Hukum Menceroboh Masjid

4 ditahan berkaitan kes bakar surau di Muar

Empat orang ditahan di Johor kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun. Seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis. Pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer. Mereka ditahan di tempat yang berasingan pagi semalam – kurang 48 jam selepas insiden tersebut.

Ismail berkata, suspek, termasuk seorang daripadanya bekerja sebagai pelayan dan seorang lagi penganggur, tinggal berdekatan surau tersebut.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan motif sebenarnya perbuatan tersebut belum diketahui. Menurutnya, polis telah mendapat perintah reman ke atas mereka. Penangkapan mereka dibuat selepas 15 orang ditahan reman ekoran insiden serangan ke atas gereja.

Wacana Ilmuan:

Wacana Ilmuan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menceroboh masjid dan surau sepertimana yang telah berlaku. Menceroboh dan memusnahkan masjid tidak seharusnya disamakan dengan tindakan menceroboh dan memusnahkan tempat-tempat lain seperti dewan orang-ramai, pasar atau kelab. Menceroboh masjid dan membakarnya adalah satu keganasan terhadap agama Islam yang menjadi tonggak pemerintahan di Malaysia. Hukuman sekeras-kerasnya perlu dijatuhkan kepada orang yang bertindak demikian kerana beberapa alasan:

1- Masjid dan surau adalah tempat suci umat Islam yang mana tindakan mencerobohnya dianggap satu pencerobohan terhadap kesucian Islam, kedaulatan raja-raja dan negara.

2- Perbuatan memusnahkan masjid dianggap satu pengishtiharan perang terhadap Duli Yang Dipertuan Agong kerana baginda adalah penaung agama Islam di Malaysia. (Jika tafsiran ini diterima maka pesalah boleh dihukum mati)

3-Pencerobohan terhadap masjid akan menimbulkan malapetaka kekacawan perkauman yang sangat merugikan rakyat Malaysia seluruhnya.

4-Pencerobohan keatas masjid adalah pencerobohan terhadap maruah Islam dan pencerobohan terhadap kuasa pemerintahan Islam.

Oleh ituWacana Ilmuan menuntut agar sekeras-keras hukuman dikenakan kepada orang yang didapati bersalah membakar tempat ibadat dan simbol kekuasaan umat Islam.

Dalam ruangan ini saya ingin mengajak orang yang sensitif dengan isu penggunaan nama Allah, sekarang inilah masanya untuk anda menggunakan tenaga anda mesti sensitif dengan pembakaran surau!!!

Pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *