Allah Untuk Semua: Dr Yusuf Qardawi

Dr Yusuf Qardawi, ketua persatuan ulamak Sedunia tellah mengecam tindakan menceroboh gereja yang berlakudi beberapa buah negara Islam seperti Maaysia, Negeria dan Mesir.

Dalam khutbah Jumaat beliau 22 Januari 2010 di Masjid Umar al Khatab, ibu negara Qatar, beliau telah menekankan bahawa penggunaan nama Allah adalah untuk semua manusia. Beliau telah melandaskan pendapat beliau dengan ayat surah al Fatihah, al Hamdulillah Rabil Alamin. Maksudnya ialah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.

Dr Yusuf Qardawi menganggap pertikaian yang wujud dan pencerobohan terhadap tempatsuci agama lain adalah disebabkan kejahilan umat Islam. Dalam khutbah beliau, Dr Yusuf Qardawi menggesa umat Islam supaya tidak menggunakan keganasan sebagai penyelesaian dalam hubungan dengan agama lain, bahkan menggunakan teknik dialog, perbincangan dan berbagai cara aman yang menarik.
Sumber: Islam Online

Pandangan anda dihargai

8 Replies to “Allah Untuk Semua: Dr Yusuf Qardawi”

  1. Ramai ulamak di sebelah Timur Tengah, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim atas dasar tiada nas atau dalil yang melarangnya.

    Tetapi sebahagian kita di Malaysia, bertindak seolah-olah Allah telah terlupa untuk menurunkan larangan penggunaan kalimah Allah kepada non-muslim. Dengan itu maka sebahagian kita umat Islam berpendapat harus mempertahankan kesucian kalimah Allah tersebut.

    Tetapi saya berani katakan juga jika kita pergi ke sebahagian surau atau masjid di Malaysia, kita akan dapati khat kalimah Allah itu sendiri, bahkan ayat2 Quran sendiri dibiarkan berdebu serta diselaputi sarang labah-labah untuk sekian lama tanpa penjagaan yang sewajarnya.Bukankah ini juga satu penghinaan? (itu belum cakap pasal umatnya yang tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah di dalam Al Quran lagi).

    Tandas surau & masjid (sila baca sebagai rumah Allah) dibiarkan dalam keadaan yang menjijikkan. Kadangkala baunya boleh sampai ke dewan solat. Kadangkala dewan solat itu sendiri sudah lama tidak dibersihkan.

    Saya yakin ada hikmah disebalik tiada larangan oleh Allah & Rasul untuk non-muslim mengguna kalimah Allah itu.

    Wallahualam bissawab

    p/s.

    Pengetahuan agama saya tidak tinggi, maka jika apa yang saya katakan ini salah harap ditegur dan diperbetulkan.

  2. Salam,

    Terdapat banyak nas mengatakan tentang penggunaan nama Allah,

    antaranya, Abdullah bin ubai, seorang munafik yang terkenal di zaman rasulullah. ('Abdullah=hamba Allah). Banyak lagi contoh, enta boleh cari lagi..

    Saya setuju dengan pendapat enta tentang tandas dan kebersihan masjid. masih ditahap tidak memuaskan.

    Harap ditegur kalau ada kesalahan.

    Wallahu'alam.

  3. Salam, kadang kita cuma mudah saja cakap tentang kebersihan tandas tapi apakah yang sudah kita lakukan? Apa kata kita tolong bersihkan sekali sekala dari cuma menjadi penguna sahaja atau ajak kawan2 bersihkan.

  4. Wassalam..

    Bukan mudah cakap, memperingati diri kita sendiri, tentang tatacara penggunaan tandas yang betul.

    Boleh mintak no.enta sekali, kita bersihkan bersama..

    Wallahu'alam.

  5. Wassalam..

    Bukan mudah cakap, memperingati diri kita sendiri, tentang tatacara penggunaan tandas yang betul.

    Boleh mintak no.enta sekali, kita bersihkan bersama..

    Wallahu'alam.

  6. Sekadar ingin memperelokkan pandangan sahabat-sahabat, sikap suka melatah rakyat Malaysia selalunya membawa kepada padah. Tidak menganalisis dan meneliti dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah pastinya tidak betul jika sekadar berlandaskan akal semata-mata dan perasaan benci kepada masyarakat lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *