Soalan:Bolehkah Hukum Hudud Dimaafkan??

Kartika Sari Dewi Shukarno tidak akan menjalani hukuman sebatan syarie.

Sebaliknya, menurut laporan AP yang memetik peguamnya, Adham Jamalullail – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersetuju bekas model itu menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat.

Perkara itu dimaklumkan kepada Kartika melalui sepucuk surat semalam yang memaklumkan mengenai keputusan itu.

Surat berkenaan ditandatangani Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Surat tersebut berbunyi:”Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.”

Wacana Ilmuan:

Persoalan ini amat sensitif kerana melibatkan titah Sultan. Namun demikian ilmu dan kebenaran lebih tinggi dari sesiapapun. Persoalan ini perlu saya jawab sebagai menyampaikan hak Allah terhadap hambanya. Mudahan ianya tidak mengundang kemarahan mana-mana pihak.

Untuk mengulas isu ini, perlu kepada kefahaman tentang hukum hudud. Saya telahpun menulis tentang hukum hudud dalam beberapa entry yang lepas, polemik yang perlu di fahami sebenarnya ialah apakah minum arak termasuk dalam hukum hudud atau tidak.

Sepertimana yang telah diterangkan bahawa para ulamak terbahagi kepada dua bahagian, sebahagiannya menganggap minum arak adalah bukan hukum hudud, sementara kebanyakan ulamak menganggap minum arak adalah termasuk dalam hukum hudud.

Bagi ulamak yang menganggap minum arak sebahagai hudud, mereka berselisih pendapat berapakah sebatan yang dikenakan samada 40 atau 80 sebatan.

Para ulamak di Malaysia kebanyakannya menganggap minum arak adalah hukum hudud, ini kerana mazhab yang diamalkan dalam perundangan Islam di Malaysia mengikut mazhab Syafie. Jika minum arak dianggap sebagai hudud, maka bilangan sebatannya pun mestilah berdasarkan nas, samada quran atau hadis.

Disebabkan mazhab Syafie melihat minum arak sebagai hudud, maka bilangan sebatannya adalah berkisar antara 40 atau 80 sebatan. Ini kerana nas yang ada hanya berkisar antara dua bilangan tersebut. Sebab itulah ulasan mufti Perak menyangkal hukuman sebat terhadap Kartika sebagai hukuman hudud, pada pandangan beliau sebatan hudud mestilah 80 sebatan.

Selain dari amat bergantung dengan nas, salah satu sifat hukum hudud ialah ianya tidak boleh dimaafkan. Jika seseorang itu sabit berzina, maka samada dia telah berkahwin lalu dihukum rejam atau dia belum berkahwin lalu dihukum sebat, maka hukuman itu tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun samaada hakim atau pemerintah.

Walaupun satu sebatan ianya tetap tidak boleh dikurangkan. Semua ulama’ sepakat dalam perkara ini kerana ada hadis sahih yang menerangkan peristiwa Usamah yang datang meminta supaya baginda mengurangkan hukuman hudud kepada seorang perempuan, baginda dengan marah mengatakan apakah kamu meminta syafaat dalam hak Allah (hudud)?
bersambung….
Pandangan anda dihargai

3 Replies to “Soalan:Bolehkah Hukum Hudud Dimaafkan??”

  1. Salam..

    Apa Beza Pengampunan oleh Sultan dan Pengampunan dari Paderi yang selalu duduk dalam bilik kecik diorang tu.?? Huhuhuhuhu

  2. salam ustaz,
    bgmn dgn suatu peristiwa rejam yg berlaku ketika zaman nabi saw, dalam peristiwa ini perempuan yg melakukan zina itu lari ketika hukum rejam dilakukan terhadapnya dan para sahabat telah mengejar perempuan tersebut lalu perkara itu disampaikan kepada rasulullah saw. baginda menegur para sahabat kerana mengejar perempuan tersebut lalu baginda berkata sesungguhnya hukum itu telah diangkat oleh allah swt..seingat saya ada 2 versi cerita ini, mungkin ustaz lebih mengetahui versi ini..wallahualam
    harap pandangan dari ustaz..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *