Nama Allah: Haruskah di Kongsi Bersama (3)

Kita ketahui dalam dua entry lepas bahawa asal usul manusia adalah Islam, perbuatan syirik adalah sesuatu yang kemudian. Kita juga telah mengetahui bahawa penggunaan nama Allah berlaku bukan sahaja dalam Injil bahasa Arab dizaman kita, tapi nama Alah digunakan oleh tiga agama samawi dizaman nabi s.a.w iaitu Kristian, Yahudi dan Islam. Selain itu masyarakat Arab yang menyembah berhala juga menggunakan nama Allah. Buktinya terdapat syair Arab jahiliiah yang menyebut Allah sebaai tuhan.

Satu persoalan ialah apakah orang Arab musrikin, Yahudi dan Kristian di zaman nabi percaya kepada Allah sebagaimana orang Islam beriman kepada Allah. Jawapannya ialah t’idak’ dan ‘mustahil’. Ini kerana kesemua agama lain selain Islam adalah agama syirik yang percaya kepada Allah sebagai salah satu tuhan yang disembah dan mereka percaya tuhan2 lain selain Dia. Quran sendiri murka kepada mereka dengan ayat yang banyak.

Tujuan saya menekankan point ini ialah kerana ramai orang yang menolak penggunaan nama Allah kepada orang bukan Islam mengunakan hujjah, orang bukan Islam tidak percaya kepada Allah sebagaimana sifatnya yang sebenar, sebaliknya mempunyai falsafah sendiri yang bertentangan dengan kebenaran.

Seperti yang telah kita lihat, bila masanya orang Yahudi, Kristian dan Mushrikin Arab di zaman nabi, beriman kepada Allah dalam konteksnya yang sebenar? Oleh itu hujah ini tidak boleh dipakai. Ianya tidak lebih dari hujah yang emotional dan tidak berpijak di alam nyata.

Nampaknya menghalang penggunaan nama Allah kepada agama lain tidak terdapat dalam quran dan tidak pula terdapat dalam sunnah. Namun begitu, ini tidak bermakna cadangan untuk menghalang itu salah dan perlu ditolak. Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah perbincangan akan berlaku dalam konteks ijtihad. Ini manaknya ia akan berkisar dalam kontek dalil-dalil zanni, dalil yang kabur dan bersifat mungkin betul dan mungkin salah. Bersifat mencari kemaslahatan yang dapat memelihara kepentingan Islam dan bersifat mencari keadilan kepada semua. (bercakap pasal ijtihad ni teringat pula saya pada orang-orang yang alergik dengan ijtihad, apa yang mereka nak buat dalam isu ini kerana mereka anti ijtihad)

Setelah kita sepakat dalam perkara di atas, barulah sesuai untuk kita berbincang dalam peringkat lain, perbincangan seterusnya ialah apakah yang paling baik dalam menjaga kesucian Islam? Apakah yang paling adil bagi agama lain? Benarkah penggunaan nama Allah akan membahayakan Islam? Apakah benar ianya akan digunakan untuk memurtadkan umat Islam? Apakah agama Kristian perlu menggunakan nama Allah sedangkan Kristian Eropah tidak menggunakan istilah tersebut? Itulah antara persoalan yang perlu dijawab bagi mengatakan boleh atau tidak.

Pandangan anda dihargai

2 Replies to “Nama Allah: Haruskah di Kongsi Bersama (3)”

  1. ya la ust. kan ke Allah suruh kita kata ke org kafir… "adakah kamu org yahudi nasrani/org kafir nak berhujah dgn kami sedang Dia adalah tuhan kami dan tuhan kamu (org yahudi nasrani)…albaqarah 139.

    dalam alhaj 40 pulak sebut jelas ttg nama AlLah disebut dalam biara … sampai la dalam masjid…

    isunya adalah masalah orang bukan islam panggil tuhan mereka Allah dan bukan soal kefahaman org bukan islam terhadap ketuhanan.

    soal salahfaham org bukan islam terhadap ketuhanan mmg jelas ditolak oleh quran. tp bila 2 isu jd satu, pening la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *