Beli-belah di tempat jual arak (2)

Daripada masaalah yang kita hadapi sekarang ini dapat kita faham, dilema yang dihadapi oleh kuasa agama sekarang ini. Kita boleh memberi pendapat dan gesaan untuk mengharamkan tetapi kita tidak ada kuasa untuk melaksanakan. Apakah kesan negatif akan berlaku jika setiap masa pihak agama mengeluarkan fatwa tetapi ianya tidak diendahkan oleh pemerintah dan masyarakat? Tidakkah suatu hari nanti orang akan memperlekehkan mufti dan institusi fatwa?

Satu persoalan yang timbul ialah patutkah pihak berkuasa agama menyembunyikan fatwa atau pendapat semata-mata bagi menunggu adanya kuasa atau perlaksanaan boleh dibuat. Patutkah mufti beri fatwa haram membeli-belah di tempat yang menjual arak? Apakah tindakan ini akan menyulitkan masyarakat Islam? Apakah tindakan ini boleh membendung kegiatan penjualan atau kesan negetif akan berbalik kepada agama Islam?

Daripada persoalan-persoalan diatas dapat ditanggapi bahawa kerja dan tugas berat yang dipikul oleh orang agama bukan sahaja setakat mengeluarkan fatwa dan pendapat, tetapi dalam masa yang sama memastikan tahap penerimaan masyarakat dan perlaksanaan. Tapi kalau tidak ada langung usaha maka bagaimana ianya boleh diterima dan diamalkan?

Saya amat bimbang sekali jika alasan sebigini dijadikan sebagai alat untuk tidak menyatakan kebenaran dan alat yang sangat baik untuk hidup dalam keselesaan, jauh dari tanggungjawab mencegah keburukan dalam masyarakat. Apa pendapat anda?

Pandangan anda dihargai

Beli-belah di tempat jual arak

Sejak sekian lama saya tertanya-tanya, apakah hukumnya membeli-belah di kedai yang menjual arak? Saya pernah berbincang dengan kawan-kawan dalam persoalan ini, ramai berpendapat hukumya harus kerana tidak ada sebarang nas yang melarang, yang ada ialah hadis riwayat Abu Daud diatas yang bermaksud: Allah melaknat arak, peminumnya, orang yang menuangkannya, penjualnya, pembelinya, orang yang memerah dan orang yang menempahnya, orang yang memebawa dan orang yang dibawa kepadanya dan orang yang memakan hasil jualannya.

Tida syak lagi bahawa meminumarak adalah haram.Berkarja di kilang arak dan menjualnya di kedai atau supermarkat adalah haram. Ditengah-tengah pengharaman yang berdasarkan nas yang jelas itu, umat Islam di Malaysia, pihak berkuasa agama dan segala ngo serti parti politik tidak dapat mendesak kerajaan ntuk mengenakan undang-undang yang lebih ketat terhadap penjualan arak. Akibatnya anak-anakmuda yang bekerja dipasarraya terlibat dengan penjualan arak kalau pun mereka tidak meminumnya.

Ditengah-tengah situasi ini, saya sering ke supermarkat dan melihat arak yang melimpah-ruah, saya rasa amat terguris setipkali lalu di tepi barisan arak yang dipamirkan dengan megah. Kita ada Yang di Pertuan Agong untuk jaga agama, kita ada raja-raja, kita ada Jakim, pejabat agama, kita ada mufti dan kita ada para ustaz dan ngo. Tapi semua balatentera itu tidak dapat bertindak untuk mencegah arak dari dipamirkan kepada masyarakat Islam. Saya tertanya-tanya, kuasa apa yang ada pada arak sampai begitu sekali kebalnya.

Ditengah-tengah keperluan kita kepada kedai besar yang menjual barangan keperluan harian dan kehidupan kita, persoalan tentang hukum membeli belah di kedai yang menjual arak tidak pernah luput dari minda saya. Walaupun dalam banyak keadaan kawan-kawan menggelarkan saya dengan gelaran ulamak serba boleh, merekamenganggap saya amat liberal dan sering menggunakanpendapat yang mudah dalam hukum hakam. Tapi dalam persoalan ini saya rasa tidak ada ruang kompromi.

Hasil dari persoalan yang panjang ini, saya mencari-cari fatwa ulamk berkaitan hukum membeli-belah ditempat yang menjual arak. Saya tidak dapati ianya dibincangkan dalam fatwa. yang ada ialah yang biasa diketahuimenjual, membeli, membawa…

Setiap kali saya ingin mengenengahan isu ini saya bimbang ianya akan menambahkan lagi senarai pengharaman yang di keluarkan kepada umat Islam sedangkan mereka tidak sensitif pun dengan hukum yang telah sedia ada. Saya bimbangpendapat ini akan menyusahkan.

Namun demikian akhir-akhir ini saya dikejutkan dengan fatwa guru saya Dr Ahmad al Raisuni tentang haramya umat Islam membeli- belah di kedai yang menjual arak. Beliau berpendapat tindakan membeli-belah ditempat yang menjual arak mengandungi dua keburukan:

1-Tindakan berbelanja ditempat yang melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah akan menguatkan pihak syarikat dan ini merupakan satu sokongan dan pertolongan kepada mereka. Allah melarang manusia bertolong menolong dalam kebatilan.

2-Tindaan berbelanja dan bersantai di pusat membeli belah yang mempamerkan arak membuatkan umat Islam kehilangan sensitiviti terhadap arak, akhirnya mereka tidak berusaha mencegah keadaan itu dan menganggapnya satu perkara kecil yang tidak perlu diriuhkan.

Nampaknya kedua-dua alasan diatas amat penting dan hasilnya kita dapatisemakin hari umat Islam semakin biasa dengan arak dan desakan untuk menghadkan jualannya hanya kepada bukan Islam semakin tidak diperjuangkan.

Saya menunggu komen dari sahabat
Pandangan anda dihargai

10 Muharam dan Penganut Syiah

Wacana Ilmuan:
Beginilah gelagat penganut Syiah setiap kali tibanya 10 Muharam. Mereka meratapi kematian Hussain bin Ali cucu Rasulullah s.a.w. Mereka menunjukkan kekesalan terhadap pembunuhan
yang berlaku dan menganggap ianya tanda cinta mereka kepada keluarga Rasulullah s.a.w. Sungguhpun Rasulullah melarang perbuatan menyksa diri, tetapi taklid buta dan ketaksuban menutup akal manusia.

Tabligh Sesat? (4 )

جماعة التبليغ والدعوة.. المنطلقات والأدوار (دراسة)

جماعة التبليغ انطلقت من الهند لتنتشر في جميع أنحاء العال
جماعة التبليغ انطلقت من الهند لتنتشر
في جميع أنحاء العال


ففيما يتعلق بمنهج الجماعة يقول جعفر: “منهج الجماعة بصفة عامة لا يهتم كثيرًا بالمسائل العلمية أو التنظيرية، إنما يهدف إلى تربية الفرد على الذكر والصلاة والسلوكيات والأخلاق الإسلامية، أما في العلم فالتقليد وعدم الاجتهاد وسؤال العلماء، حيث الاهتمام الأول والرئيسي لجماعة التبليغ هو إصلاح المجال الخاص (صلاح الفرد وأسرته)، ولا تولي المجال العام اهتمامًا يذكر، أما المجتمع المحلي فهو مجال الدعوة وبيئتها ومطلوب من أفراده أن ينضم إليها ويعمل معها”.

تتعرض دراسة “جماعة التبليغ والدعوة” لظروف نشأة جماعة التبليغ والدعوة في شبه القارة الهندية على يد محمد إلياس بن محمد إسماعيل الكاندهلوي؛ وصولا إلى انتشارها في جميع أنحاء العالم العربي والإسلامي بجانب أوروبا وأمريكا.

وترصد الدراسة، التي أعدها هشام جعفر الباحث السياسي، خصائص الجماعة ومنهجها الدعوي وأفكارها ومواقفها الأساسية بجانب إيضاح رؤيتها للإصلاح والتغيير. ونشرت هذه الدراسة في كتاب المسبار الشهري رقم 36 حول جماعة التبليغ والدعوة الصادر عن مركز المسبار للدراسات والبحوث.

وعن الجماعة في القرن العشرين يقول الباحث: إن الجماعة ظلت “أسيرة النشأة الأولى طوال القرن العشرين، فلم نلحظ أي تجديد يذكر في الأهداف والوسائل أو طريقة العمل والتربية، وإن كان قد حدث تأثير وتأثر بالبيئة المحيطة بها خاصة أنها اتسمت بالانتشار والامتداد الجغرافي في أصقاع كثيرة من الأرض، كما حدث تفاعل أيضًا بين الجماعة وبين الجماعات الإسلامية الأخرى خاصة أنه كانت هناك انتقادات عدة قد وجهت لجماعة التبليغ من هذه الجماعات”.

وبخصوص رؤية الجماعة للإصلاح والتغيير يشير الباحث إلى أنها ترى أن “إنشاء المجتمع الإسلامي يتم عن طريق إصلاح الفرد بالصورة وعلى الكيفية التي تراها، وهي في طريقها لذلك لا تتعرض على الإطلاق لفكرة إزالة المنكر أو أمور السياسة وأنظمة الحكم؛ لما قد يسببه ذلك من عراقيل شتى في طريق دعوتها”.

ويرى الباحث أن أعضاء الجماعة هم “دعاة الخطوة الأولى، وهي نقل المسلم من بيئة الغفلة إلى بيئة الذكر، ومن المعصية إلى الطاعة، وهي تنجح إلى حد بعيد في التأثير في بعض الأفراد، وتغيير سلوكياتهم، وقد أدى هذا الدور أو تلك الوظيفة إلى أدوار ووظائف متعددة في بيئات مختلفة: ففي البيئة العربية لاحظ الباحث أن الجماعة تلعب أدوارًا متعددة إزاء الجماعات الإسلامية الأخرى بالإضافة إلى العمل الإسلامي عامة، فدور الجماعة في إصلاح الفرد يعد جزءا مهمًّا وضروريًّا لعمل الجماعات الإسلامية الأخرى.

أما عن دور الجماعة في البيئة الغربية فيقول جعفر: إن الجماعة “لعبت أدوارًا ومهامَّ ووظائف أخرى للجماعة المسلمة… فهم يستفيدون عادة من حلم الدول الغربية التي ترى فيهم قوى محافظة تكفل السلام الاجتماعي وتضمنه للمدى القصي

Wacana Ilmuan

Dalam entry lepas saya telah menerangkan bahawa jamaah tabligh bukanlah kumpulan sesat tetapi saya istilahkan dengan kelemaan, sehubungan dengan itu ada diantara sahabat yang mengatakan bahawa kata-kata itu tidak berlandaskan kajian, apa yang dapat saya katakan ialah pengalaman saya semenjak disekolah sehingga sekarang sudah cukup untuk dijadiksn hujjjah terhadap pandangan saya. namun demikian sayya nyatakan disini sebahagian daripada kajian yang telah dibuat untuk tatapan sahabat.

Pandangan anda dihargai

Sejenak Bersama Dr Wahbah Zuhaili

Pada pukul 5.30 hari Khamis 24/12/09 Dua hari lepas, saya sampai di perkarangan Hotel Bluewave Shah Alam. Bersama saya ialah Ustz Shahrul dan Ustz Fairuz. Kami datang dari KUiS semata-mata untuk berjumpa dengan Dr Wahbah Zuhaili.

Sebaik saja sampai, kami disambut oleh Ustz Daud Lin yang memang telah berada disana. Kami dibawa ke tingkat 16 untuk bertemu dengan Dr Wahbah Zuhaili. Mungkin sesetengah sahabat kurang mengenali Dr Wahbah. Beliau adalah seorang ulamak Syiria yang terkenal dan banyak menghasilkan buku dan penulisan yang menjadi rujukan semasa umat islam masakini.

Sesampainya kami di tingkat 16, kelihatan seorang tua yang masih tegap tubuhnya mengalu-alukan kehadiran kami. kami bersalam-salaman dan berbalas ucapan. Nampaknya tidak banyak perubahan yang berlaku pada diri Syeikh, walaupun kali terakhir saya bertemu beliau semenjak hampir dua tahun yang lepas.

Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang dan membazirkan masa. Sebaik sahaja duduk, kami mula membincangkan persoalan-persoalan yang dirasakan penting untuk dibincangkan. Saya mula bertanya beberapa hadis dalam Sahih Bukhari dan ingin meminta pendapat peribadi beliau.

Antara soalan yang diajukan kepada Dr Wahbah Zuhaili ialah fitnah yang melanda umat Islam Malaysia berkaitan denga isu Wahabi, Ibnu Taimiah dan kafir mengkafir yang ditimbulkan. Seperti yang kami sangka Dr Wahbah Zuhaili nampaknya tidak berminat untuk berbincang panjang tentang isu tersebut. Beliau hanya menyatakan bahawa jangan kamu layan puak-puak yang mengkafirkan ulamak. Sebaliknya lakukan kerja-kerja menyedarkan masyarakat tentang kesataun, ilmu dan membina kekuatan.

Beliau sangat sedih dengan tindakan segelintir orang Islam yang mengkafirkan Ibnu Taimiah. Serahkan ianya kepada Allah, kata Dr Wahbah Zuhaili. Saya mengambil yang baik dari ulamak dan kesilapan mereka saya tinggalkan, saya menyerahkannya kepada Allah. Setiap manusia ada kesilapannya. Ibnu Taimiah seorang mujahid dan ulamak yang banyak berjasa, benar dia ada kesilapan. Ujar Dr Wahbah Zuhaili.

Dr Wahbah Zuhaili juga menyatakan harapannya yang menggunung untuk melihat kami sebagai orang yang mampu membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia, berliau berpesan bahawa cara yang akan membawa kebaikan ialah keazaman yang tinggi untuk menuntut ilmu walau siapa kita sekalipun, aku masih mengkaji, menambah dan memperbetulkan kesilapannku ujar Dr Wahbah Zuhaili. Gunakan masa kamu dengan sebaiknya, jangan biarkan masa berlalu, setiap jam, setiap minit dan setiap detik adalah sangat berharga. Pesan Dr Wahbah kepada kami.

Kamu sediakan target, untuk kamu capai dalam masa dua tahun contohnya, ujar beliau lagi. Dalam masa yang kamu tetapkan itu pastikan kamu berusaha siang dan malam, bersungguh-sungguh, pastikan ianya berhasil dalam masa yang kamu tetapkan. Begitulah seterusnya. Begitulah nasih-nasihat Dr Wahbah Zuhaili kepada kami dengan cuba memandu kami menangani beberapa isu lagi. Sedar tak sedar jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang, saya pun memberi isyarat kepada rakan-rakan untuk beredar demi untuk tidak memberati Dr Wahbah.

Perjumpaan itu walaupun ringkas tetapi cukup memberikan suntikan semangat kepada kami untuk terus berusaha dibidang ilmu mudahan ianya menjadi amal soleh yang mampu dijadikan naungan tempat berteduh ketika tiada lagi lindungan kecuali lindungan Allah yang maha perkasa. Selamat tinggal Syeikh Wahbah Zuhaili…

Pandangan anda dihargai

Hari Asyura

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم يوم عاشوراء فقال:
«مَا هَذَا قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى، قال: فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ»
رواه البخاري
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abas r.a berkata: Apabila nabi s.a.w.
datang ke Madinah baginda melihat orang-orana Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharram Baginda bertanya: Hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, Allah telah menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka lalnabi Musa telah perpuasa padanya. Nabi s.a.w menjawab: Kami lebih berhak untuk mengikut Musa berbanding dengan kamu.

Selain 10 Muharam, disunatkan juga memperbanyakkan berpuasa pada bulan Muharam kerana hadis terdahulu.

Mengikut hadis dalam ahih Muslim Nabi s.a.w. memberitahu bahawa puasa Asyura pahalanya mengampunkan dosa setahun.

Maksud Asyura adalah hari kesepuluh disebabkan adat orang Melayu bergotong royong buat bubur pada hari itu, maka bubur itu dinamakan bubur asyura.

Ada sedikit kejanggalan pada adat ini kerana bulan ini disunatkan berpuasa bukan bersuka ria.

Dikatakan bahawa Dinati Umawi telah memperkenalkan perayaan pada hari asyura supaya rakyat melupakan peristiwa pembunuhan Husain cucu Rasulullah s.a.w. Dalam masa yang sama orang-orang Syiah menjadikan hari Asyura’ sebagai sambutan hari kesedihan dan kedukaan.

Puasa Bulan Muharam

عن أبي هُرَيْرَة رَضِي اللّه عنه، عن النَّبِي أَنَّه قال: « أُفَضِّل الصِّيَام بَعَد شَهَر رَمَضَان شَهَر اللّه الَّذِي تَدْعُونَه المحرم، وَأَفْضَل الصّلاة بَعَد الْفَرِيضَة قِيَام اللَّيْل » رَوَاه مسلم

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sebaik-baik puasa se;epas Puasa Ramadan ialah bulan yang kamu namakan Muharram, sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang wajib ialah semabhyang malam.

Hadis Riwayat Muslim

Yang dimaksudkan puasa bulan Muharam bukanlah berpuasa pada seluruh bulan ini, tetapi puasa pada 9/10/11 Muharam. Pada tahun 2009 hari-hari tersebut bersamaan 25/26/27 Disember.
Selamat berpuasa.

Pandangan anda dihargai

Kenapa sekejam ini?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney pagi semalam. – Gambar Ehsan pembaca Utusan


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.

Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.

Jemaah Tabligh Sesat? (3)

Dalam entry lepas sya telah menyebut bahawa Gerakan Tabligh bukanlah kumpulan sesat tetapi saya menganggap kesilapan yang ada dan dilakukan adalah kelemahan yang boleh dan patut diperbaiki.

Namun demikian ada juga sahabat pembaca yang nampaknya kurang senang dengan istilah ‘kelemahan’. Lalu ada beberapa persoalan diajukan kepada saya . Soalan-soalan itu menarik perhatian saya dan saya memilih untuk membincangkannya dalam entry ini, saya tidak menjawabnya dalam ruangan komen.

Sebelum menjawab soalan dan komen , saya mahu katakan bahawa dari satu sudut ,menegur memangnya mudah tetapi yang payahnya ialah menerima teguran apatah lagi mengubah dan melaksanakan cadangan dan teguran. Walaupun begitu, ini tidak bermakna sifat mengkritik, menegur dan mencadangkan perlu dihapuskan dalam hidup kita, bahkan sifat ini penting sekali bagi menjamin berterusannya penambah baikan terhadap apa sahaja yang kita lakukan.

Syarikat-syarikat perniagaan melihat teguran dan cadangan sebagai sesuatu yang amat berharga untuk syarikat mereka lalu mereka menyediakan kemudahan untuk menyampai menyalur dan memproses setiap kritikan dan cadangan.

Antara jawapan yag saya terima ialah:

“nak tanya ustaz pernah keluar ke? 3 hari? 40 hari? 4 bulan?”

memang kalau saya bercakap dan berbincang dengn ahli kumpulan ini, mereka akan mengajukan persoalan ini, apa yang saya dapat faham ialah kalau anda tidak keluar maka anda jangan komen. Tapi hakikatnya saya sendiri pernah terlibat semasa diluar negara bahkan saya menjadi penceramah selepas solat maghrib, disebabkan saya tidak mengulang-ulang perkara yang sama maka ahli yang hadir ada yang tidak senang hati.

Antara komen yang menarik ialah tentang kritikan saya terhadap penggunaan cerita-cerita yang saya anggap dongengan.

Sahabat pembaca menjawab:

p/s kalau burung tak mukallaf nape ada citer pasal burung hud-hud yang membawa kepada dakwah nabi sulaiman ke ratu saba’

Jawapan saya ialah:
Persoalan burung hud-hud tak jadi masaalah, kerana ianya diceritakan oleh alquran. Quran menceritakan bahawa bahawa burung hud-hud membawa perkhabaran kepada nabi Sulaiman, bukannya burung hud-hud pergi berdakwah. Dia hanya menceritakan apa yang dia lihat. Dapat berinteraksi dengan binatang adalah mukjizat nabi Sulaiman.

Sahabat pembaca menyatakan:

satu lagi :
hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah :saw bersabda :

“Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…” [Lihat juga Tafsir al-Munir, Wahbah al-Zuhaili, 9/93].

boleh gak bukak web kerajaan ni:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1322

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Penjahat Kecil
Hadith :
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:”Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.

(Muslim)

Jawapan saya ialah:

Dalam komen saya, saya tidak menyatakan cerita cicak tetapi saya menyatakan cerita burung dizaman nabi Ibrahim dalam versi penceramah yang menggambarkan bahawa binatang memadamkan api yang disediakan untuk membakar nabi Ibrahim.

Saya mengkritik penceritaan ini yang menggambarkan seolah-olah binatang adalah mukallaf. Memang hadis diatas menceritakan tentang cicak. Namun demikian hadis cicak yang membantu untuk menyalakan api bagi nabi Ibrahim adalah hadis sahih dalam sahih bukhari dan Muslim.

Namun demikian hadis ini mempunyai beberapa masaalah yang perlu difahami lebih lanjut. Insyaallah saya akan kupas dalam entry akan datang.

Artikel Minggu Ini: Krisis lelaki pertengahan usia

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Perubahan fizikal, seksual mula dirasai pada usia 40 tahun

LELAKI dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada yang memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.

Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup. Ada lelaki yang berjaya mengharunginya dengan baik.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.

Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan di usia pertengahan.

Ada penyelidik yang melihatnya sebagai andropaus, namun bagi Dr Muhsin ia sebenarnya lebih kepada keupayaan seseorang lelaki itu untuk menangani masalah yang dihadapinya.

“Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran yang positif,” katanya.

Kata Dr Muhsin, lelaki dengan emosi yang tidak stabil mula berfikiran negatif, membandingkan kejayaan dirinya dengan rakan, sekali gus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan.

“Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan,” katanya.

Dr Muhsin berkata, krisis pertengahan umur di kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat, antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit. Fungsi seksual juga berkurangan sekali gus mempengaruhi sosiologi.

Perubahan biologi dilalui oleh semua orang lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama. Ia berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif.

Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya. Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya yang semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.

Dr Muhsin berkata, lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga yang rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.

Jika ia dikaitkan dengan masalah andropaus, ia perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan Barat. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.

Wacana Ilmuan:

Tengahari tadi, masa saya jalan-jalan di Kajang, sempat saya masuk ke kedai cermin mata. Katanya sapa saja yang berumur 40 akan akan mengalami rabun dekat. Emmm rasa saya belum lagi, tidak, kata penjual tu, mesti ada punya, saya pun mula survey mana yang sesuai dan meninggalkan kedai.

Bila sampai dirumah saya jumpa artikel ni, artikel ini bukan tazkirah untuk saya saja, tapi tazkirah buat yang sebaya. Maklumlah dengar apa yang ada dalam artikel diatas rasa macam kena tempiasnya, mudahan dapat berkongsi dengan yang terlepas pandang kat berita harian. bagi yang lebih muda, bersedialah menghadapinya akan tiba masanya untuk anda pula eheh..
Pandangan anda dihargai