Pasang Surut Kesedaran Islam

Assalamualaikum, agak lama blog ini kesepian dan kepulangan saya dari bercuti mudahan merancakkan kembali perbincangan di Wacanailmuan. Satu perkara yang saya patut kongsi bersama ialah perkembangan penulisan.

Semasa di Casablanca saya beberapa kali menghabiskan masa dideretan kedai buku yang memang menjadi tempat kami mendapatkan buku semenjak lama dulu.

Apa yang menarik di sini ialah sebelum keberangkatan saya, saya telah dikunjungi oleh seorang pemuda yang menyatakan kesedihannya tentang pameran buku di KL. Tiada buku-buku fikrah. Seolah-olah fikrah umat Islam dalam kelesuan.

Buku-buku fikrah maknanya buku yang menggarap persoalan pemikiran, polemik semasa dan dakwah. Itulah yang berlaku dalam trend penulisan di Malaysia. Bahkan tetamu muda itu amat kesal kerana buku-buku yang dijual hanya mementingkan kulitnya yang cantik. Isinya lintang pukang atau langsung tak penting.

Itu yang berlaku di KL, setelah memperuntukkan masa selama dua hari untuk ke kedai-kedai buku Hubus, Casablanca, nampaknya kehampaan di Malaysia berulang kembali. Kedai-kedai buku yang berbelas biji itu seolah-olah tandus seperti gurun. Tiada buku-buku yang membincangkan persoalan dakwah, fikrah dan perjuangan.

Nampaknya trend penulisan komersial sekarang cenderung membincangkan persoalan hukum-hukum fardu ain secara ringkas. Persoalan bidah dan asas tauhid Ibnu Taimiah. Itu saja buku-buku yang tersusun diatas rak.

Nampaknya umat memerlukan golongan muda untuk mengejutkan suasana suram medan ilmu dan penulisan. Jika masyarakat terus di berikan dengan buku-buku alam jin dan perubatan tradisional sehingga menyangkakan itulah perubatan Islam, dibimbangi peluang arus kesedaran yang ada tidak digunakan.

Masyaallah, ditengah-tengah masyarakat yang dahagakan perubahan dan keinginan untuk kembali kepada Islam, terdapat satu kekosongan yang jika dibiarkan akan menyebabkan usaha dakwah akan kembali ditinggalkan…mudahan keluhan ini mampu menjadi penggerak untuk tidak terus hanyut dengan suasana.

Pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *