Pelaburan Ikan Keli (2)

Hari ini saya akan sambung sedikit lagi perbincangan mengenai pelaburan ikan keli. Amat membanggakan sekali kerana orang Melayu minat melabur dan menumpukan perhatian pada pembangunan eknomi. Kekuatan ekonomi memberi kesan besar terhadap kekuatan umat Islam terutamanya di Malaysia.

Namun demikian perlu juga diingat, Islam menggariskan beberapa perkara dasar yang perlu dipatuhi. Sebenarnya garis panduan Islam ini bertujuan menjaga kepentingan pihak yag berurusan dalam muamalat. Dengan mengikut garis panduan Islam maka penipuan dan penganyayaan sukar untuk berlaku.

Dalam kes pelaburan ikan keli, pelabur boleh pergi melihat sendiri tapak projek dan menilai kewajarannya. Saya telah sempat meninjau dan menerima penerangan daripada pihak pengurusan. Saya telah dimaklumkan dengn perkara-perkara berikut:

1-Saya perlu membeli ikan keli dan peralatan dalam pakej yang ditawarkan.
2-Ikan dan peralatan yang dibeli adalah milik saya dan syarikat menguruskan ikan dan barangan tersebut.
3-Saya bukan menyertai saham syarikat.
4-Saya akan mendapat pulangan tetap setiap 4 bulan
5-Program ini bukannya skim cepat kaya.
6-Perjanjian didokumenkan.

Hasil daripada penerangan yang saya dapati secara lisan, meneliti laman web yang disiarkan maka beberapa perkara penting dapat saya rumuskan :

1-Jual beli yang dilakukan menggandungu gharar, ini kerana ikan keli yang dibeli itu tidak diketahui dimana letaknya, bila saya mahu melihat ikan keli yang nahu dibeli, pihak pengurusan mengatakan bahawa ianya dicampur dengan ikan keli orang lain, bila saya mahu melihat peralatan yang dibeli dikatakan bahawa ianya juga tidak dapat ditunjukkan kerana dicampuradukkan.

Dalam sistem muamalat Islam, barang yang dijual beli mestilah diketahui dan boleh diserahkan. Kita tidak boleh menjual sesuatu yang tidak diketahui kerana ianya akan melibatkan peganyayaan.

Suasana ikan yang bercampur gaul itu tidak memungkinkan kita menjualkannya kepada ramai orang tanpa mengetahui hak masing-masing. Jka berlaku kematian ikan, maka siapakah yang akan menanggungnya?

2-Tindakan syarikat yang meletakkan pulangan yang tetap berdasarkan modal pelabur adalah satu janji terhadap keuntungan. Islam tidak membenarkan janji untung diberikan berdasarkan modal kerana keuntungan dalam perniagaan adalah sesuatu yang tidak pasti.
bersambung…
Pandangan anda dihargai

3 Replies to “Pelaburan Ikan Keli (2)”

  1. Salam. Saya secara peribadi telah membaca info ttg AZZ Marketing melalui iklan dan penerangan syarikat ( 6 ms, kertas A4). Saya buat kesimpulan sebagaimana ustaz, bahawa hukum melabur dalam syarikat ini adalah HARAM kerana ia membawa kepada riba dan gharar.
    Semoga Syarikat memperbaiki operasi ini. Ia adalah riba. Ini berdasarkan keterangan di situ. Saya tak dengan sendiri daripada pihak Pengurusan Syarikat. Allah SWT Yang Maha Mengetahui.
    Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail, '
    KIAS, Nilam Puri.

  2. Perkara ini telah saya kemukakan kpd pihak pengurusan Azz. Insyallah sebarang tindakan & perubahan yg dibuat akan saya sampaikan. Saya berpendapat perkara ini boleh diperbaiki & bahkan wajib kita 'menyucikannya' dr riba & gharar. Kalau kita tidak 'menyuci' maka akan seronoklah org2 kafir, fasiq dan munafiq menguasai ekonomi kita. Setakat ini maklumat yg saya ada, pemilik yg mula2 melabur dulu ada ditunjuk kt mana ikan keli mereka, cuma yg terkini tidak dimaklum @ ditunjuk pemilikan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *