Apa Yang Penting Dalam Isu Nama Allah??

Satu soalan yang saya mahu anda jawab. Mengapa pelajar wajib pakai baju putih dan seluar biru untuk ke sekolah? Apakah rahsia warna putih dan biru? Apakah pelajar sekolah tidak akan lulus atau susah nak pandai kalau mereka pakai baju merah?

Jawapannya ialah sudah tentu tidak, sama saja kalau kita pakai baju merah atau baju biru atau baju putih. Habis mengapa kementerian wajibkan baju putih? Jawapannya ialah untuk penyeragaman. Rahsia disebalik penentuan itu bukan terletak disebalik warna yang dipilih, atau kalau adapun resionalnya maka bukanlah sebab utama, tapi rahsia sebenar ialah kerana anak-anak yang hendak ke sekolah mestilah diseragamkan.

Bila mereka seragam maka senanglah orang mengenali mereka ketika mereka ada masaalah dijalanan atau ketika mereka ponteng kelas. Mereka juga tidak dapat dibezakan antara siapakah yang kaya dan siapakah yang miskin. Mereka juga mudah dihalang dari menunjuk-nunjuk fesyen terkini dan berbagai sebab lain lagi.

Apa hubungan dengan penggunaan nama Allah? Nanti dulu, sabar, sebenarnya saya juga mahu menjelaskan bahawa setiap undang-undang mestilah bersifat resional, ada justifikasinya.

Dalam kes pakaian sekolah tadi apa kata kalau pelajar pada hari itu tak dapat pakai baju sekolah kerana semua bajunya basah, bolehkah dia pakai baju lain untuk masuk kelas? Saya percaya ramai yang akan kata ok boleh, sebab yang penting ialah belajar dan bukan bajunya.

Dalam satu kes lagi ialah undang-undang pakai topi keledar. Apa yang penting pada undang-undang ini? Mengapa tidak ditetapkan warna yang wajib dipakai? Jawapannya ialah objektif undang-undang ini berlainan dari objektif yang pertama.

Jika undang-undang yang pertama bukan diwajibkan pada perkara itu sendiri tetapi ada tujuan lain, maka pakai topi keledar berbeza sedikit. Ini kerana undang-undang ini sememangnya menjadi tujuan. Rahsia mewajibkan pemakain topi keledar terletak pada pemakaian itu sendiri iaitu menjaga kepala penunggang. Oleh itu dalam kes ini tidak ada kompromi dalam siapa yang tidak memakainya.

Dalam entry yang lepas saya jelaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh agama lain tidak menggangu kesucian Islam.Sebab-sebabnya telah saya nyatakan dalam entry lepas. Namun demikian saya jelaskan juga bahawa pemerintah boleh mengenakan larangan bukan atas dasar ianya mencemarkan kesucian Allah tapi atas dasar bimbang ianya dijadikan alat untuk mendakwah orang Islam kepada Kristian.

Sekali lagi mungkin anda bertanya apa hubungannya dengan analogi baju sekolah diatas. Sekarang saya ingin mengaitkan dengan pertikaian dalam masaalah ini, sebahagian mengatakan boleh dan sebahagian mengatakan boleh. Saya lihat kepentingan paling tinggi dalam konteks umat Islam di Malaysia hari ini bukan pada boleh atau tidak bolehnya penggunaan tersebut.

Kepentingan paling penting dalam kes ini ialah tauhid al ummah. Menyatukan ummah. Para ahli politik dan cendikiawan mesti melihat bahawa kejayaan mereka mencari pendapat yang dipersetujui atau dalam konteks lain kejayaan mereka menyatukan pendapat orang Islam dalam bab ini lebih penting dari jawapan kepada boleh atau tidak boleh.

Mengapa saya berpendapat demikian? Ini kerana dalam kecelaruan yang berlaku sehingga ada wakil rakyat saling cabar-mencabar, maka mereka kehilangan kekuatan sedangkan apa yang mereka cari dari keputusan boleh atau tidak adalah untuk membina kekuatan.

Saya yakin sekiranya umat Islam sedar dengan kepentingan keputusan yang disepakati maka walaupun kita tidak setuju dengan sesuatu keputusan maka kita akan akur dan menganggapnya ra’yun marjuh yang kita tunduk dan patuh.

Mungkin pendapat ini akan menyebabkan anda bertanya apakah pulanya kepentingan satu pendapat sedangkan saya dalam banyak hal menyeru kearah kepelbagaian? Jawapannya ialah kerana hukuman ini melibatkan bidangkuasa pentadbiran, maka kepelbagaian akan berkisar dalam sudut akedemik sahaja tidak lebih dari itu. Jika ianya melibatkan pentadbiran apakah kesannya? Kesannya ialah undang-undang yang tidak dipatuhi oleh sebahagian manusia dan hanya dipatuhi oleh sebahagian sahaja maka lebih baik undang-undang itu tidak wujud kerana ianya tidak sampaikepada objektif yang dikehendaki.

Kesepakatan yang saya katakan lebih penting itu sebenarnya mernjelmakan kepada kuasa agama yang masih utuh dan tidak boleh diganggu gugat. Kesepakatan adalah lebih penting kerana itulah yang akan melindungi kepentingan umat Islam dari sudut kewibawannya.
Pandangan anda dihargai

2 Replies to “Apa Yang Penting Dalam Isu Nama Allah??”

  1. salam,

    Idea ustaz amat bernas sekali, saya amat bersetuju. Dalam konteks permasaalahan di malaysia. Kita harus melihat kepada permasaalahan pendedahan murtad kepada golongan melayu yang kini semakin sesat terutama di bandar2. Kita juga harus mengekalkan larangan ini untuk memudahkan proses dakwah kepada rakyat malaysia yang berada di sabah dan serawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *