga walaupun hanya jendela jamban dan lubang-lubang wap najis, bagaimana nak menegakkan kembali Negara Islam seperti di Madinah zaman Rasullullah saw? Dengan lafaz “Bismillahirahmanirahim” Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih, pintunya ialah apabila kita membina kembali Hadharah Islamiyyah di tempat atau kedudukan kita masing-masing sebagai individu muslim, bapa muslim, ibu-ibu muslimah, pemuda dan pemudi muslim, anak-anak dan pelajar muslim dan sebagainya.”
Pandangan anda dihargai

2 Replies to “”

  1. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah menetapkan mekanisme pemerintahan. Iaitu Al-Quran dan Sunnah.

    Kalamullah dan Sunnah Rasulullah Tetap sentiasa (Selain unsur-unsur Bi'daah yang perlu dihapuskan). Masa berubah. Adakah ingin berkata Kedua-dua sumber ini tidak sesuai dengan keadaan sekarang? Sesungguh Allah S.W.T tetap menyempurnakan Agama Islam, Rasulullah telah mentadbir Negara Islam dengan menggunkan Kalamullah sebagai Landasnya.

    Rasulullah ditolong oleh seseorang berbangsa farsi bernama Salman untuk mempertahankan Madinah pada Peperangan Ghazwah al-Khandaq. Adakah dikatakan taktik peperangan ini tidak boleh digunakan? Kerana ia berasal dari Negeri Majusi? Jangan la Haramkan benda yang tidak diharamkan. Banyak lagi contoh tapi harap ini dapat menunjukkan bahawa apabila sesuatu itu melanggar atau bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah makna Haram bukan?

    Pemerintahan berkeluarga bukan bermakna ia tidak diterima sebagai negara Islam. Kita perlu melihat dengan teliti. Contoh terbaik? Umar bin Abdul Aziz.Berketurunan Bani Umaiyyah bertalian darah dengan Khalifah Suleiman sebelumnya walaupun dia di pilih. Pada pendapat saya, pemerintahan yang berlandaskan Hukum-hukum Allah S.W.T boleh di tafsirkan sebagai Negara Islam.

    Sabda Rasulullah "Pegang la kepada Sunnah ku, dan Sunnah Khalifah Ar-Rashidun , Berhati-hati lah dengan ciptaan baru dalam agama Islam, sesungguh setiap ciptaan baru adalah bi'daah dan setiap bi'daah adalah kesesatan dan setiap kesesatan adalah jalan ke Neraka Jahannam. (Bukhari dan Muslim). Demokrasi bercanggah dengan Hukum-hukum Allah S.W.T. tiada pertikaian. Bukankah tidak? Islam sempurna mengapa mencari-cari?

    Saya amat bersetuju dengan ungkapan ini "pintunya ialah apabila kita membina kembali Hadharah Islamiyyah di tempat atau kedudukan kita masing-masing sebagai individu muslim, bapa muslim, ibu-ibu muslimah, pemuda dan pemudi muslim, anak-anak dan pelajar muslim dan sebagainya."

    Sekira ada Salah, sila betulkan saya.

  2. 'Sekira ada Salah, sila betulkan saya': pada mulanya saya tidak mahu membalas komen saudara, tapi bila saya membaca ungkapan saudara diatas, saya dapat merasakan keikhlasan saudara untuk bertukar fikiran.

    Saya ingin mencadangkan supaya kita membincangkan sesuatu tajuk secara terarah, barulah perbincangan kita tidak tersasar. Terima kasih banyak kerana bagi komen dan hidupkan perbincangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *