Pelaburan Ikan Keli (3)

Dalam entry lepas, kita telah melihat dua sebab utama sesuatu akad itu ditolak oleh syariah. Pertama apabila ianya mengandungi gharar. Gharar ialah ketidak jelasan, penipuan atau kesamaran. Sebab kedua pula ialah riba. Salah satu bentuk riba berlaku dalam hutang.

Dalam kes perniagaan ikan keli ini, peminjam adalah syrikat. Dia telah menjanjikan keuntungan yang telah ditetapkan nisbahnya berdasarkan wang pokok. Melabur seribu dan akan dapat 500 setiap 4 bulan. Diakhir tempoh, wang pokok juga akan dikembalikan. Keadaan ini adalah riba qard yang diharamkan oleh Islam.

Selain dari dua faktor yang telah diterangkan, beberapa perkara juga perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
1- Apakah pihak yang menggumpul dana mendapat kebenaran dari pihak berkuasa seperti Bank Negara.
2- Memang perjanjian yang dibuat secara bertulis tetapi erlu diingat bahawa setiap perjanjian yang dilakukan tidak akan bernilai dalam pembuktian kecuali setelah disahkan oleh suruhanjaya sumpah.
3-Apakah projek yang ditunjukkan itu mampu menjana keuntungan yang besar sehingga mampu membayar keuntungan 100% dalam masa setahun sedangkan tabiat perniagaan tidak memungkinkan pihak pengurusan untuk membayar jumlah tersebut.
4-Mengapa mereka tidak memohon pinjaman bank yang nisbah profit atau bunga antara 4%-7% sahaja. Mengapa mereka sanggup membahagikan keuntungan mereka kepada orang lain dengan jumlah yang terlalu besar bezanya.

Sebenarnya dengan mendapati sesuatu pelaburan itu haram disudut syariah sudah cukup untuk menjadikan seseorang muslim menjauhinya dan menyucikan harta mereka, namun demikian sifat malas berusaha, tamak dan kejahilan telah menyebabkan umat islam di Malaysia mudah terjebak dalam bentuk pelaburan haram yang bertentangan dengan syariah.

Mereka mungkin warak dalam persoalah tertentu dalam agama, namun demikian mereka akan mencampakkan seluruh ketundukan kepada Allah bila dijanjikan dengan keuntungan wang ringgit. Sewaktu saya berbincang dengan seorang kawan yang bertugas di Bank Negara, beliau telah mendedahkan bahawa siri ceramah beliau telah menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia amat jahil dalam persoalan halal haram dibidang muamalat. Sungguhpun penampilan mereka kelihatan warak dalam beberapa keadaan tapi itu tidak menunjukkan mereka sanggup menjauhi riba, judi dan penipuan. Saya agak terkejut dengan ulasan beliau tetapi itulah hakikat yang tidak boleh dipandang mudah oleh masyarakat Islam masakini.

Pandangan anda dihargai

7 Replies to “Pelaburan Ikan Keli (3)”

  1. Memang tepat tijauan kawan Ustaz diBank Negara. Kita memang kurang ilmu tentang muamalat. Inilah yang patut kita berikan tumpuan dan bincang dari asik sibuk degan issue sebelum ini yang tak ada pengujungnya. Saya pun cukup tertarik akan pulangan yang ditawarkan, rasa dah nak melabur terus. Alhamdulillah, ilmu yang Ustaz kongsi dapat memberi kita satu cara menilai samada keuntungan yang kita cari itu sebenarnya adalah punca rezeki yang halal atau sebaliknya. Terima kasih kerana telah menyelamatkan saya dan keluarga .

  2. teringat masa kes swiss cash dulu. ramai org 'islam' yang masuk. bila dad ustaz yang kata haram tak nak dengar sampai ada yang cakap " aku selagi Tuan Guru xxxx tak bagi komen selagi tu aku takkan berhenti" he he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *