NATO Mengganas !!!

Pertubuhan NATO (North Atlantic Treaty Organization) telah dibentuk pada tahun 1949 bagi melindungi negara-negara Eropah Barat dari serangan Soviet Union dalam era perang dingin. Perjanjian penubuhannya telah ditandatangani di Washinton pada tahun yang sama. Negara-negara anggota telah sepakat menjadikat ibu negara Belgium sebagai pusat pentadbirannya.

Sehingga kini NATO telah dianggotai oleh 28 buah negara. Negara-negara tersebut ialah Albania, Belgim, Bulgaria, Kanada, Croatia, Republik Czech, Denmark, Estonia, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Iceland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Belanda, Norway, Poland, Portugis, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Turki, United Kingdom, Amerika.

Turki adalah satu-satunya negara Islam dalam pertubuhan tersebut. Setelah era perang dingin berakhir, NATO mula berkonflik dengan negara Islam. NATO telah menunjukkan sikap berat sebelahnya dalam konflik Bosnia bila melengah-lengahkan campurtangannya ketika tentera Serb mengganas dan membunuh orang Islam Bosnia. Apabila berlakunya kemasukan tentera mujahidin Arab bagi menyelamatkan rakyat Bosnia, NATO mengishtiharkan gencatan senjata.

NATO juga mula mengambil alih usaha-usaha penjajahan negara Afghanistan pada tahun 2003. Semenjak itu tentera NATO mula menggempur umat Islam Afghanistan dengan berbagai senjata canggih.

Terbaru, tentera NATO telah melancarkan serangan di wilayah Kunduz menyebabkan kematian 100 orang rakyat Islam Afghanistan yang tidak berdosa. Mereka berada di negara mereka, tiba-tiba tentera asing yang mencanangkan keadilan datang dengan segala macam peralatan ketenteraan mengebom mereka.

Inilah antara contoh keganasan NATO yang telah dilakukan kepada umat Islam Afghanistan pada 4/9/09.

Sifat Buruk Yahudi

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَآجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنزِلَتِ التَّورَاةُ وَالإنجِيلُ إِلاَّ مِن بَعْدِهِ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

هَاأَنتُمْ هَؤُلاء حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِ عِلمٌ فَلِمَ تُحَآجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلاَ نَصْرَانِيًّا وَلَكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَـذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَاللّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya:

[65]Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?

Wacana Ilmuan:

Ayat-ayat dia atas adalah ayat 65-68 daripada surah A’li Imran. Ayat-ayat ini menerangkan sebahagian daripada sifat buruk yang telah dilakukan oleh kaum Bani Israil.

Sifat buruk yang dinyatakan di atas ialah mereka saling mengaku bahawa nabi Ibrahim berada dipihak mereka. Orang-orang Yahudi mendakwa nabi Ibrahim beragama Yahudi. Sementara orang Kristian pula mengaku bahawa nabi Ibrahim beragama Kristian.

Mengapa Allah marah dengan sifat ini sedangkan orang Islam juga mengaku bahawa nabi Ibrahim adalah beragama Islam? Jawapannya ialah kerana Bani Israil dari kedua-dua pihak itu hanya mengaku sahaja sedangkan mereka tidak tahu menahu tentang nabi Ibrahim.

Dakwaan orang Yahudi hanya bagi memenangi perbalahan mereka dengan orang Kristian dan begitu juga sebaliknya. Apa yang sepatutnya mereka lakukan ialah mereka mengkaji apakah hakikat agama nabi Ibrahim, bila mereka dapati nabi Ibrahim adalah nabi yang menyeru kepada tauhid dan menolak syirik maka mereka sepatutnya membuang iktikad syirik yang mereka anuti.

Adapun apa yang dilakukan oleh Yahudi dan Kristian adalah sebaliknya, mereka hanya berbangga dengan nabi itu dan ini tetapi amalan mereka bercanggah dengan amalan nabi-nabi.

Bagi membuktikan sifat buruk mereka itu Allah menyatakan ayat[66]

Kamu telah berbantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (ajaran nabi Musa), maka mengapa kamu membuat dakwaan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Orang-orang Yahudi telah menolak agama nabi Musa bagaimana boleh mereka mendakwa nabi Ibrahim berada dipihak mereka. Orang-orang Kristian pula telah mendakwa nabi Ibrahim dipihak mereka sedangkan mereka menolak kenabian nabi Isa. Oleh itu terdedahlah hakikat dakwaan mereka, mereka bukan mencari kebenaran tetapi sebaliknya hanya mahu mengaburi mata masyarakat.

Setelah mengetahui hakikat ini mudahlah bagi kita untuk memahami firman Allah yang seterusnya yang bermaksud:

[67]Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

Allah menerangkan bagaimana hakikat sebenarnya yang perlu dihayati oleh manusia. Kita bukan bermegah-megah dengan nabi-nabi hanya kerana keturunan, bangsa atau kenegerian, tetapi yang berhak mewarisi kemegahan dan kepimpinan nabi Ibrahim ialah pewaris ketaqwaan dan keimanannya.

[68]Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya – umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.

*Sifat buruk Bani Israil itu tidak dimiliki oleh umat nabi Muhammad kerana umat nabi Muhammad dilindungi daripada kesesatan yang umum. Namun demikian cebisan atau percikan dari sifat itu wujud dan tersebar luas.

Banyak pihak yang mendakwa mewarisi kemegahan dan menisbahkan diri mereka kepada sesuatu yang baik tetapi mereka berbuat demikian bukan untuk mengamalkan hakikat kemurnian ajaran yang dibawa oleh tokoh tertentu, yang mereka inginkan ialah sokongan manusia dan pujian yang membawa pengaruh semata-mata. Alangkah ruginya orang yang bersifat demikian.

*Sebenarnya saya ada menyampaikan kuliah tafsir di masjid tetapi tidak direkodkan. Akibatnya tafsir-tafsir itu tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Seorang kawan mencadangkan agar saya merekodkan kuliah-kuliah tersebut. Hasil dari cadangan itu saya cuba untuk menulis sebahagian dari tafsir-tafsir tersebut untuk tujuan manafaat yang lebih besar. Selain itu diharapkan kepada sesiapa yang mengesan kelemahan dan mempunyai komen untuk tidak keberatan menyatakannya.

Pandangan anda dihargai

H1N1 di Mekah

Islam Online melaporkan berlaku kekurangan terhadap penghuni hotel mewah di tanah suci Mekah sebanyak 40%. Ini adalah berikutan penyakit H1N1 yang menyerang masyarakat dunia hari ini.Kerajaan Arab Saudi juga telah mengeluarkan arahan supaya kanak-kanak 12tahun kebawah dan orang tua 65 tahun keatas tidak hadir ketanah suci. Ini kerana kedua-dua golongan ini mudah dijangkiti kuman. Pihak berkuasa juga mensyaratkan keadaan kesihatan stabil untuk menmasuki negara Saudi.

Satu fenomena yang sebaliknya berlaku, iaitu kehadiran masyarakat golongan ‘biasa’ menyaksikan pertambahan sekali ganda ramainya. Hotel-hotel biasa yang didiami oleh orang kebanyakan menyaksikan peningkatan pengunjung ketika mana hotel mewah mengalami kerugian.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga tidak menjangkakan kehadirn ramai yang melebihi 300,000 orang, sekaligus menolak kemungkinan bilangan pengunjung tanah suci pada Ramadan kali ini berkurangan. Sehingga kini 2000 kes H1N1 telah dilaporkan di Arab Saudi melibatkan 14 kematian.

Kehadiran ramai umat Islam dari golongan biasa disebabkan tindakan banyak syarikat pengurusan haji dan umrah yang bertindak menurunkan harga pakej yang ditawarkan. Para penggunjung yang rata-rata terdiri dari ‘orang biasa’ sanggup menghadapi apasaja risiko asalkan mereka dapat mengerjakan ibadat umrah yang sekian lama dinantikan. Berkata pula sebahagian pegawai haji dan umrah Arab Saudi: Ini buktinya orang kaya takut mati..

Pandangan anda dihargai