Beli-belah di tempat jual arak

Sejak sekian lama saya tertanya-tanya, apakah hukumnya membeli-belah di kedai yang menjual arak? Saya pernah berbincang dengan kawan-kawan dalam persoalan ini, ramai berpendapat hukumya harus kerana tidak ada sebarang nas yang melarang, yang ada ialah hadis riwayat Abu Daud diatas yang bermaksud: Allah melaknat arak, peminumnya, orang yang menuangkannya, penjualnya, pembelinya, orang yang memerah dan orang yang menempahnya, orang yang memebawa dan orang yang dibawa kepadanya dan orang yang memakan hasil jualannya.

Tida syak lagi bahawa meminumarak adalah haram.Berkarja di kilang arak dan menjualnya di kedai atau supermarkat adalah haram. Ditengah-tengah pengharaman yang berdasarkan nas yang jelas itu, umat Islam di Malaysia, pihak berkuasa agama dan segala ngo serti parti politik tidak dapat mendesak kerajaan ntuk mengenakan undang-undang yang lebih ketat terhadap penjualan arak. Akibatnya anak-anakmuda yang bekerja dipasarraya terlibat dengan penjualan arak kalau pun mereka tidak meminumnya.

Ditengah-tengah situasi ini, saya sering ke supermarkat dan melihat arak yang melimpah-ruah, saya rasa amat terguris setipkali lalu di tepi barisan arak yang dipamirkan dengan megah. Kita ada Yang di Pertuan Agong untuk jaga agama, kita ada raja-raja, kita ada Jakim, pejabat agama, kita ada mufti dan kita ada para ustaz dan ngo. Tapi semua balatentera itu tidak dapat bertindak untuk mencegah arak dari dipamirkan kepada masyarakat Islam. Saya tertanya-tanya, kuasa apa yang ada pada arak sampai begitu sekali kebalnya.

Ditengah-tengah keperluan kita kepada kedai besar yang menjual barangan keperluan harian dan kehidupan kita, persoalan tentang hukum membeli belah di kedai yang menjual arak tidak pernah luput dari minda saya. Walaupun dalam banyak keadaan kawan-kawan menggelarkan saya dengan gelaran ulamak serba boleh, merekamenganggap saya amat liberal dan sering menggunakanpendapat yang mudah dalam hukum hakam. Tapi dalam persoalan ini saya rasa tidak ada ruang kompromi.

Hasil dari persoalan yang panjang ini, saya mencari-cari fatwa ulamk berkaitan hukum membeli-belah ditempat yang menjual arak. Saya tidak dapati ianya dibincangkan dalam fatwa. yang ada ialah yang biasa diketahuimenjual, membeli, membawa…

Setiap kali saya ingin mengenengahan isu ini saya bimbang ianya akan menambahkan lagi senarai pengharaman yang di keluarkan kepada umat Islam sedangkan mereka tidak sensitif pun dengan hukum yang telah sedia ada. Saya bimbangpendapat ini akan menyusahkan.

Namun demikian akhir-akhir ini saya dikejutkan dengan fatwa guru saya Dr Ahmad al Raisuni tentang haramya umat Islam membeli- belah di kedai yang menjual arak. Beliau berpendapat tindakan membeli-belah ditempat yang menjual arak mengandungi dua keburukan:

1-Tindakan berbelanja ditempat yang melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah akan menguatkan pihak syarikat dan ini merupakan satu sokongan dan pertolongan kepada mereka. Allah melarang manusia bertolong menolong dalam kebatilan.

2-Tindaan berbelanja dan bersantai di pusat membeli belah yang mempamerkan arak membuatkan umat Islam kehilangan sensitiviti terhadap arak, akhirnya mereka tidak berusaha mencegah keadaan itu dan menganggapnya satu perkara kecil yang tidak perlu diriuhkan.

Nampaknya kedua-dua alasan diatas amat penting dan hasilnya kita dapatisemakin hari umat Islam semakin biasa dengan arak dan desakan untuk menghadkan jualannya hanya kepada bukan Islam semakin tidak diperjuangkan.

Saya menunggu komen dari sahabat
Pandangan anda dihargai

10 Replies to “Beli-belah di tempat jual arak”

  1. salam ustaz,

    terima kasih kerana tulisan ustaz mengenai isu ini.

    apa yang membimbangkan kita adalah kerana memang rata2 kita senantiasa berbelanja di gedung2 besar yang juga menjual arak. Begitu juga dengan kedai serbaneka 24Jam yang juga menjual arak.

    Mengapa perkara ini berlaku? sebagaimana yang ustaz tulis, dengan status negara islam, perkara ini masih lagi belum diselesaikan dan perkara ini menjadi seperti perkara biasa dalam masyarakat kita.

    Apakah kita ditipu oleh Dajjal? Sehingga melihat perkara yang haram jadi seperti 'biasa' bagi kita.

    Semoga kita semua diampunkan oleh Allah s.w.t. Wallahualam.

  2. la ni diorang main undang2. ada peratus kandungan alkohol. kalau kurang boleh jual kat mana2 kalau lebih baru kena ada lesen.

    selagi melibatkan duit memang susah nak harap kerajan ambil tindakan tegas. macam rokok, pub dll.
    antara cara penyelesaian yang efektif adalah gunakan kuasa pengguna. saya pernah dengar 7E kat b.b.bangi tk jual arak lepas dapat amaran dari persatuan penduduk. tak tau betul ke tak. umat islam kat m'sia mempunyai kuasa beli yang kukuh. tapi masalahnye bab kesatuan sebagai pengguna masih hampeh..

  3. bagus tu,ada tak cadangan lain lagi? Ada tak orang yang tahu mengapa pihak berkuasa agama seperti jakim dan kerajaan2 negeri yang bernaung dibawah sultan tak bertindak dan tak pernah timbulkan isu ni, kalu isu ayah pin tu rasanya rakyat senang nampak menyeleweng sebab tak payah sembahyang tapi yang ni rakyat kurang sedar dan dah terbiasa,mana pergi mufti2? paling kurang mereka boleh bertindak dalam negeri tertentu dan akan ditiru oleh negeri lain.

  4. Assalamualaikum. Satu masalah juga mengapa arak ini mendapat pilihan untuk dijual di supermarket? Sepatutnya arak hanya dijual pada premis yang memerlukan sahaja dengan kadar yang sepatutnya sahaja. Apabila arak dibenarkan untuk menjualnya di pasaraya agak sukar untuk kita lari dari situasi ini. Seharusnya pihak berwajib memikirkan status masalah ini agar ianya tidak terbuka seolah-olah arak menjadi minuman seluruh rakyat Malaysia.

  5. Assalaamualaikum..

    Pendapat saya:

    Buka satu kedai 24jam, seperti 7E, dan jual produk2 yang halal..

    Mungkin boleh dinamakan : Islamic-Hypermart.

    Dan sebarkan keseluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *