Sa’du Zarai’e

Sa’du Zarai’e

Istilah diatas bunyinya payah, sebenarnya tak lah payah sangat. Maksud Sa’du Zarai’e ialah menyekat jalan. Istilah ini digunakan oleh para ulamak Usul Fiqh. Ulamak Islam dapat memahami ada hukum yang disyariatkan oleh Allah sebenarnya bagi bertujuan mencegah daripada berlakunya satu benda lain yang lebih buruk.

Contohnya, kita dapat lihat quran mengatakan jangan kamu menghampiri zina. Allah murka kepada perbuatan zina dan Allah melarang manusia melakukan perbuatan yang membawa kepada perzinaan. Adalah tidak berhikmah sekiranya melarang zina tetapi tidak melarang perbuatan yang boleh membawa kepadanya.

Dengan hikmat dan kebijaksanaa Allah, serta sifat rahmat yang ada padanya, Allah telah mensyariatkan Islam dengan tuntutannya yang mudah. Adalah lebih mudah menjauhi zina bila perbuatan berdua-duaan dengan bukan mahram, berpakaian seksi dan menonton bahan lucah telah dijauhi. Oleh itu mengamalkan tuntutan Islam menjadi lebih mudah dan menceriakan.

Selain dari hukum zina begitulah juga dengan hukum-hukum lain seperti larangan nabi dari duduk dalam majlis dan hidangan yang menghidangkan arak, semua itu tidak lain dan tidak bukan mempunyai objektif untuk mencegah dari meminum minuman haram tersebut.

Setelah para ulamak memahami adanya unsur pencegahan dalam mensyariatkan hukum melalui nas-nas quran dan hadis, maka para ulamak cuba mengaplikasikan kaedah tersebut dalam perkara-perkara yang tidak disebut oleh Allah dalam nas.

Bilamana berdepan dengan situasi yang mana sesuatu perbuatan itu tidak buruk, tapi jika dibairkan dilakukan oleh seseorang boleh menyebabkannya jatuh dalam perkara haram. Jika situasi ini wujud maka kaedah ini mungkin akan digunakan.

Namun begitu, para ulamak berselisih pendapat bilakah kaedah ini patut digunakan dan sejauh mana ianya patut digunakan. Imam Malik menganggap sesiapa yang berzina, maka dia tidak boleh lagi mengahwini perempuan yang telah dizinainya. Hukum ini beliau pilih demi mengelakkan orang dari berzina. Dalam kes yang sama, ulamak lain tidak menggunakan kaedah itu, sebab itu Imam Syafie menganggap perkahwinan antara orang yang telah berzina adalah sah. Itulah antara sebabnya ijtihad ulamak berbeza-beza.

2 Replies to “Sa’du Zarai’e”

  1. Terima kasih dengan ulasan ustaz.cuma masih keliru sedikit sebab saya ada terbaca artikel yang menulis tentang kaedah ini.Menurut penulis istilah saddu zarai' ini digunakan pada perbuatan yang asalnya harus tetapi diharamkan kerana ia boleh membawa kepada keburukan. contoh jual anggur kepada pengilang arak. Perbuatan-perbuatan yang memang asalnya adalah haram dan natijahnya pasti keburukan tidak termasu dalam istilah ini. Kalau dilihat perbuatan membaca dan melihat bahan lucah serta mendedahkan aurat haram di sisi islam.Maka berdasarkan maklumat yang terdapat dalam artikel ini saya faham perkara2 tu dah haram jadi tak termasuk dalam kaedah saddu zarai sebab perbuatan yang asalnya harus tetapi diharamkan sebab bawa kepada keburukan itu baru termasuk dalam saddu zarai. Maklumat tersebut saya perolehi dari laman web http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/7b5c1b7c24d8fcb8482573920000acd1?OpenDocument
    Mungkin saya silap memahaminya.Jadi terima kasih atas tunjuk ajar ustaz

  2. btul lah,saya trgkan, ada dua jenis,yg haram dgn nas tu dijadikan dalil kepada adanya kaedah tu, jadi ulamak pun gunakan kepada benda yang pada asalnya halal sebab tadak nas, tapi mereka haramkan gak menggunakan hujjah saddu zaraie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *