Soalan: Fekah Jenayah

Beban pembuktian bagi kes hudud amat tinggi kerana ianya dihindari bila ada syubhah. Tapi apakah tepakai kepada semua kes atau untuk kesalahan tertentu seperti zina, mencuri, qazaf dan riddah sahaja. Kalau kes seperti hirabah dan bughah bukankah terserlah syubhahnya? Apakah simply dikatogorikan sebagai takzir?

Jawapan:

Semanjak sekian lama undang-undang Islam telah ditinggalkan. Sebenarnya salah satu faktor undang-undang Islam ditinggalkan ialah kerana sikap jumud sebahagian ulamak yang tidak mahu mengubah suai hukum hakam Islam yang berada dalam katogori ijtahadi mengikut perkembangn semasa. Akibat undang-undang ini tidak digunakan maka mengakibatkan doctrine of judicial precedent sangat terhad.

Dalam kes bughah tak jadi masaalah sangat. Ini kerana bughah hukumannya qital bukan qatl. Iaitu pemimpin berhak memerangi bughah. Memerangi iaitu perkataan qital bukan bermaksud membunuh tetapi bermaksud memerangi. Jika bughah menggunakan senjata pemusnah barulah tindakannya dilawan dengan menggunakan cara yang boleh menundukkan mereka. Bila mereka ditangkap mereka tidak lagi boleh dibunuh.

Dalam kes hirabah pula kita ada teknik pembuktian moden seperti dna, kesan jari, kamera dan sebagainya. Dalam kes seperti ini persoalannya ialah apakah tahap penghujjahannya boleh mencapai tahap qat’i yang boleh membawa pesalah kepada hukum hudud? Jawapannya ialah para ulamak silam telah membincangkan perkara ini tetapi dengan contoh yang sezaman dengan mereka seperti bolehkan mensabitkan pembunuhan dengan mengunakan bahan bukti seperti mendapati ada darah pada pakaian orang yang dituduh membunuh. Atau pisau yang berlumuran darah.

Saya menganggap perbincangan para ulamak semasa mestilah bersifat meneruskan sahaja kajian pembuktian yang telah dilakukan oleh sistem perundangan sedia ada dengan syarat ianya ditapis dari sudut kefahaman syarak.Perlu diingat bahawa roh undang-undang sivil dalam masaalah ini juga ialah menghukum orang yang bersalah jadi tujuannya adalah sama. Cuma keputusan kajian mestilah bersifat mendapat endorsement pihak berkuasa agama dengan mengambilkira tahap ketepatannya. Melalui kuasa perundangan ini sahajalah boleh ditetapkan apakah bahan bukti itu boleh diterima atau tertolak. Dalam ertikata lain ianya termasuk dalam siasah syariyyah.

Adalah tidak mustahil untuk membuktikan jenayah rogol dengan adanya dna dalam kemaluan orang yang dirogol cuma persoalan sekarang ialah apakah tahap ketelusan pembuktian tersebut? Apakah mungkin berlaku penipuan dari pihak pendakwa? Apakah tahap keraguan yang boleh ditimbulkan terhadap laporan perubatan? Dalam bab ini, perlaksanaan telah berlaku dan sentuhan ulamak syarak hanya bersifat meneruskan kajian bukan memulakannya dari kosong.

Pandangan anda dihargai

3 Replies to “”

  1. salam ustaz,kalau tak menyusahkan boleh tak ustaz muatkan artikel berkaitan undang2jenayah islam dalam blog ustaz.kalau ustaz boleh sediakan ijtihad ulama terkini mengenai hukuman Islam yang sebenarnya patut dilaksanakan sesuai dengan peredaran zaman.Bila saya baca buku saya faham undang2 Islam kena laksanakan bagi kesalahan yang dilakukan,tapi sejauhmana cara pelaksanaannya pengetahuan saya masih tidak meluas.sebolehnya sya nak betul2 faham undang2 Islam lagi.Saya baca artikel yang penulisnya saya pun tak pasti tahap ilmunya.Betulkah ustaz, kita kena bagi akidah umat Islam kuat dan faham terhadap undang2 islam baru lah boleh laksanakan hukuman cara Islam?ini jadi persoalan saya bila baca artikel.Syukran ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *