Guna Nama Allah: Perlu Bakar Gereja?(1)

Benarkah bila agama lain menggunakan perkataan Allah maka ia akan menghina kesucian Islam? Saya rasa inilah soalan yang patut kita jawab dahulu sebelum kita bincang lebih lanjut tentang tajuk di atas.

Bagi sahabat yang telah membaca entry ‘Nama Allah: Haruskah dikongsi Bersama 1-3, berkemungkinan besar mereka akan mengatakan tidak. Penggunaan itu tidak menghina Islam.

Dari sudut sejarahnya ianya telah digunakan semenjak zaman kenabian lagi. Masakan Rasulullah berlengah dalam membenteras sesuatu yang menceroboh kesucian agama Allah.

Jadi, setakat ini sudah dua hujjah telah terbatal. Adakah sebab-sebab lain yang membolehkan penggunaan itu dilarang? Mari kita lihat kepada andaian-andaian berikut:

1-Penggunaan ini akan memberi ruang mudah bagi penyebar agama lain untuk menyebarkan dakwah mereka kepada umat Islam. Penduduk pendalaman, orang asli dan para muallaf akan mudah dikelirukan.

2-Penggunaan nama Allah bagi agama bukan Islam akan membangkitkan kemarahan orang Islam di Malaysia yang tidak biasa dengan penggunaan tersebut. Sensitiviti ini perlu dijaga bagi menjamin keamanan negara. Tambahan lagi negara ini negara Islam,maka hak rakyat Islam perlu diutamakan.

Saya rasa dua hujjah ini sahajalah lagi yang ada bagi membolehkan usaha menyekat penggunaan nama Allah.
Pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *