Pelaburan Ikan Keli (1)

Soalan: Apa hukum melabur dalam syarikat AZZ Marketing yang bergiat dalam pemeliharaan ikan keli?

Wac ana Ilmuan:

Sebenarnya masa balik cuti raya baru ni saya sempat melawat sendiri tempat operasi syarikat ini di Bunut Susu, Kelantan. Nampaknya syarikat ini pun giat menjalankan promosi melalui radio Kelantan. Masyarakat umum pun sibuk berbincang, apa hukum melabur disana? Nampaknya amat mengguntungkan. Sekali labur terus dapat sampai bila-bila.
Sebelum saya mengulas tentang hukum melabur dalam program yang ditawarkan, ada baiknya kita mengenali sedikit sebanyak tentang syarikat ini. Anda digalakkan melayari web syarikat ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat sebelum kita menganalisis hukum pelaburan yang ditawarkan. Dibawah ini dimuatkan sebahagian daripada maklumat tentang syarikat dan pekej yang ditawarkan.

KATALOG PEMILIK

ANJURAN : AZZ MARKETING (KT0237581- M)

(PEMBORONG IKAN AIR TAWAR & IKAN LAUT,MAKANAN IKAN, BENIH IKAN,IKAN PROSES,BARANGAN RUNCIT,MEDIUM PELIHARAAN, MAKANAN DAN MINUMAN)

TEMPAT TERNAKAN : LOT 765 KG. KIAT,BUNUT SUSU,17020 PASIR MAS

& KG. BANGGOL PETALING,PASIR MAS KELANTAN.(JLN R.PANJANG LAMA).

PAKEJ YANG DITAWARKAN:

(A) PAKEJ 1 : MODAL RM1350, KUANTITI IKAN DIPELIHARA 2500 EKOR

(KEUNTUNGAN BERSIH ANDA AKAN PEROLEH SETIAP 4 BULAN = RM500)

(B) PAKEJ MEWAH : MODAL RM2650, KUANTITI IKAN DIPELIHARA 5000 EKOR

(KEUNTUNGAN BERSIH ANDA AKAN PEROLEH SETIAP 4 BULAN = RM1,000)

(C) PAKEJ PREMIUM : MODAL RM13,050, KUANTITI IKAN DIPELIHARA 25,000 EKOR

(KEUNTUNGAN BERSIH ANDA AKAN PEROLEH SETIAP 4 BULAN = RM5,000)

* MODAL ADALAH TERMASUK KOS BENIH IKAN, DEDAK UNTUK SEKALI HASIL, MEDIUM PELIHARAAN, JARING,& SANGKAR.

SEKIRANYA BERMINAT SILA HUBUNGI : 019-9747787 / 019-9916182 / www.azz4u.com

4 Replies to “Pelaburan Ikan Keli (1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *