Boikot Barangan Musuh Islam

Soalan:

Salam ustaz. Apakah wajib sebagai umat Islam boikot semua barang Israel? Ape yang saya tahu DrYusuf Qardawi sendiri pun suruh boikot barangan Israel, tapi ada barangan Israel sesetengah org Malaysia kita susah nak boikot contohnya Milo dan tempat beli pula Tesco.

Jawapan:

Saya rasa isu ini telah agak lama dibincangkan. Boikot memang saju senjata yang kuat untuk melemahkan musuh. Sebenarnya negara-negara maju juga menggunakan senjata boikot. Contohnya Sudan dikenakan tekanan ekonomi daripada Amerika, begitu juga Iran. Sekatan ekonomi tu maknanya boikot kerana Amerika akan melarang syarikat-syarikat Amerika untuk bermuamalah dengan negara-negara tersebut.

Negara China dan Amerika juga ada menggunakan sekatan ini bila mereka bermusuh atau ketika mereka ingin melindungi kepentingan negara masing-masing. Senjata membeli dan menjual adalah senjata yang digunakan semenjak zaman jahiliah menentang nabi s.a.w. lagi.

Agak lucu juga bila ada orang yang mengatakan boikot adalah bid’ah kerana nabi s.a.w. bermuamalah dengan orang Yahudi. Sebenarnya boikot termasuk dalam perkara yang melibatkan siasah syariyyah yang amat bergantung kepada maslahah.

Disebabkan negara Islam amat lemah samada dari sudut kesatuan sesama sendiri atau ketika berdepan dengan negara bukan Islam, maka boikot tidak mendapat sambutan umat Islam. Kerajaan memang tidak mampu memboikot Amerika kerana bila-bila masa Amerika yang boleh boikot negara kecil seperti Malaysia.

Rakyat pula kebanyakannya tidak memberi perhatian kepada isu-isu umat Islam kerana kebanyakan rakyat tidak pernah terfikir tentang nasib jiran sebelah rumah, bagaimana pula nak berfikir tentang orang jauh yang tak nampak depan mata.

Selain dari sebab kelemahan itu, umat Islam juga masih lemah dari sudut pembuatan dan produk. Samada masih banyak barang yang diperlukan tapi tidak ada alternatif atau ada alternatif tetapi terlalu teruk kualitinya.

Oleh itu secara realitinya saya katalan amat mustahil buat masa ini memboikot barangan yang ada hubungan dengan Amerika dan Isreal. Seringkali juga kepentingan kita sendiri lebih banyak dalam barangn tersebut berbanding negara-negara itu. Contohnya KFC adalah milik Johor Corp. Mereka hanya membayar royalti kepada KFC di Amerika.

Banyak pertubuhan yang bersemangat lalu mengajak boikot secara tidak berhati-hati. Satu perkara lagi, kalau kita ajak orang buat benda yang terlalu berat untuk mereka sudah tentu akhirnya ajakan kita itu akan tinggal selogan sahaja. Oleh itu saya lihat tindakan PPIM adalah amat wajar. Kalau kita sokong tindakan ini, maka usaha itu tidak mustahil senang saja untuk berjaya.

PPIM memboikot beberapa barangan ringan saja dan mempunyai alternatif yang baik atau lebih baik. Kepentingan negara juga tidak besar dalam barang-barang yang diboikot itu. Inilah tindakan yang patut kita sokong dan perluaskankesedarannya. Adalah tidak susuah untuk memboikot Colgate, Starbucks, Cocacola dan dollar Amerika.

Oleh itu dalam langkah menyedarkan masyarakat menjadi lebih mudah dan bersifat jangka panjang. Ada juga orang kata, kalau kita haramkan barangan ini mengapa pula barangan lain tidk diharamkan? Jawapannya ialah persoalan sekarangan ialah persoalan strategi. Kita tak guna colgate, bukan sebab dia najis tapi sebab-sebab lain saja. Memang susah menyedarkan masyarakat antara dua jenis manusia. Satu yang sangat tak ambil tahu dan kedua yang sangat semangat tetapi amat jahil dengan tabiat situasi. Kedua-duanya memeningkan kepala.

Mudah-mudahan kita sendiri komited dalam memboikot barangan ini sehingga adanya langkah seterusnya yang lebih besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *