Misteri Alam Ghaib

Berkurangkah Iman Orang yang Tidak Percaya?

Kita orang Islam dituntut percaya tentang perkara ghaib. Sekali lagi saya jelaskan, maksud perkara ghaib yang wajib dipercayai oleh orang Islam dan menjadi asas iman mereka ialah perkara ghaib yang disebut oleh quran dan hadis yang sahih.

Megenai perkara ghaib yang tidak disebut maka ianya tidak perlu dipercayai kerana manusia adalah sama dalam keadaan ini. Dalam erti kata lain, manusia semuanya tidak tahu tentang alam ghaib. Ini kerana alam ghaib adalah perkara yang hanya dapat diketahui melalui kenabian.

Sebab itu kita percaya adanya syurga dan neraka walaupun kita tidak dapat membuktikannya dengan kajian fizikal. Kita percaya adanya dosa dan pahala. Kerana ianya ada dalam nas yang qatie. Kita percaya kepada alam jin kerana ianya disebut dalam quran dan hadis.

Namun demikian alam jin tidak disebut secara terperinci oleh quran dan hadis. Manusia hanya dituntut untuk percaya apa yang ada dalam nas sahaja. Dalam masa yang sama, nas-nas yang disebut pula banyak yang bersifat zanni.

Ada banyak kepercayaan tentang alam ghaib yang bertentangan dengan nas samada quran dan hadis. Selain itu ada banyak pula kepercayaan alam ghaib yang sebenarnya tidak disebut oleh nas tetapi dianggap sebahagian daripada kepercayaan yang dituntut oleh Islam. Ini kerana masyarakat umum akan menerima ulasan ‘orang agama’ sebagai suatu fakta yang tidak boleh ditolak lagi.

Dato’ Dr Harun Din sendiri sewaktu menyampaikan kuliah perubatannya pernah mengajarkan ubat bagi perempuan yang terkena penyakit ‘meroyan’ ialah arang kayu daripada keranda budak perempuan yang mati sewaktu dilahirkan, abu itu disediakan dengan mengetam kayu keranda dengan ketam tradisional, habuk yang didapati digoreng sehingga menjadi arang dan kemudiannya dijadikan celak kepada perempuan yang diserang penyakit meroyan.

Sudah tentu ajaran seperti ini adalah pengamalan tradisional yang diamalkan oleh para ustaz bomoh yang kemudiannya dianggap sebahagian daripada ajaran Islam. Terus-terang saya katakan saya tidak dapat menerima pengajaran seperti ini kerana pada dasarnya saya percaya penyakit itu bukan disebabkan oleh hantu jembalang sebagaimana yang diiktikadkan oleh ustaz-ustaz bomoh.

Pandangan anda dihargai

6 Replies to “Misteri Alam Ghaib”

  1. yap. penyakit postnatal blues (meroyan) bukan pasal jin. rasa dalam kuliah u.haron pun tak cakap pasal jin. ustaz tidor kot masa kuliah tu.

    tapi saya cadangkan la pasal ustaz kan ahli akademik so buat la kenyataan ikut penyelidikan bukan presepsi. ada baiknya ustaz buat kajian pandangan ahli darulsyifa or orang yang dok buat kerja merawat ni adakah semua yang mereka rawat ni dianggap bersumber or dianggap sebagai ajaran Islam.

    zaman nabi mana ada ketam keranda macam melayu ni, cuma mungkin rawatan tu banyak kali berjaya dan takde unsur syirik so takde salah la kalau nak guna. bila perawat tu ada belajar sket (perawat Islam) maka ada lah pergantungan pada Tuhan sebagai penyembuh so dia tambah pujian pada Tuhan, rayuan serta doa kesembuhan, selawat dan lain-lain. tanpa melarang pesakit jumpa doktor yang mana doktor plak ramai (tak semua) yang yakin pada ubat dia je. rawatan alternatif lain karut bagi diorang

  2. saya mmg dgr perkara tu dlm beberapa kali kuliah beliau, klu dia dah ubh pendirian dia saya tak tahulah,

    betul,kita mesti menyedarkan doktor ubatnya bukan penyebuh,sebagaimana kita jjuga mesti sedarkan penjampi,bahawa jampinya juga bukan penyembuh,allahlah yg menyembuhkan.

  3. salam ustaz.
    cuma nak respon kenyataan terakhir

    ustaz rasa la antara doktor ngan penjampi mana yang ramai? yang yakin Allah la penyembuh

    pasal penjampi memeang kebiasaannya akan ckp yang menyembuh Tuhan kia ikhtiar je. siap pesan jgn tinggal semayang, solat hajat byk2 (yang rawatan ISlam la) kena pulak cara nye tak logik, dengan doa je

    doktor lak setakat yang saya gi klinik or hospital la kalau seratus kali mungkin sekali kot saya dengar doktor cakap mcm tu. mgkn diorang berdasarkan kajian, eksperimen dan lain-lain sehingga yakin pada kajain mereka sampai lupa kat kuasa penyembuh di tangan Allah
    rasa golongan ni yang patut didakwah oleh ulama. tapi tak ramai yang nak sentuh kenapa ye?

  4. saya rasa perbincangan ni lari tajuk, tapi tak pa, boleh saja lah,ttg sapa yg paling ramai saya tak berani kata,saya tak buat kajian. tapi kalau nak kata doktor jauh dari tawakkal itu agak kurang tepat,apa yang saya kenali,doktor2 di msia ni tahap kesedaranmereka pada agama tinggi sekali, dr hali di k.kerian boleh mengajar kitab arab,aktivis gerakan islam,dr,shahrom lead gerakan islam, pengerusi masjid dkt kementerian kesihatan ptra jaya juga doktor. HKL ada kuliah zohor harian doktor2 dengar. Semasa saya p australia,leader2 gerakan islam peljar medic,uk,us pun mcm tu, naqib saya masa saya belajar dulu salah seorangnya dr, eh saya rasa kagum benar dgn dr2 ni.sebahagian mereka menjadi warga wacana ilmuan,saya rasa amat tidak tepat mengatakan dr jauh dari sifat tawakkal

  5. assalamualaikum..maap mncelah, sy cuma nk mmberikan sdikit pndngan berkenaan knytaan ustz. mohon maaf andai sy trslap kata..
    pada pndngan sy, rwtan meroyan itu xsalah slgi ianya xbtntngan dgn syrak, sbb d smping brg2 y d gunakan d sertai dgn doa..ustz pn thu doanya kn?
    so, sy nk tnya ustz, adkah semua jns pnkit Allah sbutkan dlm al-Quran? cntoh pnakit len,y mggunakan herba2. tp kita kna berbalik kpd suatu hds y mgtakan " Tidaklah Allah mnurunkn pnyakit kcuali bserta ubtnya"( rwyt Imam Bukhari)
    mcm jgk, stiap pkra y nk buat kna ada kaedahnya kn? nk nyalakan api mstilah ada kayu n apinya d smping kita yakin Allah y mnyalakan api tsbut bkn kita y bjya mnyalakannya..

    Wallahu a'lam ( Ahli Darussyifa' )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *