Pelajar Agama: Cabaran dan Penguasaan (3)

Dalam dua entry ringkas yang lalu saya telah menerangkan tentang cabaran cendikiawan dalam dua katogori, input dan output. ok, jika kesusahan untuk merujuk boleh dilakukan dengan menguatkan penguasaan bahasa arab, maka apa pula yang harus dilakukan untuk menyelesikan masalah kedua?

Masalah yang berkaitan dengan daya untuk menanggapi apa yang perlu dikemukakan. Memandangkan khazanah ilmu-ilmu Islam tidak terkira banyaknya maka seringkali ramai pula yang tidak keruan.

Secara riingkasnya ialah disinilah terletaknya kepetingan memahami satu ilmu yang dinamakan Maqasid Syariah. Memahami tujuan dan objektif syarak, dari sinilah kita akan menilai antara objektif syarak dan keperluan masyarakat. Dan disinilah terletaknya neraca yang membuatkan seorang alim memberikan kepada masyarakat terhadap keperluan sebenar mereka.

Pandangan anda dihargai

Pelajar Agama: Cabaran dan Penguasaan (2)

Jika berbincang tentang kemampuan merujuk, maka masalah orang bukan arab memang ketara. Sementara orang arab pula mempunyai kelebihan kerana bahasa arab adalah bahasa mereka, mereka tidak terlalu sukar untuk menguasai bahasa kitab-kitab karangan ulamak, memahami quran dan hadis.

Jika cabaran merujuk telah berjaya dilepasi, maka satu cabaran besar yang dihadapi oleh cendikiawan Islam ialah apakah yang patut diberikan kepada masyarakat. Pada pandangan saya inilah cabaran terbesar bagi para cendikiawan.

Gedung ilmu Islam adalah khazanah besar yang tidak terkira jumlahnya. Segala macam bidang dan cabang ilmu digali dan digarap oleh cendikiawan Islam semenjak turunnya wahyu sehinggalah kehari ini.

Seorang yang meninjau peninggalan ulamak akan tersesat dalam timbunan garapan dan penerangan terhadap segala macam pandangan serta pendapat. Persoalannya ialah bagaimana seorang cendikiiawan Islam itu menapis, menilai dan memproses segala macam maklumat yang ada.

Inilah cabaran yang besar bagi pelajar pengajian Islam dan guru-guru mereka. Kegagalan memproses dan menyalurkan maklumat akan membawa padah juga. Ini kerana khazanah yang banyak itu bukan sahaja ditulis oleh orang yang mahir dan berkualiti, tapi timbunan garapan itu juga mengandunggi garapan yang lemah dan krang berkualiti.

Pelajar Agama: Cabaran dan Penguasaan (1)

Pelajar saya masih berada di minggu-minggu awal semester, kalau ikut pengalaman saya, awal semester adalah hari-hari yang penuh semangat dan azam masih membara. Semangat untuk menguasai pelajaran memang menyala-nyala.

Saya pernah sebut dalam ruangan blog ini, cabaran utama pelajar kita ialah bahasa. Mana-mana saya pergi masalah pelajar ialah pelajaran diajar dalam Bahasa Arab dan penguasaan Bahasa Arab mereka amat minima. Pergilah universiti mana pun inilah masalahnya.

Saya terfikir juga, mengapa pulak universiti kita kebanyakannya tak mengajar dalam bahasa Melayu saja, seperti di UKM. Satu masalah lagi, yang saya dapat kesan kelemahan bahasa ni sampai keperingkat orang yang di panggil ulamak sendiri. Kelemahan bahasa yang saya maksudkan ni bukannya di peringkat pertuturan, tapi di peringkat kefahaman.

Seorang pelajar atau ulamak di Malaysia tidaklah perlu sangat pandai bercakap Arab, yang perlu mereka pandai ialah memahami teks arab untuk rujukan itu saja. Saya rasa, untuk mendapatkan kepandaian ini tidaklah terlalu susah, cuma perlukan sedikit kesungguhan saja.

Bagi orang yang tak belajar bahasa arab mereka mungkin terkejut jika saya katakan kebanyakan pelajar yang bergeraduan dalam pengajian islam sebenarnya gagal merujuk teks arab dan gagal memahaminya. Disebabkan penulisan agama peringkat tinggi amat kurang dalam bahasa Melayu, maka kerja untuk mendapatkan maklumat amat sukar bagi mereka. Tidak hairanlah kalau mereka akan terpenjara dengan maklumat-maklumat yang sama, statik dan out of date.
Pandangan anda dihargai

Pasang Surut Kesedaran Islam

Assalamualaikum, agak lama blog ini kesepian dan kepulangan saya dari bercuti mudahan merancakkan kembali perbincangan di Wacanailmuan. Satu perkara yang saya patut kongsi bersama ialah perkembangan penulisan.

Semasa di Casablanca saya beberapa kali menghabiskan masa dideretan kedai buku yang memang menjadi tempat kami mendapatkan buku semenjak lama dulu.

Apa yang menarik di sini ialah sebelum keberangkatan saya, saya telah dikunjungi oleh seorang pemuda yang menyatakan kesedihannya tentang pameran buku di KL. Tiada buku-buku fikrah. Seolah-olah fikrah umat Islam dalam kelesuan.

Buku-buku fikrah maknanya buku yang menggarap persoalan pemikiran, polemik semasa dan dakwah. Itulah yang berlaku dalam trend penulisan di Malaysia. Bahkan tetamu muda itu amat kesal kerana buku-buku yang dijual hanya mementingkan kulitnya yang cantik. Isinya lintang pukang atau langsung tak penting.

Itu yang berlaku di KL, setelah memperuntukkan masa selama dua hari untuk ke kedai-kedai buku Hubus, Casablanca, nampaknya kehampaan di Malaysia berulang kembali. Kedai-kedai buku yang berbelas biji itu seolah-olah tandus seperti gurun. Tiada buku-buku yang membincangkan persoalan dakwah, fikrah dan perjuangan.

Nampaknya trend penulisan komersial sekarang cenderung membincangkan persoalan hukum-hukum fardu ain secara ringkas. Persoalan bidah dan asas tauhid Ibnu Taimiah. Itu saja buku-buku yang tersusun diatas rak.

Nampaknya umat memerlukan golongan muda untuk mengejutkan suasana suram medan ilmu dan penulisan. Jika masyarakat terus di berikan dengan buku-buku alam jin dan perubatan tradisional sehingga menyangkakan itulah perubatan Islam, dibimbangi peluang arus kesedaran yang ada tidak digunakan.

Masyaallah, ditengah-tengah masyarakat yang dahagakan perubahan dan keinginan untuk kembali kepada Islam, terdapat satu kekosongan yang jika dibiarkan akan menyebabkan usaha dakwah akan kembali ditinggalkan…mudahan keluhan ini mampu menjadi penggerak untuk tidak terus hanyut dengan suasana.

Pandangan anda dihargai