Gerhana Dari Perspektif Islam

Lebih kurang pukul 3.06 petang tadi telah berlaku gerhana matahari. Samada gerhana matahari Solar Eclipse atau gerhana bulan Lunar Eclipse, kedua-duanya adalah fenomena alam yang mengajak manusia untuk merenung sejenak tentang alam.

Bagi Islam , kedua-duanya adalah tanda kesuasaan Allah. Manusia sering lupa dan tertipu dengan kebiasaan. Jika dilihat dalam perkara yang berlaku seharian, ianya sudah cukup untuk memperlihatkan kehabatan Allah.

Lihat pada matahari yang beredar, lihat pada bulan, lihat pada kejadian manusia, tumbuhan dan haiwan. Ianya tanda kebesaran Allah. Disebabkan kebiasaan itu telah menyebabkan akal manusia imune dengan suasana yang penuh menunjukkan kebesaran penciptanya.

Berlakunya gerhana merupakan salah satu kejutan tehadap akal manusia yang sekian lama lali dari kebesaran Allah. Langit yang cerah di sinari matahari menjadi malap dan terpadamlah cahaya yang membahang.

Itulah antara pengajaran dari gerhana yang biasa didengari dalam khutbah, dan ceramah. Hari ini saya ingin memanggil pembaca dengan satu lagi kehebatan Islam. Islam adalah agama yang membuka minda, agama yang mengajak manusia melihatkepada alam yang lebih luas dengan tabiatnya yang sebenar.

Ketika gerhana berlaku di zaman nabi, bersamaan dengan kematian anak baginda Ibrahim, adayang masih menganggap bahawa gerhana tidak berlaku kerana kematian sesiapa. Nabimeyedarkan bahawa fenomena alam merujuk kepadahukum alam ang telah di tetapkan oleh Allah, bukanya fahaman karut yang diada-adakan. Alangkah perlunya masyarakat kita kepadagerhana, jika sekalilagigerhana mampu memecahkan tembok khurafat yang kian menebal.

Islam adalah agama sains, agama yang menghubungkan cakerawala dengan ibadat. Puasalah bila kamu melihat anak bulan dan berhari rayalahh bila kamu melihat anak bulan. Solatlah ketika bulan dan matahari gerhana…tiba-tiba lantaran kelemahan umat Islam cakerawala bukan menjadi milik mereka. Muslim tidak lebih sebagai pengguna yang palin baik dikalangan mereka hanyamampu membayar tambang untuk menumpang sama gerakan mencari alam maya yang luas.

Jet, roket, sains dan cakerawalabukannya milik umatIslam yang puasa dan hari rayanya berlaku dengan melhat pada cakerawala. Berhajatnya umat ini pada gerhana. Pandangan anda dihargai

2 Replies to “Gerhana Dari Perspektif Islam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *