Noordin Mat Top: Kematian Yang Menyedihkan

Sebenarnya saya mula mendengar kematian Noordin Mat Top melalui radio 24. Ketika itu saya sedang keluar dari KL menuju Terengganu. Saya sebenarnya baru saja terfikir dengan nasib orang yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Indonesia itu. Terus terang saya katakan kematiannya amat menyedihkan saya. Mungkin pembaca tertanya-tanya mengapakah anada sedih dengan kematiannya? Bukankah dia seorang pengganas? Ada pula yang akan berkata: Ya memang menyedihkan dia adalah seorang pejuanag.

Pada hakikatnya kematian dan pembunuhan Noordin Mat Top menedihkan saya kerana dua faktor pertama:

Pertama:Kerana pihak berkuasa Indonesia hanya menggunakan cara kekerasan untuk menangani isu ekstrimis disana. Mereka tidak diberi langsung peluang untuk bertaubat atau dipulihkan. Sepatutnya kerajaan Indonesia mengeluarkan tawaran bertaubat untuk beliau dan orang-orang seperti beliau kembali kepangkuan masyarakat.

Fenomena pelampau mudah berlaku dalam suasana ketidak adilan yang sememangnya jelas kelihatan. Lihat bagaimana dalam entry lepas saya memaparkan mangsa serangan Amerika di Somalia. Ketika umat Islam dibunuh dan dihina, seluruh isi dunia senyap memerhatikannya dengan jiwa yang beku. Akibatnya ada segelintir anak muda yang bangkit menyatakan kemarahan mereka dengan jalan serupa.

Sepatutnya orang-orang seperti ini perlu diajak berunding dan dipulihkan bukan diburu dan dibunuh. Lagipun setakat mana mampu orang-orang ini diburu? Noordin saja berjaya menyelinap selama 9 tahun. Pastikah pihak berkuasa bahawa selepas ini tidak ada Noordin lain yang akan muncul? Persoalan keganasan ialah persoalan kefahaman maka ianya perlu dihadapi dengan kefahaman juga.

Kedua:Saya juga sedih kerana ramai orang yang mencintai Islam dan ingin menyumbang kepada agama ini, tapi kebanyakan mereka jahil tentang hakikat agama tercinta ini. Ramai yang menyangka apabila mereka menyumbang, maka tanggungjawab mereka akan selesai disisi Allah. Mereka tidak memperuntukkan masa memahami isi tuntutan agama.

Golongan ekstrimis kebanyakannya mempunyai niat yang ikhlas untuk membela Islam. Tapi sayangnya kebanyakan mereka tidak berilmu. Mereka menyangka perbuatan mereka itu adalah perjuangan yang disuruh oleh Islam sedangkan hakikatnya sebaliknya.

Golongan ini kebanyakannya lahir dari tanggapan mereka yang salah tentang hakikat negara Islam, pemerintahan dan sistem pentadbiran Islam. Kebanyakannya menganggap kerajaan sekarang adalah kufur dan sistem yang menguasai mereka adalah sistem kufur yang menyerupai kerajaan Quraish yang menentang nabi s.a.w.

Ajaran yang ekstrim timbul dengan mengkafirkan pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Islam walaupun pemerintah itu mengaku beragama Islam. Mereka mengkafirkan kumpulan nasionalis dan menyesatkan mereka. Sebenarnya semangat mereka untuk menegakkan Islam amat mulia, tapi bila dicampurkan dengan kejahilan telah membawa perjuangan mereka kearah yang memecahbelahkan umat Islam.

Alangkah perlunya umat Islam kepada kebangkitan ulamak yang menerangkan keadaan sebenar. Ulamak yang saya maksudkan disini ialah ulamak yang menggunakan manhaj wasatiah, golongan sederhana yang tidak mengejar pangkat, kedudukan, pengaruh, harta dan pujian. Telah sekian lama aliran-aliran yang tidak bertanggungjawab telah menarik keperihatinan umat ini bersimpati dengan mereka, lalu akhirnya umat ini telah dipergunakan atas nama agama, atas nama menegakkan negara Islam, atas nama sunnah dan atas nama kecintaan kepada Rasul, sedangkan terselindung disebaliknya tujuan peribadi yang menggunung…ya Allah rahmatilah umat ini …ya Allah pimpinlah kami dalam kemelut ini…Amin ya Rabbal Alamin.

Pandangan anda dihargai

Nyawa Muslimin Terlalu Murah

Deretan mayat di atas adalah merupakan mangsa serangan udara tentera Amerika ke atas bandar Muqdisho, Somalia. Amerika yang mengamalkan demokrasi dalam negara mereka tiba-tiba begitu bengis dengan orang-orang Islam seluruh dunia. Mereka juga sengaja menunggu-nunggu detik umat Islam seluruh dunia hampir menyambut hariraya.

Melihatkan barisan mayat di atas teringat saya kepada satu ayat quran yang mendedahkan satu hukum alam. Hukum alam yang akan tetap berlaku di sepanjang zaman dan kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir bila mereka menguasai kamu, mereka akan membunuh kamu atau memurtadkan kamu, pada waktu itu kamu tidak akan berjaya lagi.

Ketika kita membaca sejarah, seringkali kita menyangka keganasan orang kafir terhadap orang Islam hanya berlaku dikurun-kurun terdahulu yang dipenuhi dengan kejahilan,. Rupanya sunnah alam yang Allah jelaskan dalam kitabnya adalah panduan buat manusia di sepanjang zaman. Firman Allah bermaksud: Kamu tidak akan dapati pada sunnah Allah sebarang perubahan.

Oleh itu wahai mislimin sedarlah dan hayatilah sunnah alam itu.

Pandangan anda dihargai

Ganyang Malaysia, Mana Ulamak?

Sehingga kini media Malaysia dan Indonesia masih memainkan isu tarian Pandet dan keberangan beberapa kerat rakyat Indonesia. Berbagai ulasan dan pandanan. Saya ada merewang kedalam blog rakyat dari kedua-dua negara, nampaknya isu ini tidak seremeh yang sya sangkakan.

Ramailah manusia yang mula emosi dan memabangkitkan kemarahan, makian, cerita-cerita keburukan satu sama lain. Tidak ubah peristiwa ini persis pergadauhan antara kabilah Aus dan Khazraj di zaman nabi. Fitnah itu ditimbukan oleh kaum munafik yang bertujuan melumpuhkan kesatuan saf Islam yang bersatu.

Jika sekiranya Rasulullah bertindak menyelesaikan masaalah mereka dengan mengembalikan semanga persaudaraan, maka mana pula pewaris rasul yang meneruskan kerja-kerja baginda. Sehingga kini saya masih menanti-nanti media menyiarkan tajuk utama memuatkan kenyataan bernas dari tokoh agama.

Rakyat kedua-dua negara masih subur semangat agamanya, bintang dan pangkat kebesaran bukan sesuatu yang boleh menusuk kedalam hati-hati mereka, tapi sepotong nasihat dari ulamak akan menyapu bersih debu-debu jahiliah yang menutupi cahaya ukhuwah iman.

Yang amat membimbangkan ialah pihak ulamak kurang sensitif dalam menangani masaalah seperti ini, atau dalam takbir yang lebih kasar ialah para ulamak masih terpenjara dengan beberapa isu biasa seperti taharah, haid dan nifas. Isu persaudaraan Islam menjadi maalah yang kurang menarik pula untuk di selesaikan.
Pandangan anda dihargai

Mengharapkan Pahala Amalan

Bolehkah mengharaapkan pahala dari amalan? Tiada siapa yang mengatakan tidak boleh mengharapkan pahala dari amalan. Pesoalan yang dibahaskan ialah manakah yang afdal taat kepada Allah dengan mengharapkan anjaran atau tidak.

Yang jelasnya ialah Allah yang menjanjikan ganjaran bagi yang menaatinya. Pandangan yang mengatakan mengahrapkan ganjaran dari Allah adalah tidak afdal merupakan falsafah yang tidak tepat. Ini kerana merka mengatakan ibadat yang sedemikian masih diperingkat rendah. Yang paling tinggi levelnya ialah taat dan tidak mengharapkan ganjaran.

Lojik yang digunakan tidak tepat, sebenarnya taat kepada Allah dengan mengharapkan ganjaran adalah lebih afdal. Ini kerana ketika manusia mentaati Allah, manusia telah menjelmakan perhambaan yang menjadi maqasid kepada kejadian manusia.

Ketika manusia mengharapkan ganjaran dan balasan sekali laigi manusia menjelmakan sifat hamba yang lemah dan pengharapan kepada Allah. Disini terdapat dua bentuk penjelmaan kepada perhambaan. Sebab itulah quran menyebut ganjaran-ganjaran tersebut dengan banyaknya, (rujuk quran)

Golongan tasawuf falsafah cuba menunjukkan pemikiran mereka lebih tepat tapi sayangnya apa yang dibertahu oleh quran adalah lebih afdal dan tidak bertakaluf.

Pandangan anda dihargai

World’s oldest person dies in Los Angeles at 115

By JOHN ROGERS, Associated Press Writer John Rogers, Associated Press Writer Fri Sep 11, 5:03 pm ET

LOS ANGELES – Although she liked her bacon crispy and her chicken fried, she never drank, smoked or fooled around, Gertrude Baines once said, describing a life that lasted an astonishing 115 years and earned her the title of oldest person on the planet.

It was a title Baines quietly relinquished Friday when she died in her sleep at Western Convalescent Hospital, her home since she gave up living alone at age 107 after breaking a hip.


Wacana Ilmuan:

Kematian adalah satu pengajaran buat kita, bila saya membaca berita ini teringat pula saya kepada satu rangkap syair Arab yang kami belajar masa sekolah menengah dulu:

وكل ابن أنثى إن طالت سلامته يوما على آلة حدباء محمول
Maksudnya:
Dan setiap anak ِِِِAdam itu walaupun sekian lama terselamat dari kematian, tapi hanya sedetik, akhirya di atas keranda dia diusung

Panjang dan pendek umur manusia tidak terlalu penting, apa yang penting ialah apakah sumbangan kita sewaktu kita hidup. Seorang yang banyak sumbangannya dianggap beruntung walaupun umurnya pendek. Cukuplah mati sebagai iktibar…
Sedikit Teguran

BULETIN الحضارة~*BIL:64/Ramadhan 1430

A L – H A D H A R A H
…Nabi Muhammad adalah keturunan bangsawan Quraisy, qabilah yang dihormati dan kebanyakannya adalah `ahli parlimen Mekah` ketika itu (Darul Nadwah). Tidak hairanlah Nabi saw telah ditawarkan oleh pihak kerajaan musyrikeen Mekah melalui `Speaker Parlimen` atau orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Mekah untuk menjadi Raja atau `Prime Minister` tetapi Junjungan Rasul menolaknya dengan hujah atau alasan yang begitu popular yang kita selalu dengarnya “Jika sekiranya matahari diletakkan di sebelah tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan akan perkara ini (perjuangan Islam) nescaya tidak akan aku meninggalkannya”

Kenapa Rasul saw menolaknya…adakah ketika itu Nabi saw tak tahu bersiasah atau berpolitik ? Ini satu persoalan yang para ulama` muhkhlisin kena bincangkan semula. Saya bukanlah seorang ulama`, tetapi sementara menunggu para ulama` bangun dari bilik peraduan atau menungan masing-masing saya lontar sajalah untuk perbincangan saudara ummah semua. Jika salah-silap kat mana-mana pun tanggungjawab mereka yang berilmulah untuk memperbetulkan ummah termasuk saya.

Jika ikut logik pemikiran aliran tempurung demokrasi, seperti kebanyakan mereka yang berjuang Islam melalui pilihanraya, inilah peluang keemasan untuk Nabi berdakwah dalam Parlimen an-Nadwah. Seperti PAS hari ini beria-ia benar nak masuk parlimen untuk berdakwah dalam parlimen sampai seolah-olah tak nampak dah laluan lain. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka yakin bila PAS dapat menguasai majoriti 2/3 kata orang sekarang, maka akan dapatlah Negara Islam `impian PAS` itu terlaksana. Mudah-mudahan PAS tak bermimpi di siang hari…Yang jelas Nabi Muhammad saw menolak cara berfikir dan bertindak sebegitu bagi menegakkan sebuah Daulah atau Hadharah Islamiyyah yang bersifat negara...
http://sanaabel.blogspot.com/

Wacana Ilmuan:

Kata-kata saudara di atas amat menarik perhatian saya. Ini kerana saudara mengaku bukan seorang ulamak tetapi cuba mengupas satu persoalan besar dalam agama.

Adalah tidak adil jika saudara mengupas satu perkara sensitif agama hanya atas alasan para ulamak tidak berbuat demikian. Sebenarnya tuduhan tersebut adalah satu yang tidak benar terhadap ulamak kerana berbagai usaha dakwah telah dilakukan, jika dikatakan ianya perlu ditingkatkan maka ianya lebih tepat.

Tindakan seorang yang bukan ulamak tetapi cuba mengupas isu-isu agama adalah satu percubaan yang membahayakan diri saudara dan masyarakat.

Bahaya pertama berlaku apabila saudara terdedah kepada kesilapan-kesilapan yang besar yang tidak sepatutnya dilakukan sewaktu mengupas isu penting. Memang seseorang mujtahid bila berijtihad dikira mendapat pahala walaupun mereka tersilap, tapi jika yang tersalah ialah seseorang yang mencerobohi ruang yang tidak dikuasainya maka ianya bukan kesalahan yang dimaafkan.

Bahaya kedua pula dipikul oleh masyrakat apabila orang yang jahil tentang perkara ugama cuba mengupas isu-isu agama dan menganalisa sesuatu polemik dengan berbekalkan semangat yang menyala-nya tapi tidak disuluh dengan kaedah dan panduan analisa yang ada dalam syariah.

Pengakuan saudara bahawa saudara bukanlah seorang yang ahli dalam agama memang dapat saya tanggapi apabila saudara tidk dapat memahami mengapa nabi Muhammad s.a.w menolak kuasa yang diberikan oleh orang-orang Quraish.

Dari tulisan saudara, saya dapat fahami bahawa saudara tidak dapat membezakan antara kerajaan Quraish dan kerajaan sekarang. Mungkin tidak keterlaluan jika saya simpulkan bahawa saudara terkeliru lalu membuat keputusan bahawa kerajaan sekarang sama kufurnya dengan kerajaan Quraish.

Bagaimana boleh disamakan kerajaan Quraish yang menolak asas-asas tauhid, menolak keimanan kepada Allah dan rasulnya dengan kerajaan umat Islam yang mengamalkan demokrasi.

Saudara, perbuatan mengkufurkan seseorang dan kumpulan memerlukan pertimbangan yang tidak semudah menghirup segelas kopi bersama kawan-kawan. Ianya satu amanah yang memerlukan kepandaian, ilmu, kajian dan pengkhususan. Tindakan mengkafirkan atau menyesatkan ini adalah satu gelombang yang telah dilalui oleh gerakan Islam dan menjadi sejarah yang perlu dijadikan iktibar.

Dr Yusuf Qardawi yang saudara petik kata-katanya menolak perbuatan mengkufurkan orang-orang yang mengaku Islam secara mudah. Beliau juga telah menyataan bahawa jika ianya dilakukan oleh gerakan Islam suatu ketika dulu, maka kesalahan itu tidak perlu diulangi.

Yusuf Qardawi menjelaskan dengan panjang lebar dalam kitabnya Fatawa Muasirah bahwa Ahlu Sunnah wal Jamaah tidak mengkafirkan golongan orang yang mengaku Islam.

Yusuf Qardawi juga telah menyatakan bahawa tindakan Sayed Qutub yang mengkafirkan pemerintah zalim dizamannya perlu diperbetulkan.

Saudara, jika saudara diawal tulisan telah mengaku bukan seorang yang arif,maka tinggalkanlah perkra ini untuk ditangani oleh ulamak yang berkemampuan. Buatlah kerja-kerja yang diyakini berada dalam bidang saudara mudah-mudahan sumbangan membangunkan Islam itu akan menjadi satu amal soleh yang diterima oleh Allah, Amin.

Pandangan anda dihargai

Belajar Bahasa Arab (1)

Seorang kawan bertanyakan saya melalui sms, macam mana nak belajar cakap Arab? Saya katakan, nanti saya jawab dalam blog. Sebenarnya beberapa panduan belajar bahasa telah saya tulis dalam blog ni.

Ok, sebelum kita belajar sesuatu, kita perlu buat objektifnya dahulu. Ada berbagi tujuan apabila seseorang ingin belajar bahasa. Ada yang belajar kerana mahu faham quran, ada yang belajar kerana ada business di negara Arab. Tidak kurang juga yang belajar sebagai hobi saja. Satu objektif yang tak perlu ialah bila seseorang belajar bahasa Arab sebab nak jawab soalan mukar nakir dalam kubur.

Ekek…tak payah amal soleh pakai bahasa Arab power boleh lepas…kalau macam tu semua orang Arab boleh masyuk syurga…tapi kena ingat…kalau dalam syurga cakap Arab pastu dalam neraka cakap apa?? Takan bahasa Melayu kot?! Setakat yang saya tahu, tak ada dalil tentang dalam syurga cakap Arab, yang penting dapat masuk, cakap bahasa apa tu saya tak pentingkan sangat.

Kawan yang bertanya ni pula bukan dalam jurusan agama, saya kurang pasti jurusan apa, kalau tak silap komputer progremer. Dia juga bekerja di Malaysia. Saya faham benar dengan keperluanya. Apa yang saya dapat tanggapi ialah keperluannya disekitar kefahaman agama dan quran sahaja.

Bila kita sudah tahu apakah objektifnya maka kita mula mengatur strategi. Bagi yang bujang strategi paling mudah belajar bahasa Arab ialah kawn dengan orang Arab, tapi malangnya kawan saya ini telah berkahwin. Strategi itu tidak boleh digunakan lagi.
bersambung…

Pandangan anda dihargai

Banjir Kilat di Turki

Siapa kata angka sembilan membawa tuah? Lihatlah apa yang terjadi pada 09/09/09. Sehingga kini angka banjir kilat di Turki dilaporkan seramai 30 orang. Banji kilat ini berlaku akibat hujan lebat di Istanbuldan beberapa kawasan lain. Kita doakan untuk mereka diampunkan dosa dan di selamatkan insyaAllah, amin ya rab.

Pandangan anda dihargai

Solat Jumaat di negara bukan Islam

Hidup dalam negara Islam adalah satu nikmat yang amat besar bagi umat Islam. Ini kerana akidah dan ibadat umat Islam akan dilindungi oleh negara yang mempunyai institusi berkuasa terhadap sebarang penyelewengan dan membendung kesesatan. Amalan ibadat asas dalam Islam juga turut di beri perhatian oleh negara.

Malangnya sebahagian umat Islam terpaksa hidup di dalam negara bukan Islam. Keadaan ini merupakan pengecualian dan bukan keadaan asal. Dalam ertikata lain umat Islam tidak dibenarkan untuk menetap dan mendapat kerakyatan negara2 bukan Islam kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Tindakan tersebut berada dibawah hukum rukhsah bagi yang terpaksa.

Salah satu masaalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di negara bukn Islam ialah solat Jumaat. Ramai umat Islam yang bertahun-tahun tidak menunaikan solat Jumaat kerana ketiadaan masjid. Lebih malang lagi sekiranya tujuan mereka berada disana bukan kerana sebab yang perlu seperti belajar atau mencari perlindungan. Ramai yang mengalami situasi ini hanya kerana bekerja. Mereka inginkan gaji yang lebih banyak walaupun terpaksa hidup dibawah penguasaan negara kafir. Akibatnya ramai dikalangan anak-anak orang Islam yang tidak pandai bersyahadah.

Pada hakikatnya mengerjakan solat Jumaat tidaklah terlalu sukar, jika penyelesaian yang diberikan tidak terikat dengan mazhab tertentu, sebaliknya melihat kepada dlil dan kesesuaian keadaan. Persoalan pertama tentang solat Jumaat ialah bilangan jemaah tidak sampai 40 orang. Masaalah kedua ialah bolehkah sembahyang Jumaat didirikan bukan di Masjid.

Setelah sya meneliti tentang bilngan 40, saya dapati tidak ada hujjah yang benar2 terang dalam mewajibkan 40 orang jemaah, kerana itulah ulamak bersalahan pendapat sehingga ada yang mengatakan ianya berlaku dengan seorang imam dan seorang makmum. Saya tidak bercadang untuk membincangkan secara teperinci kerana ianya boleh dirujuk pada kitab2 berkenaan.

Apa yang saya mahu jelaskan ialah, adalah tidak tepat jika kita mengabaikan tuntutan solat Jumaat yang bersifat qatie hanya kerana tidak memenuhi syarat yang dibina diatas dasar zanni. Tambahan pula jika ianya melibatkan peningalan yang berterusan. Oleh itu, sepatutnya orang Islam luar negeri boleh mendirikan solat Jumaat selagi mana mereka boleh berjemaah.

Satu persoalan lagi ialah bolehkah mereka mengerjakan solat Jumaat bukan di masjid? Bagi menyelesaikan masaalah ini Dr Wahbah Zuhaili mencadangkan agar umat Islam di negara bukan Islam agar terus melakukan solat Jumaat walaupun bukan di kawasan masjid yang khusus.Bagi tidak memanjangkan entry ini rasanya cukup sekadar itu saja jawapan saya tentang solat Jumaat di negara bukan Islam.

Peperangan Badar al Kubra

Peperangan badar berlaku pada 17 Ramadan pada tahun ke dua hijrah. Peristiwa peperangan Badar seperti juga setiap detik dari kehidupan Baginda s.a.w mengandungi 1001 macam pengajaran berguna buat manusia.

Disinilah terserlahnya rahsia pengutusan rasul dari kalangan manusia sendiri. Kalau nabi tu malaikat, sudah tentu baginda tidak perlu berperang atau bersusah payah mengatur strategi dan merancang segala macam taktik bagi mengalahkan musuh.

Lihatlah, walaupun baginda merupakan seorang rasul yang menerima wahyu, tapi baginda mengatur strategi perang dan melakukan persediaan sebelum berperang. Dalam semua keadaan ini baginda bermusyarat dengan sahabat baginda s.a.w. Jika difahami sekali imbas, mengapa pula baginda bertanya kepada sahabat tentang langkah menghadapi musuh? Bukankah baginda ada wahyu yang memandu dan mengajar? Mengapa allah tidak turunkan arahan dalam memandu mereka dalamsetiap pergerakan dan langkah? Bukankan inilah saat genting umat Islam menghadapi musuh?

Tidak kurang juga dikalangan pencinta Islam yang menjadikan peristiwa Badar sebagai hujjah untuk menolak keterlibatan dalam sistem demokrasi. Kata mereka ‘Islam tidak mementingkan bilangan, lihatlah bilangan orang Islam dan kafir dalam peperangan itu. Islam mementingkan kualiti, sementara kuantiti itu tidak penting.

Dengan membuat kesimpulan mudah itu tadi pihak ini mengistiharkan perang kepada gerakan yang menggunakan demokrasi sebagai jalan untuk menyampaikan apa yang dirasakan baik oleh mereka. Apa yang saya dapat simpulkan ialah mudahnya sesetengah orang membuat kesimpulan dalam perkara agama. Apabila mereka telah mempunyai pendirian tertentu, maka setiap berita dan ceita yang diraskan sesuai untuk menyokong hujah mereka akan disorotkan sebagai dalil…alangkah perlunya umat ini pada tajdid dan kupasan berkecuali…semoga dapat dilanjutkan lagi perbincangan ringkas ini.

Pandangan anda dihargai