Purdah: Beberapa pandangan sahabat kita……

Anonymous said………..
senario lAnonymousarangan pemakain purdah di azhar mesir.tertarik ana kepada persoalan dalam shoutbox tentang larangan pemakaian purdah.keputusan ini dikeluarkan oleh badan tertinggi al-Azhar yang dianggotai oleh para ulamak azhar dan dipengerusikan oleh Sayyid muhammad Tantawi.

Larangan ini terpakai di Maahad perempuan,di kuliah2 pelajar perempuan dan di semua cawangan univ. al-azhar untuk perempuan.Larangan ini telah menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan ulamak.Ada yang menyokong ada yang menentang.di Malaysia TGNA nampaknya menyokong saranan ini kerana beberapa sebab yang telah disebut oleh TGNA dalam satu temubual dengan wartawan akhbar malysia beberapa hari yang lalu.

Asal masalahnya ialah,adakah memakai purdah itu wajib atau sunat ?Masalah ini khilaf ulama dahulu dan sekarang.setelah ana membaca pandangan beberapa ulama azhar,dapatlah ana buat kesimpulan bahawa:1) memakai purdah bukanlah wajib kerana tidak ada dalil al-quran dan sunnah qat`i yang mewajibkan pemakain purdah.manakala memakai tudung(hijab)adalah wajib.

2) muka dan tangan perempuan bukan aurat yang wajib ditutup.seorang salafi syeikh muhaddith Nasiruddin al-Albani dalam bukunya”Hijab wanita Islam” telah mengambil kesimpulan berdasarkan kajiannya terhadap dalil-dalil syara bahawa purdah adalah sunat.cuma dalam keadaan tertentu sahaja purdah menjadi wajib sekiranya muka yang terdedah boleh menjadi fitnah kepada lelaki.
fitnah dalam erti kata wajahnya terbayang-bayang tidak boleh dilupai sehingga dalam sembahyang pun teringat wahjahnya yang cantik.

3)perintah larangan ini bukan dari seorang ulamak tetapi ia adalah keputusan ramai ulamak yang menganggotai badan tertinggi azhar.Larangan ini agak munasabah kerana telah mengambil kira dari berbagai aspek samada dari sudut hukumnya atau dari sudut maslahahnya.

Dari sudut hukumnya ia bukanlah wajib syar`i, larangannya hanya tempat2 tertentu iaitu tempat belajar yang tak ada pelajar lelaki pun.dan dari sudut maslahahnya ditakuti adanya lelaki yang cuba menyelinap dengan memakai purdah berada dalam kawasan yang dikhususkan untuk perempuan.sangat-sangat bahaya.kaedah saddu zara`i diguna pakai. Syeikh azhar tak mengharamkan tetapi melarang.ada beza haram dengan larang.-nuar kenitri.

Anonymous said…………….

loh tak da sape kata wajib. persoalannya benda ni sunat! bkn makhruh or harus. SUNAT. kalau ada yang kata bukan sunat, takpe la larang. kata purdah ni bidaah! takpe la larang. benda sunat nak larang buat ape. pasal menyusahkan? dah lama ada peraturan kalau nak berurusan ngan pjbt buka niqab tu, dah selesai pakai balik. ok je takde masalah pun.

azhar tu sama lah ngan majlis fatwa kita, ada tekanan politik, kena ikut k’jaan mesir yang dok sibuk bodek amerika pasal hal keganasan.. so kita yang tak kena bodek ni jangan la nak ikut buta. ada baiknya pikir pasal yang ramai lagi tak pakai tudung langsung or pakai tudung macam tak pakai cth bdk2 IPT Islam kat M’sia pakai sekarng ni.

Wacana Ilmuan:

Saya rasa kita kena kaji kesan pemakaian purdah terhadap personaliti pemakainya. Disebabkan budaya pakai purdah bukan budaya Melayu dan pemakainnya pula bukan suruhan syarak (bagi saya inilah yang lebih tepat), maka tak salah kalau kita kaji, ana cadang sapa yang berminat bidang pendidikan atau psaikologi, kajilah.

Mengapa saya cadangkan begitu? Sebabnya ramai yang saya jumpa org pakai purdah yg ada masaalah dari sudut akhlak dan emosi. Mereka juga mengalami masaalah stress, dan beberapa masaalah lain. Saya rasa menarik juga kalau dikaji. Mungkin berlaku sebab orang lain tak buat tapi mereka saja yang buat.

Kalau dalam kelas, pelajar yang memakai purdah bukanlah mewakili pelajar yang popular, atau excellent. sebaliknya mewakili pelajar yang kurang baik pencapaiannya (kebanyakan yang berlaku dan pengalaman mengajar) pada lojiknya orang yang sanggup buat sesuatu yang lebih adalah orang yang lebih tabah atau ada personaliti lebih cemerlang. Mengapa keadaan sebaliknya yang berlaku? Jangan terkejut jika saya katakan saya pernah ditipu oleh dua orang kawan yang telah lama kenal dan kedua mereka berpurdah…Saya tak kata semuanya begitu tapi patut menjadi bahan kajian jika sapa-sapa berminat.

Pandangan anda dihargai

9 Replies to “”

  1. eh bukan best student KUIS konvo lepas pakai purdah ke? bagus gak buat kajian tapi properla bkn berdasarkan pengalaman seorang je. memang ada budak pakai purdah belajar tak perform, ada gak kaki maksiat, yang terlibat ngan sex bebas pun ada tapi elok la buat kajian perbandingan jumlah budak pakai purdah yang ada kes mcm ni ngan yang tak pakai tudung. Or tak pakai purdah la kalau nak justify lagi.
    same la bila orang mintak tutup aurat agar tidak diganggu or keselamatan tak terjamin ada gak puak2 yang bagi alasan " tu yang kena rogol dalam bas dulu tu pakai tudung gak"

    kan banyak benda yang terang2 tak betul. qat'ie lagi tapi nape kita dok sibuk pasal benda2 yang secara zahirnya nampak baik untuk masa sekarang.

  2. berbalik kepada anonymous yang tk bernama,berkata "benda sunat nak larang buat apa"
    awak kena faham kalau ada maslahah yang rajihah bertentangan dengan yang sunat kita kena dahului maslahah yang rajihah.kerana ia adalah wajib.maslahah ada waktunya diputuskan oleh pemerintah dan adakalanya ia dinilai oleh mereka yang pakar.di Mesir telah berlaku kes di mana ada pelajar lelaki yang menyamar dan memakai purdah masuk ke kampus perempuan.bayangkan kalau ia masuk ke tandas perempuan.sekarang saya nak soal yang mana satu nak dijaga maruah perempuan ke atau purdahnya.sedangkan menjaga maruah adalah salah satu maqasid kulliyah dalam hukum syara.TGNA juga akan mempertimbangkan larangan pemakaian purdah di Kelantan sekiranya berlaku kes mereka yang memakai purdah mengambil peluang untuk mengedar dadah dan jenayah2 yang lain.-nuar kenitri

  3. so nape tak larang orang bawa keta bila kemalangan kat m'sia dah tahap kronik.kira sama la ngan ISA yg ramai dok marah. maslahah kan.
    hanya kerana berlaku kes yang disebabkan tidak efisyen pihak penguasa maka hak rakyat nak di cabut?
    kan elok buat makanisme menyelesaikan masalah dari cari jalan singkat pasal kita malas nak fikir.
    "di Mesir telah berlaku kes di mana ada pelajar lelaki yang menyamar dan memakai purdah masuk ke kampus perempuan." ramai sangat ke yg buat tu? kan nak masuk kampus ompuan ada pengawal. so pengawal yg tak wat keje betul2 semua pelajar kena terima akibat?
    kat kelantan ada ustaz penceramah kena tangkap simpan vcd lucah nape tak chek umah semua penceramah kat kelantan?

    same la macam fatwa mesir pemain bola sepak boleh buka puasa kalau takut tak perform masa game.boleh buka puasa untuk entertaiment? nampak sangat.

  4. kalau hukum guna cara awak maka awak tak boleh pakai komputer sebab dalam komputer dan internet ada gamabr lucah,tak boleh jual pisau kerana pisau telah banyak digunakan untuk membunuh orang kat malaysia ni.
    memang atas dunia ni tak boleh lari yang baik ni semua baik,yang buruk semuanya buruk.cth:nak solat,kena bangun tidur,letih pun kena solat,kalau kira inipun menyeksakan bagi sesetengah orang sebab tu ramai orang tak solat.puasa pun sama lagi letih.tetapi maslahat disebaliknya lebih besar maka diwajibkan solat.arak buruk tapi ada sedikit baiknya tapi Allah larang kerana mafsadahnya sangat besar.jadi kaedahnya, kalau buruknya lebih besar kepada umum berdasarkan penilaian pakar maka pihak berkuasa boleh melarangnya.jadi apa masalahnya perempuan membuka muka sesama perempuan.
    ustaz penceramah menyimpan vcd lucah di rumahnya.ada vcd lucah kalau tak lihat haram ke?kalaulah `ustaz ` tadi melihat sekalipun dosanya hanya beliau seorang tak melibatkan orang lain.yang menggeledah rumahnya yang berdosa,wartawan yang melaporakan dan menyiarkan aibnya lebih besar dosanya dari `ustaz` yang melihat vcd lucah itu.
    pemain bola mesir yang bermain bola di luar negara ,maka mereka adalah musafir.kalau bermain di mesir ana pun tak setuju mereka berbuka puasa.ini takdak masalah.
    berlaku kes talak tiga ,zaman ralullah dan abu bakar talak tiga sekaligus yang diucapkan oleh suami maka hanya jatuh satu talak sahaja.pada zaman Umar banyak kes orang lelaki jatuhkan talak tiga sekaligus kepada isterinya.Lalu umar pun menfatwakan bahawa sesiapa yang lafazkan talak tiga sekaligus maka jatuh talak tiga.ketika ditanya sebab fatwanya berlainan apa yang dihukumkan oleh rasulullah dan abu bakar beliau menjawab ramai lelaki telah mempermainkan kuasa talak.untuk mengelakkan mereka mempermainkan hukum Allah Umar telah membuat keputusannya.Apakah Umar dan sahabat yang lain malas berfikir dengan mengambil jalan mudah?nau`uzubillah.
    sebelum ada satu mekanisme yang terbaik diambil maka kadang-kadang penyelesaian ad-hoc perlu diambil untuk menjaga maslahat umum.-nuar kenitri

  5. oint kita sama la. ustaz tak baca yang saya tulis betul kot. masalah yang timbul kena diselesaikan dengan mewujudkan mekanisme yang menyelesaikan bukan menimbulkan lebih banyak kesusahan pada orang awam/ lain.
    1. kes bola: fatawa mesir tu untuk pemain yang main pasal takut penat bukan atas alasan musafir. yang buat ni pun ulama mesir gak- yang pakar la macam ustaz cakap. nampak tak kecenderungan nya memihak ada kepentingan kerajaan – mesir nak masuk final
    2. saidina umar buat fatawa setelah RAMAI / BANYAK KES SALAGUNA TALAK TIGA diulangi RAMAI
    sedangkan qarar Azhar lepas tantawi gi melawat kuliah banat dia tengok ramai pakai niqab, dia kata niqab bukan ajaran Islam. beberapa hari lepas tu Azhar lak kuar statement. mana ada tulis asal jenayah la, keselamatan pelajar dan lain lain. yang ada " bagi mengekang kemaraan extremist" bukan ke tu namanya bodek Amerika?

  6. kalau tujuan bodek amerika saya pun tak setuju.sepatutnya tantawi melarang memakai niqab kepada seluruh wanita mesir dan umat islam seluruhnya.oklah…bab ni ditutup.setuju tak ust.Rosli?

  7. apa yang kecoh tentang pakai purdah ke tak yang penting tutup aurat kalau selesa pakai purdah pakai ajalah jangan dok nak larang sana larang sini islam yu bukan menyusahkan betul tak ustaz

  8. pakai niqab ni boleh membawa masalah berkaitan naan dengan safety, kalau bini ko hilang, sapa je kenal muka bini ko , dah tutup muka dia dari start kahwin. Ko bawa gamba bini ko pakai niqab kat polis , takkan nak print poster gambar pakai niqab, kalau ko bagi gamba tak pakai pon sapa ja nak kenal muka dia. Muka tu tuhan buat ada sebabnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *