Soalan:

Salam Ustaz. Apa pandangan ustaz sesorang yang ingin faqih dalam sesuatu ilmu agama khususnya bidang fiqh amat penting menghafal al Quran. Jika di lihat ulama2 mereka menghafal Quran. Benarkah penguasaan sesuatu ilmu tak lengkap dicapai jika tidak menghafal Quran. Syukran

Jawapan:

Sebenarnya perkataan menghafal merupakan terjemahan kepada perkataan hifzu dalam bahasa Arab. Namun demikian hifzu dalam bahasa Arab maknanya lebih luas. Hifzu bermaksud menjaga supaya tidak hilang samada dengan cara mengingat atau menulisnya.

Diawal Islam cara paling mudah menjaga quran dari hilang ialah dengan menghafalnya dengan ingatan. Alat tulis amat terhad dan kemahiran itu juga tidak tersebar. Tambahan pula orang Arab telah disediakan oleh Allah untuk itu. Mereka mempunyai daya ingatan yang kuat. Dalam masa yang sama mereka juga menulis pada alat-alat yang amat primitif.

Penjagaan terhadap quran bertujuan untuk:

1-Menjaganya dari hilang
2-Menjaganya dari penyelewengan
3-Rujukan

Pada hari ini tuntutan mengingat semakin berkurangan kerana quran telah banyak tersimpan samada secara biasa atau digital. Oleh itu para sarjana boleh membuat rujukan dengan mudah. Oleh itu tidak hairanlah bila ditanya apa hukum menghafal quran? Bin Baz Mufti Arab Saudi yang lalu telah berkata, hukumnya sunat.

Jika yang dimaksudkan menghafal ialah memelihara quran daripada hilang dan diselewengkn sudah tentu ianya wajib. Para ulamak Islam tidak meletakkan syarat menghafal quran sebagai syarat ijtihad. Namun demikian orang yang menghafal lebih cepat untuk mendapatkannya ketika memerlukannya. Bagi yang mengatakan penguasaan ilmu tidak lengkap tanpa menghafal quran maka kurang tepat, menghafal quran bukanlah tanda seseorang menguasai sesuatu ilmu.

Di Malaysia hari ini ramai orang yang menghafal quran tetapi imunya amat daif sekali. Dalam banyak keadaan mereka bercakap tentang agama sedangkan ilmu agama mereka sangat lemah. Saya tidak mengatakan menghafal quran tidak perlu, tetapi ianya bukan syarat penting dan penilaian terhadap penguasaan ilmu.

Terlanjur berbincang tentang hafal quran ni, mhu juga saya sebutkan juga ada sesetengah masyarakat yang mahu supaya quran dihafal oleh golongan profesional seperti doktor, akauntan dan lain-lain. Mereka masukkan silibus hafal quran dalam pelajaran golongan ini.

Melalui pemerhatian saya, tindakan ini ada gunanya tapi tidak banyak. Ini kerana sebahagian besar pelajar yang menghafal itu tidak dapat mengekalkan hafalan mereka khususnya bila mereka keluar belajar ke tempat lain. Ini kerana menghafal quran amat berkait rapat dengan keinginan individu. Seseorang murid boleh menghafal masa belajar, tapi lupa balik sebaik sahaja cuti sekolah jika dia tidak minat.

Adalah lebih tepat bagi saya mengajarkan kepada mereka kefahaman agama yang sangat mereka perlukan dalam kehidupan. Adapun menghafal quran maka serahkan ianya kepada orang yang menceburi bidang tersebut secara khusus atau kita namakan mereka hafiz.

Mintak maaf banyak jika saya katakan bahawa melalui pengalaman saya, saya dapati ramai orang yang menghafal quran tetapi penguasaan ilmunya amat lemah. Ini amat memudaratkan kerana orang yang bergelar hafiz di anggap alim oleh masyarakat kita, saya amat mencadangkan pusat-pusat tahfiz spaya membaiki sistem pendidikan mereka supaya mampu melahirkan hafisz alim bukan hafis jahil.

 

 

4 Replies to “”

  1. saya bersetuju dengan pandangan ustaz..saya berpendapat menghafal al-Quran ini memerlukan komitmen an keinginan yang tinggi.bagus sekiranya orang yang menghafal Al-Quran mengceburi bidang sains kerana sains banyak berkait dengan Al-Quran.makin mantaplah ilmu org tu.betul tak ustaz. cuma tak ramai orng yang dapat buat gitu.ada juga yang orang yang bukan saja yang mahir dalam bidang sains malah merupakn seorang hafiz Al-Quran. jcntohnya dr.Jamnul Al-Azhari yang mashyhur d malaysia.

    Hmaba Allah

  2. senario larangan pemakain purdah di azhar mesir.
    tertarik ana kepada persoalan dalam shoutbox tentang larangan pemakaian purdah.
    keputusan ini dikeluarkan oleh badan tertinggi al-Azhar yang dianggotai oleh para ulamak azhar dan dipengerusikan oleh Sayyid muhammad Tantawi.
    Larangan ini terpakai di Maahad perempuan,di kuliah2 pelajar perempuan dan di semua cawangan univ. al-azhar untuk perempuan.
    Larangan ini telah menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan ulamak .Ada yang menyokong ada yang menentang.di Malaysia TGNA nampaknya menyokong saranan ini kerana beberapa sebab yang telah disebut oleh TGNA dalam satu temubual dengan wartawan akhbar malysia beberapa hari yang lalu.
    Asal masalahnya ialah,adakah memakai purdah itu wajib atau sunat ?Masalah ini khilaf ulama dahulu dan sekarang.
    setelah ana membaca pandangan beberapa ulama azhar,dapatlah ana buat kesimpulan bahawa:
    1) memakai purdah bukanlah wajib kerana tidak ada dalil al-quran dan sunnah qat`i yang mewajibkan pemakain purdah.manakala memakai tudung(hijab)adalah wajib.
    2) muka dan tangan perempuan bukan aurat yang wajib ditutup.seorang salafi syeikh muhaddith Nasiruddin al-Albani dalam bukunya"Hijab wanita Islam" telah mengambil kesimpulan berdasarkan kajiannya terhadap dalil-dalil syara bahawa purdah adalah sunat.cuma dalam keadaan tertentu sahaja purdah menjadi wajib sekiranya muka yang terdedah boleh menjadi fitnah kepada lelaki.fitnah dalam erti kata wajahnya terbayang-bayang tidak boleh dilupai sehingga dalam sembahyang pun teringat wahjahnya yang cantik.
    3)perintah larangan ini bukan dari seorang ulamak tetapi ia adalah keputusan ramai ulamak yang menganggotai badan tertinggi azhar.Larangan ini agak munasabah kerana telah mengambil kira dari berbagai aspek samada dari sudut hukumnya atau dari sudut maslahahnya.Dari sudut hukumnya ia bukanlah wajib syar`i, larangannya hanya tempat2 tertentu iaitu tempat belajar yang tak ada pelajar lelaki pun.dan dari sudut maslahahnya ditakuti adanya lelaki yang cuba menyelinap dengan memakai purdah berada dalam kawasan yang dikhususkan untuk perempuan.sangat-sangat bahaya.kaedah saddu zara`i diguna pakai.
    Syeikh azhar tak mengharamkan tetapi melarang.ada beza haram dengan larang.-nuar kenitri

  3. loh tak da sape kata wajib. persoalannya benda ni sunat! bkn makhruh or harus. SUNAT. kalau ada yang kata bukan sunat, takpe la larang. kata purdah ni bidaah! takpe la larang. benda sunat nak larang buat ape. pasal menyusahkan? dah lama ada peraturan kalau nak berurusan ngan pjbt buka niqab tu, dah selesai pakai balik. ok je takde masalah pun.
    azhar tu sama lah ngan majlis fatwa kita, ada tekanan politik, kena ikut k'jaan mesir yang dok sibuk bodek amerika pasal hal keganasan.. so kita yang tak kena bodek ni jangan la nak ikut buta. ada baiknya pikir pasal yang ramai lagi tak pakai tudung langsung or pakai tudung macam tak pakai cth bdk2 IPT Islam kat M'sia pakai sekarng ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *