Nama Allah: Haruskah di Kongsi Bersama (1)

Isu penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian telah menjadi perbincangan hangat dan panas. Entry ini adalah kupasan pertama saya tentang isu yang pada mulanya kurang mendapat perhatian.

Saya dimaklumkan bahawa ada pertubuhan yang akan membuat pendirian resmi esok dan perbincangan antara cerdik pandai masih diteruskan sehingga kini. Yang dapat kita perhatikan ialah mahkamah telahpun membenarkanpenggunaan lafzul jalalah seperti yang dilaporkan.

Persoalannya ialah apakah hukum Islam dalam persoalan ini? APakah nama Allah atau dalam bahasa Arabnya lafzul jalalah hanya dibenarkan kepada umat Islam sahaja? Apakah yang telah diamalkan oleh umat Islam terdahulu dan mengapa isu ini kecoh di Malaysia dan bukan dinegara-negara lain.

Tidak kurang juga yang saya dapati ada orang yang mengatakan perkataan Allah tidak ada dalam kitab injil, mereka menggunakan lafaz lain seperti father, lord dan god. Sebelum meneruskan perbincangan ini, terlebih dahulu saya katakan bahawa tanggapan itu tidak tepat. Perkataan Allah digunakan dengan meluas dalam injil bahasa Arab.

Dari sudut sejarahnya, penggunaan nama Allah telah berlaku semenjak zaman dahulu kala. Ini kerana asal manusia adalah Islam. Nabi adam beragama Islam. Sementara tuhan sembahan lain adalah sesuatu rekaan baru yang datang kemudian dari nama Allah. Oleh itu tidak hairan mengapa nama Allah telah digunakan dengan meluas.

Dizaman jahiliah orang-orang Arab menyebut bahawa salah satu tuhan mereka ialah Allah, namun demikian mereka menyembah juga tuhan lain selain Allah, kerana itulah mereka dinamakan mushrikin. Iaitu orang-orang yang mensyirikkan Allah, yang percaya kepada Allah sebagai tuhan dan percaya juga bahawa ada tuhan selain Allah.

bersambung…

Pandangan anda dihargai

3 Replies to “Nama Allah: Haruskah di Kongsi Bersama (1)”

  1. salam Ustaz,
    saya amat tertarik dengan isu ini sekarang.saya ada membaca pendapat nik abdul aziz mengenainya sebelum ini.beliau mengatakan bahawa perkataan ini boleh digunakan di dalam majalah berkenaan TETAPI hendaklah meletakkan nota misalnya seperti: bahawa Allah merujuk kepada Tuhan Yang Satu.Tidak Beranak Dan Diperanakkan. Dan Tiada Satu Yang Setara Dengan-Nya.saya faham mengapa ia boleh digunakan kerana pada masa dahulu memang mereka memperakui bahawa Allah adalah Tuhan.Tetapi di kalangan orang awam kita inilah yang saya risau kerana kelak ramai yang akan keliru.saya berpendapat ada pihak seperti Majlis Fatwa atau Majlis Ulama Sedunia@Malaysia bolehlah keluarkan fatwa agar tidak berlaku kekecohan kelak.saya berharap juga agar penerangan dilakukan terutama kepada umat Islam kita agar tidak berlaku kekecohan agama di negara kita.Sekian.Sila betulkan saya sekiranya ada kesalahan dalam komen saya mengenai isu ini.

    Yang Ikhlas,
    Ahmad Nasihin Nordin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *