Purdah: Sedikit Ulasan

Nampaknya isu purdah memang isu yang menarik minat, mengapa ya? Kalau kita lihat ada juga jamaah yang menjadikan pakaian purdah sebaga teras kepada pengamala kumpulan mereka. Kalau dulu jamaah Arqam memang ‘mewajibkan’ purdah. Dalam pengamalan masyarakat asia barat pun begitu juga.

┘ŹSebenarnya persoalan niqab ni wajib ke, sunat ke, harus ke takkan, takkan berkesudahan. Sebabnya memang tidak ada dalil qatie. Bila ulamak mentarjih, masing-masing mentarjih pendapa yang berlainan. Saya pilih pandangan yang mengatakan ianya bukan dari pensyariatan berdasarkan kejelasan hujjahnya. Antara kajian menarik ialah kitab Tahrir Mar’ah fi ahdi al Risalah, Karangan Abdul Halim Abu Syuqqah.

Dalam entry lepas ada sahabat yang mengatakan mengapa purdah sedangkan ramai orang tak akai hijab. Memang benar, tapi isu purdah pun perlu dikupas juga sebab benda penting tu bukan satu, kita takkan bila ada satu polemik,maka polemik lain tak boleh ulas langsung. Kalau kira mcm tu isu hijab pun takpayah bincag lah sebab ada orang tak masuk Islam lagi, Islam lebih penting dari hijab.

Sebenarnya yang dikatakan sesuatu isu itu tidak penting dalam beberapa keadaan:

1- Bila mencurahkan seluruh perhatian dan kekuatan kepada isu kecil, menumpukan seluruh atau kebanyakan masa untuk tujuan itu.- kita hanya bincangkan isu ini sebagai isu sampingan dan dalam ruangan sempit saja kerana percaya masih banyak isu besar.

2-Menjadikan isu kecil sebagai asas ajaran dan meninggalkan asas agama-ini yang ingin kita perbetulkan melalui perbincangan ini

3-Memincangkan isu tidak kena pada orangnya, seperti mengajak orang yang tidak solat untuk pakai niqab contohnya.- Kita percaya sahabat kita bukan dari kumplan yang tidak mengamalkan asas agama.

Pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *