Soalan: Siasah Syar’iyah

ustaz apa khabar?
erm…saya nak tanyer dua persoalan mengenai Siyasah Syar’iah harap ustaz boleh bantu….

Soalan 1..

jika tengok kpd ta’rif siyasah : perkara yg dilakukan oleh pemerintah terhadap rakyat, yg bermanfaat, baik dan berguna untuk mereka samada dlm bentuk suruhan, larangan, tunjuk ajar dan displin.
jadi kalau bagi pengedar dadah, hukumannya adalah gantung sampai mati. soalannya adakah hukuman mati bagi pengedar dadah itu merupakan siyasah syariah yg seorang pemimpin kenakan bagi pengedar dadah. sedangkan pengedar dadah tidak melakukan pembunuhan..kalau diikutkan dalam nas hukuman mati hanya diberi kepada mereka yg murtad dan membunuh…

Wacana Ilmuan:
Terima kasih atas pertanyaan. Kalau dilihat dalam persoalan yang diajukan, saya rasa ada beberapa perkara yang saudara kurang faham.

Pertama: berkenaan dengan Siasah Syar’iah:

Siasah Syar’iah ialah subjek yang melibatkan pentadbiran negara dari kacamata Islam. Perbezaan antara pentadbiran cara bukan Islam ialah pentadbiran dalam Islam akan mengambil kira beberapa unsur penting iaitu merumuskan keputusan berdasarkan perinsip asas Islam seperti keutamaan akidah berbanding keuntungan kebendaan.

Siasah Syar’iah merujuk kepada penggunaan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara. Tindakan pemerintah yang mentadbir berdasarkan hukum syarak yang mengambil kira Maqasid Syarak itulah yang dinamakan SIasah Syar’iah. Subjeknya pula ialah pentadbiran.

Kedua: Perbezaan antara kuasa Eksekutif, Legislatif dan Juricedic

Siasah Syar’iyah tidak melibatkan kuasa menggubalan hukuman dan undang-undang, sebaliknya istilah Siasah Syar’iyah adalah bagi merujuk kepada pentadbiran. Siasah bermakna politik dan Syar’iyah bermakna mengikut syarak. Persoalan menghukum melibatkan kuasa perundangan dalam negara yang mengamalkan teori pengasingan kuasa. Kita juga mesti faham bahawa bidang kuasa pentadbiran adalah berasingan dari bidang kuasa penggubalan hukum dan menjatuhkan hukuman. Dalam penggubalan hukum kita menggunakan juga Maqasid Syariah tetapi dalam kerangka istinbat hukum syarak.

Setelah saudara faham dua perkara di atas ingin pula saya jelaskan bahawa persoalan menjatuhkan hukuman mati kepada orang yang mengadar dadah termasuk dalam perbincangan hukum taa’zir. Dalam fekah, hukum ta’zir bermaksud hukuman yang tidak termasuk dalam hukum hudud dan qisas.

Persoalannya sekarang ialah apakah boleh hukuman ta’zir mencapai tahap hukuman qisas dan hudud? Persoalan ini menjadi perbincangan ulamak dan saudara boleh merujuk kepada kitab-kitab berkenaan.

Secara ringkasnya ialah saudara telah mengatakan bahawa pengedar dadah tidak membunuh. Benar, pada zahirnya dia tidak membunuh tetapi pengedar dadah membunuh secara tidak langsung. Dalam setiap kilo heroin boleh membunuh ramai manusia.

Jika hukuman bunuh bagi pengedar dadah mahu dianggap menepati Islam maka ianya perlu melalui badan berkuasa yang menentukan kesahihan dari sudut hukum secara resmi seperti Majlis Fatwa. Secara akedemiknya saya menyokong hukuman mati bagi pengedar dadah dan menganggapnya tidak bertentangan dengan Islam berdasarkan penggunaan maslahah.
bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *