Banjir di Filipina: 240 Korban

Melihat banjir di Filipina, saya terkenang pada zaman kanak-kanak dulu. Musim banjir di Pantai Timur adalah musim pesta. Kanak-kanak menunggu-nunggu dengan penuh semangat. Main hujan sambil berbasikal, atau rakit batang pisang bagi kanak-kanak dan rakit buluh bagi orang dewasa.

Musim banjir juga menjanjikan sajian yang enak, pada waktu itulah ada orang yang pandai boleh menangkap udang galah di sungai2 berdekatan. Burung Ayaman, Sita dan Ruak(bahasa Kelantan) amat mudah didapati. Saya pernah kesawah pukul 3 pagii bersama datuk saya untuk menangkap burung-burung tersebut dan kami hanya perlu memanggil menggunakan seruling dan mereka akan datang melanggar pukat yang direntangkan. Adapun ikan usah dicakapkan lagi, pernah juga datuk saya bawak balik mana yang larat di bawa sahaja kerana terlalu banyak ikan yang mengena.

Apa yang dibanggakan juga ialah semua haiwan itu organik. Hidup secara tabie dan tidak diberikan sebarang hormon dan ubat. Oleh itu rasanya amat berlainan dengan yang ada pada hari ini. Ikan keli yang bila digoreng, semerbaklah baunya. Rasanya pula amat lazat sakali. Saya percaya ada kawan-kawan yang bila disebut begini, meleleh air liur mereka.

Berbeza benar nampanya negra kita dengan negara orang, rahmatnya Allah pada kita semua, banjirpun di hantarnya yang kecil-kecil sahaja. Kalau yang lemas pun hanya yang tergelincir atau sengaja pergi berenang di tempat bahaya.

Terlanjur cerita pasal nikmat Allah pada kita, saya nak juga sebut satu nikmat yang selalu sangat orang Malaysia lupakan. Saya kira nikmat ni antara nikmat terbesar juga. Nikmat yang saya maksudkan disini ialah nikmat memerintah. Saya katakan ianya antara nikmat terbesar juga kerana ianya disebut dalam alquran.

Allah menerangkan maksudnya:
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman, Allah akan jadikan mereka khalifah dibumi ini.

Umat Islam di Filipina dikuasai oleh Kristian, di Thailand di perintah oleh Budha, Myanmar di kuasai oleh diktator tentera. D Singapura juga umat Islam telah di tairk nikmat memerintah. Oleh itu banyak polisi negara-negara yang saya sbutkan ini tidak memihak kepada umat Islam.

Mujurlah di Malaysia kuasa Islam masih tertegak. Walaupun tahap perlaksanaannya masih boleh diperbaiki, tapi amat jauh bezanya antara Muslim dan bukan Muslim. Mujurlah kita masih diberi kekuasaan dan pemerintahan, orang yang paling mesti bersyukur dalam bab ni ialah orang Melayu.

Hasil pemerintahan Malaysia diketuai oleh Melayu, maka banyaklah diberikan keistimewaan kepada orang Melayu. Tambahan pula kedudukan ekonomi orang Melayu masih lemah. Apa yang saya sebut disini bukan kempen pilihanraya, tap saya ingin menyebutnya sebagai mengimbangi semagat sebahagian rakyat menentang kepimpinan yang ada. Bagi saya tidak salah menentang selagi dalam ruang demokrasi, tapi dalam masa yang sama ingatlah pada nikmat memerintah ini, jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran.

Pandangan anda dihargai

2 Replies to “”

  1. Begitulah kita, memang jarang menghargai nikmat yang ada hingga menganggap itu semua memang hak kita untuk selamanya. Celik celik mata dah tersedia , tak perlu cari dan bersusah susah nak dapatkan. Lupa nikmat yang diberi Allah hanya sementara dan jika tidak diperlihara dengan betul boleh hilang. Umpama wang dan harta kalau tak jaga betul, boleh hilang sekelip mata dengan berbagai cara, curi, kebakaran, becana alam dan sebagainya.Kadang kadang nikmat seperti kesihatan pun boleh hilang juga walaupun kita jaga dengan berbagai cara makanan dan senaman. Yang sedihnya nikmat pemerintahan yang ada mahu dimusnahkan dengan bantuan bukan Islam yang terang terang menentang Islam. Tidak bolehkah kita memperbaiki kelemahan yang ada supaya nikmat itu dapat dikekalkan dan ditambah baik. Hanya disebabkan pernah gagal dahulu maka tak perlu cuba lagi. Fikirkan, kalaulah pereka kapal terbang dahulu berhenti mereka kapal terbang disebabkan dia jatuh dalam percubaan, kita tidak akan dapat menikmati perjalan diudara yang begitu menajubkan. Entah berapa kali dia jatuh kita tak akan tahu, tapi hasilnya sangat bermanfaat pada kita. Jadi kita mesti berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan permerintahan yang ada supaya nikmat memerintah tidak hilang ke tangan orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *